Followers

Sunday 24 April 2011

ISU BANJIR DUN LUMAdAN

Oleh:  Admin

Masalah kekerapannya banjir dalam kawasan DUN LUMADAN telah menarik perhatian kepimpinan Dan memperjuangkannya untuk mengatasi masalah tersebut, Sebelum ini, Ketua Menteri telah mengeluarkan perungukan membangunkan penempatan mangsa Banjir di kawasan tersebut sebagai langkah menjaga kebajikan masyarakat kawasan banjir 

Kini, kepimpinan Akan membawa isu banjir kawasan untuk berusaha mengatasi jangka masa  . Hal ini Akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sabah yang Akan bersidang bermula 25hb hingga 28hb April ini. Penggal pertama tahun ke-3 untuk sesi ini. 

YB Datuk Sapawi Ahmad menekankan permasalahan ini, dengan memberi pesanan kepada ADUN yang Akan memberi ucapan dalam persidangan dewan itu minggu hadapan. Ketua Umno Bahagian Sipitang menyatakan masalah kekrapan kawasan  rumah di sesetengah tempat seperti di Lumadan Jaya dan batu 6 sudah sering kali dikemukakan apabila berlangsung mesyuarat pembangunan daerah Beaufort dan juga mesyuarat bencana alam daerah. menyedari sering kali kawasan-kawasan ini berlaku keciciran apabila mengagihan bantuan banjir.  namun memberi jaminan, hal seperti ini akan terus diperjuangkan oleh kepimpinan untuk tindakan membantu seluruh masyarakat kawasan.

KEPIMPINAN UMNO SIPITANG MEMENTINGKAN PENDIDIKAN MASYARAKAT KaWASAN

Oleh : Admin

Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa tumpuan kepada keutamaan pendidikan kepada masyarakat.  DUN Lumadan , telah mengwujudkan program yang melibatkan 40 orang calon UPSR yang dipilih dari sekolah- sekolah bawah Kementerian Pelajaran untuk mensasarkan calon- calon ini mendapat 5A keputusan UPSR hujung tahun ini. 18 buah sekolah kebangsaan di bawah kawasan DUN Lumadan dipilih.

Program tajaan ini di bawah kelolaan SKOR A yang konsultannnya Saudara Razif Nizam yang pada hari ini, dalam Majlis Juara Rakyat Bahagian Sipitang telah hadir untuk memberi taklimat awl kepada guru Dan calon peseta program tersebut. Kecemelangan ini sangat diberi keutamaan oleh ADUN LUMADAN YB Kamarlin HJ Ombi, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang.

"Pengawalan jadual anak-anak perlu dipantau di rumah kerana untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi academik, perhatian Dan disiplin ibubapa sangat penting. " - ulasan YB Datuk Sapawi Ahamd semasa memberi ucapan perasmian program tersebut.

" Transformasi Minda " dilaungkam oleh Perdana Menteri, untuk mengangkat Minda masyarakat agar menjadi rakyat yang cemerlang termasuk dari kualitinya pendidikan itu sendiri.

Menurut penceramah motivasi yang terlibat membericeramahnya kepada pelajar dan ibubapa sebelum memulakan majlis. " Tanggungjawab ibubapa bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah. Dan bukan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru-guru.... si bapa selalunya lebih banyak katakan 'nak. ada lagi belanjamu berbanding memeriksa buku pembelajaran si anak. malah ada ibu bapa yang datang menyerang ke sekolah apabila berlaku permasalahan. tetapi tiada yang hadir ke sekolah meminta pandangan atau mendapatkan maklumat perkembangan pembelajaran di sekolah"

P/s: Sudah masanya tranformasi minda dilakukan oleh ibubapa jika inginkan anak-anak mereka cemerlang minda

SAPP DI LUMADAN MASUK UMNO

oleh : Admin

Tahun Lepas, gempar seluruh Malaysia dengan pengisytirahan  kemasukan ahli UMNO dalam SAPP termasuk Mantan pengerusi tetap Pemuda UMNO Bahagian Sipitang (ketika itu memegang jawatan berkenaan sebelum hujung tahun diputuskan oleh Lembaga Dispiplin UMNO, keahliannya telah dilucutkan atas tindKAN BERKENAAN). Tetapi hari ini, berlainan pula peristiwanya apabila ahli SAPP pula memohon untuk menyertai UMNO. Mereka menyatakan semakin ramai tidak mempercayai perjuangan SAPP, ia telah dizahirkan oleh ahli SAPP kg Batu 3, Lumadan Beaufort.dengan rasminya telah mengishtiharkan mereka keluar seramai 50 orang Dan seterusnya menyertai UMNO. 

Penyerahan borang permohonan ahli UMNO diserahkan sendiri kepada YB Datuk Sapawi Ahmad merangkap Ketua UmNo bahagian di saksikan YB Kamarlin, YB Ahmad (ketua Penerangan umno Sipitang) Dg Maimunah sidek ( ketua Puteri Sipitang, exco Puteri Malaysia)  Dan dtk Surinam ( ketua wanita sipitang) bersama kepimpinan umno lain serta masyarakat setempat yang turut hadir di Dewan Masyarakat  Lumadan hari ini, 24/04/2011

Friday 22 April 2011

APA PRINSIP LDP SEBENARNYA

oleh : Putri Eka

Sudah lama perhatikan gelagat kepimpinan LDP ini. Dahulu SAPP buat perkara sama sehinggalah berakhir apabila mereka mengisytiharkan keluar dari Barisan nasional. Kini LDP pula mulai menunjukkan taring mereka. Ntah apa yang mereka inginkan sehingga ada sahaja yang mereka cetuskan.. bolehlah diletakkan mereka ini perwatakan duri dalam daging.

pernah putri perasan dengan satu gambar yang menunjukkan gambar Datuk John Ambrose yang dikalungkan rantai ala2 samseng dan pakaian yang umpama brutal di sebuah portal yang terkenal di sabahkini. Kesnya kerana Datuk John Ambrose mempertahankan YAB DSP Musa Aman dengan seorang kepimpinan LDP.

Kalau tugasan .. jangan dok kata tak diberi peluang. peluang dah diberi. Putri selalu terperasan, banyak tanggungjwab digalas penuh komitment oleh UMNO berbanding LDP tahu sahaj menyalak. Menuntut macam-macam, tetapi UMNO lebih berdiam diri kerana menjaga hubungan baik tersebut. tetapi malangnya LDP umpama pembangkang dalam BN. Boleh melakukan teguran tetapi bukan menhentam dan mengaibkan.

Fikir-fikiralah LDP. berfikir dengan matang, jangan ikut nafsu semata. Bukan menegur tetapi berpesan. Ini bukan masa hendak mencetuskan darah di dalam hubungan keluarga , masa untuk membaiki apa yang belum dilaksanakan. perkongsian sangat penting untuk menentukan keselesaan rakyat Sabah. Jangan kerana pertengkaran seperti kanak-kanak, rakyat yang muak dan membenci. Pleaseeee!

Tuesday 19 April 2011

KOMUNITI SABAH TERBENTUK : JAMAWI 

Oleh : inayana

Jejak masyarakat Sabah yang terperangkap tanpa pekerjaan di Kuala Lumpur pada tahun leaps telah mendapat liputan seluruh negara, sehingga Ada pihak mengambil keaempatan menghentam bukan sahaja kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk SEri Panglima Musa aman, malahan mengejek kepimpinan BN keseluruhannya konon mengabaikannpembangkang masyarakat. Jamawi jaafar atau lebih mesra dipanggil JJ telah meneruskan perjuangan kebajikan  walaupun sebahagian besar masalah yang telah dihadapi diselesaikan dengan bantuan kerajaan negeri Sabah Dan kepimpinan Pemuda UMNO

KOMUNITI SABAH untuk kumpulan masyarakat Sabah yang bermastautin di Kuala Lumpur telah dibentuk sebagai susulan langkah Pemuda Barisan Nasional dalam membantu anak-anak Sabah yang kehilangan pekerjaan awal tahun 2010.

Tujuan komuniti Sabah ini dibentuknuntuk menage kebajikan Dan hall ehwal anak Sabah di Lembah  Kelang serta memudahkannya lagi jawatankuasa membantu anak-anak Sabah yang bermasalah di Kuala Lumpur.

Pengawas Komuniti Sabah iaitu Jamawi Jaafar telah mengadakan mesyuarat pembentukan jawatankuasa semalam (19/04/2011). Dimaklumkan juga, turret hadir dalam mesyuarat tersebut saudara Idris Maidin Pengarah Pejabat Perhubungan  Negeri Sabah atau lebih synonym dengan sebutan 'Rumah Sabah'

Tahniah jamawi. Yana harapkan tindakan Dan keprihatinan seperti ini menjadi ikutan kepimpinan lain

SIAPA ITU BORNEO MENGGUGAT DI FACEBOOK? TANYA SAMA DIALAH YA. SPESIS DAYUS TU!

Oleh Nor Emma

Emma baru dapat maklumat tentang statement si Borneo Menggugat dalam group Report of Sarawak dari nurul yang kebetulan satu pasukan bawah gtpu3. Gila punya orang. Dia kecewa mamgkali sampai terlupa sejak bila Ada puteri umno Sabah bertugas di pilihanraya Sarawak . Hal ini telah diutarakan  soalan  kepada kepimpinan puteri umno Sabah. Sama Ada kes MENYELAK KAIN ini Ada berlaku semasa pilihanraya tersebut

Jelas mereka mengatakan tiada berlaku seperti Yang dikatakan. Sah ini satu lagi kenyataan meroyan, sasau, mulau dari orang menggunakan nama Borneo Menggugat yang tidak tahu sejak bila Sarawak ini Ada puteri umno? Pembentukan puteri BN pun blm terlancar,...

Emma jenguk juga group tu, memang Ada perdebatan di sana. Antara Borneo Mengugat, Puteri Rang Bulan Dan Siti Baiduri. Emma setuju dengan cabaran puteri rang bulan. Sila tunjukkan article yang dikatakan tersebut. Jangan sebarangan bercakap. Lazimnya jika Ada kes berkaitan xengan article dikeluarkan oleh surtax khabar tempatan ini, Emma Akan dimaklumkan oleh ketua Emma. Sah. Penipu!

P/s: mengikut maklumat jelas diperolehi. Pergerakan puteri Sabah telah mengarahkan unit IT untuk menjejak pengguna bernama Borneo Mengugat dengan mengesan IP Adress nya. Tahniahlah saudara. Cakap jangan sebarang cakap. Salah camP. Buruk padahnya. Cakap Siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar. Sendiri mahu ingatkah, berani buat berani tanggung

moral of story.. buat kenyataan pertuduhan kena ada buktinya terutama berkaitan dengan sesuatu perkara seperti surat khbar atau waktu jika ingin menghentam PUTERI

Monday 18 April 2011

DUH. SATU KELUARGAKAH TU??????

Oleh : Sri Nana

Bukan sekali, bukan dua kali, malahan lebih 3 kale mereka ini asyik buat hal. Cuma nana selalu diminta untuk duduk diam Dan perhatikan sahaja. 

Nana suka betul membaca satu article yang dituliskan oleh papagomo Dan sangat bersetuju dengan pandangannya. Jatuh ban gun sesuatu perjuangan semasa pilihanraya selain tugasan yang dilaksanakan oleh jentera , kekukuhan dengan serangan cyber war yg banyak membantu  http://www.papagomo.com/2011/04/cyber-war-hanya-pro-umno-yang-berjuang.html

Dulu orang selalu ketawakan nana , konon bung masa sahaja menghadapi computer. Mereka kata asyik dunia chat. Risau juga nana tetapi hakikatnya nana mencari info untuk pembukuhan jiwa nana tenting konsep perjuangan nana.

Kini nana nak perkatakan, selama ini, apa juga pilihanraya kecil yang telah berlangsung sebelum ini, nana hanya perasan kehadiran jentera UMNO sahaja yang bekerja keras , walaupun calon bertanding itu adalah dare parti component BN. Kenapa?

BLOGGER SABAHKINI DI SAMAN RAIS

Oleh putrid EKA
Datuk seri pang lima Rais yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net Abdul Mutalib  untuk menuntut gnat rugi Dan injuksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri article 1 Dan 7 bulan Januari lalu.  Dalam pernyataan tuntutan Datuk Seri Panglima Rais berkata, defenden pada 1 Januari lalu menerbitkan article berunsur fitnah yang bertajuk ' Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' Dan ' PKR caber Rais sumpah laknat' yang dipaparkan pada fhb januari lalu. - media UMNO

Ucapan sekalung tahniah kepada penulis yang sangat beranikah mendabik dada akhir mulai memikirkan Dan mengagak berapa banyak jumlah saman lagi yang bakal diterimanya selepas ini. Ini baru 2 article. Puteri men anti pula tuntutan seterusnya yang mengaitkan tokoh kepimpinan yang lain. Ini bukan cerita kenyataan Dan tunjukkan kebenaran, tetapi lebih kepada menulis mengandaikan perasaan penulis semata!

Monday 4 April 2011

DALAM PR MEMANG SELALU BERBALAH: MACAM MANA MAHU JADI PEMERINTAH CEMERLANG???!!!

oleh : INA YANA

Gempar dua cerita yang INA dapat semalam. 1 cerita video Anwar dengan pelacur cina tersebar di YOUTUBE. walau tidak penuh, 1:57 minit lebih kurang, cukup memanaskan sesiapa yang memperolehinya. yang kedua apabila diketahui pertindihan calon dalam PR itu sendiri SNAP dan PKR di Sarawak tiada kata putus meletakkan calon untuk PRU ke-10 di Sarawak.

INA tidak terkejutpun berita tiada keputusan siapa calon dalam PR itu memang kebiasaan. Tiada kejanggalan walau sedikitpun, terkejutpun tidak sebab apa yang INA dapat maklumatpun bermula PRU 2008 yang lepaspun, mana-mana kerajaan PR negeri tidak sekepala. Asyik dengan pergaduhan antara satu sama lain. Contoh di KEDAH sahaja, sehingga muncullah MP atau ADUN bebas produk kilang PR tu! keluar atas ketidakpuasan cara pentadbiran yang sahabat mereka laksanakan.. oppppsss bukan sahabat tetapi mantan sahabat.

Di Sabah inipun, belum jadi pentabirpun, baru dalam cabang anggota PKR sudah asyik memburuk-burukkan antara satu sama lain kerana berebut jawatan angan untuk PRU nanti. Belum lagi memerintah. hacur negeri tercinta INA ni kalau mereka jadi pemerintah. Pada INA cukuplah pengalaman yang dilalui semasa Sabah di bawah pemerintahan pembangkang dulu. bukan membangkit sentimen hubungan ya, tapi pengajaran bah. INA ni produk masa pemerintahan pembangkang tau, jadi pembesaran dan sesi persekolahan INA sempat mengecapi bagaimana rasanya di bawah pemerintahan pembangkang.

JANGAN BIARKAN PR MEMERINTAH SABAH!!!!!

Sunday 3 April 2011

Yuna - Cinta Sempurna

Pernah INA terima pandangan bahawa artis bertudung sememnagnya tiada tempat di hati masyarakat yang gilakan hiburan. Kini INA mahu bertanya kepada mereka semula. Masihkah berpegang dengan pandangan itu dengan pengikhtirafan yang diterima oleh YUNA malam ini?

KALAU TIDAK BENAR TIDAK PERLU MELENTING

Oleh : Putri Eka

Mengamuk Ketua Cabang PKR Tenom sebaik sahaja berita timbalan ketua Cabangnya Lampug mengumumkan kelaur bersama 27 orang ahlijawatankuasa PKR menyertai UMNO Tenom. Siap memberi botis 14 hari untuk memerintah Jamawi Jaafar memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO merangkap exco pemuda UMNO Malaysia sah menampar batang hidung mereka. Dia bukannya jenis yang akan mengeluarkan kenyataan tanpa mengetahui dengan jelas apa yang diperkatakannya

Agak-agaknyalah, kenyataan itu betullah tu. Kalau tidak betul, cukuplah buat kenyataan balas menafikan kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Tidak perlulah sehingga mengeluarkan notis mengarahkan memohon maaf. Hakikatlah sememangnya bukan sahaja Sabah, semenanjung sekalipun PKR memang sudah menunggu rebah terpuruk bah. Ini melenting semacam ni kenapa????  Senang saja bah, sebab memang sudah terkena batang hidung. Toing toing toing!

Walau bagaimanapun , setelah perolehi maklumat ini, masih menanti maklum balas dari Jamawi Jaafar tetapi masih belum memberi sebarang jawapan berkenaan tersebut. Selepas baca pandangan ini, jangan pula ketua PKR Cabang Tenom bagi kepada kami notis 24 jam suruh berhenti mengatakan pandangan dan cerita sebenar, kami akan terus membongkar untuk memberi kesedaran kepasa saudara-saudara senegeri . Pembohongan yang dilakukan oleh PR ini sepatutnya dihentikan. Jangan diberi peluang langsung

Saturday 2 April 2011

MASYARAKAT SABAH LEBIH TOLERANSI HAL AGAMA

Oleh SRI Nana

lama sudah SRI membaca bermula isu kalimah Allah di gereja, kini keluar pula isu penterjemahan Bahasa melayu pada bibbles yang sangat panas diceritakan oleh rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. SRI penganganut agama Islam. Bukan sebagai saudara baru tetapi sememangnya SRI dilahirkan dari keluarga Islam. tetapi pergaulan SRI di sabah, terbuka kepada rakan-rakan yang berpegang kepada agama selain agama Islam. Mereka sangat menghormati kepercayaan Islam yang SRI amalkan, dan SRI juga menerima pegangan dan kepercayaan dianuti oleh mereka sebagai hak mereka. Jika mereka tertarik kepada agama Islam, SRI bersyukur atas petunjuk hidayah yang mereka terima.

tetapi perkara yang menjadi tersinggung rakan-rakan SRI apabila kawan-kawan Seislam SRI yang menjadikan kalimah Allah dan kini perterjemahan bibbles kepada Bahasa Melayu telah diisukan. malahan  ada pula melepas pernyataan menghina agama kristian. Walhal kata mereka mereka sebagai orang Islam sangat tersinggung jika agama Islam dipermainkan tetapi kenapa menghina agama lain pula. Mereka kata sangat tidak adil

Walau bagaimanapun, mereka berkata, syukurlah masyarakat Islam Sabah tidak melibatkan diri dalam isu-isu seperti ini. meraka kata masyarakat sabah lebih bijak dan bertoleransi dalam hal agama. Mungkin amalan 1 malaysia bukanlah suatu konsep yang baru di kalangan penduduk Sabah yang ada 36 etnik ini.

tolonglah , hentikan mengisukan hal bibbles atau perkataan Allah ini kata mereka. SRI tak tau bagaimana mahu terangkan hal ini. Apa yang SRI dapat buat pengakuan UMNO Sabah sangat tahu perkara ini, sebab itu bersikap diam kerana sudah kenal kehidupan masyarakat sabah.

YouTube - Meet Uncle Hussain ft. Black Mentor-Drama King (Raja Drama).avi

lagu ini ditujukan kepada siapa sahaja yang merelakan dirinya jadi hamba seorang KING OF DRAMA.

Siti Nurhaliza-Wanita

INA sangat sukakan lagu ini menggambarkan betapa wanita itu walau disakiti, kesetiaannya tetap sama sama juga dalam aspek perjuangan, kesetiaan seorang yang bergelar wanita, tidak mudah tergygap walupun badai melanda

BUTA SUDAH KALI

oleh: Ina Yana
Pelik betul INA dengan cerita orang yang sudah melalut. Boleh mengeluarkan kenyataan , bagus lagi pembangunan Sabah sebelum merdeka berbanding sekarang. Di mana relevannya cerita tahyul ini. Orang bodoh sahaja boleh masuk penipuan ini. Jom tengok bah gambar yang sengaja INA bagi masuk dan kawan-kawan boleh buat perbandingan bah perbezaan Bandar Kota Kinabalu dulu dan sekarang.


kalau pun mahu sedap berbualpun, bagilah cerita yang logik bah.  Orang tidak buta bah melihat bagaiman pesatnya pembangunan Sabah. Pernah rakan INA dari semenanjung datang ke Kota Kinabalu, punyalah terkejut dia melihat perbezaan bandar Kota Kinabalu walaupun katanya baru dalam 2 tahun dia tidak datang ke sabah. Malahan dia mengtakan KKIA (Kota Kinabalu International Airport) sangat canggih jika dibandingkan lapangan terbang negeri lain. Kalau tidak percaya katanya pergilah ke mana lapangan terbang  Pulau Pinang tidakpun Langkawi. INA hanya mampu tersenyum. Ada jodoh, Insyallah INA akan sampai juga sekali lagi di kawasan peranginan tersebut.
ini kalilah. kalau mahu bohong, jangan lebih-lebih bah. Bikin malu saja mengaku pemimpin tapi bagus lagi politik kedai kopi yang lebih menceritakan masalah sekeliling yang dorang nampak bah.

Salam kesedaran bah dari INA. Kalau sudah mahu buta, cepat-cepat dapatkan rawatan.


TAMPARAN HEBAT UNTUK PKR SABAH

Oleh: Ina Yana
Menurut NASUTION NAEJEL. Penulis Sabahkini.net menyatakan  bahawa belaiu sudah dijangka sejak awal lagi bahawa PKR dan Halik Zaman pastinya tidak akan mengaku kalah malahan beliau tetap akan mengatakan PKR masih relevan dan kekal berfungsi operasi bahagian itu seperti sediakala meskipun dalam gambar yang berdiri mengapit di sekelilingnya jelas kelihatan adalah terdiri dari budak budak mentah dalam politik.
Tindakan Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom, Lampag Kurias membawa bersamanya beberapa AJK Cabang dan pemimpin Cabang PKR merupakan suatu tindakan yang tepat kerana beliau merasakan bahawa masa depan PKR khususnya di Tenom menuju ke alam gerhana politik.- Sabahkini
Nampakanya khabar angin yang INA dengar semakin menampakkan kejelasannya. Sebelum ini INA ad dengar juga kononnya selepas konvensyen PRK baru-baru ini kepercayaan masyarakat Sabah semakin yakin dengan PKR. Nampaknya angin sahaja yang mereka sengaja kipaskan.

Individu yang sebelum ini menolak BN dahulunya semakin memperakui kehebatan angkatan pejuangan muda yang dilahirkan oleh UMNO kini. pendekatan kepimpinan muda yang lebih dekat di hati rakyat telah menolak tanggapan negatif meraka terhadap UMNO.

TSUNAMI PKR di pusat telah membawa arus menyedarkan masyarakat Sabah bahawa PKR ini umpama "PELAMIN ANGANKU MUSNAH. INA ingin ucapkan TAHNIAH kepada masyarakat yang semakin bijak menolak PR dari terus membohongi mereka.

Salam Persahabatan

Salam

Maklumat apa sahaja amat perlu dimiliki oleh setiap individu kerana ia membentuk pengetahuan yang memberi kepelbagaian ilmu. Namun terlalu banyak maklumat juga suatu yang mungkin Akan mengganggu ketelusan maklumat yang tepat. Sehingga ramai sahabat terkeliru dengan kepelbagaian maklumat yang mengelirukan.

Blog ini berusaha untuk memberi maklumat perjuangan Dan kebenaran yang perlu diketahui oleh masyarakat umum Dan menghargai apa yang telah kita terima selama ini.

Salam perjuangan Dan perkongsian dari KAMILAH AKINABALU PUTERI