Followers

Friday, 20 July 2012

MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

PENGUMUMAN PADA RAKAN MEDIA SOSIAL

Salam~Majlis Media Sosial 1Malaysia telahpun diluluskan bernombor pendaftaran~PPM-013-20072012


Bagi pihak Majlis,sahabat-sahabat dialu-alukan untuk turut serta menjadi ahli Majlis ini dengan menghubungi Setiausaha Agung saudara Saiful 0133655339 utk keterangan lanjut~terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 18 July 2012

TUNGGU DIPECAT?

BP membaca 1 artikel hari ini yang ditulis oleh oleh ONE-KOTA BELUD blog yang untuk kali pertama BP temui. Kebetualan meronda-ronda.

Betulkan Lajim menunggu untuk dipecat? Tapi itulah yang BP baca dalam mana-mana artikel surat khabar sebelum ini. Kenapa tunggu dipecat? Untuk menyimbah minyak ke atas bara apiker? BP terhidu sesuatu yang sangat busuk dengan perancangan tak matang MT UMNO seorang ini.

menurut penulis ONE-KOTA BELUD blog, Lajim berbuat demikian kerana hendakkan sokongan simpati. ... bukankah strategi ini sebiji macam Anwar Ibrahim. Yang menggunakan kaedah memangsakan dirinya untuk dapatkan sokongan. Konon dikejamkan oleh kerajaan BN? Strategi ini idea dari Anwarker? Dah tak ada strategi yang lebih berkesanker.. ini kes dah lapuklah bro

Baru-baru ini, sahabat BP menguhubungi BP bertanyakan andai lajim nak umumkankeluar UMNO 15hb Julai 2012. info yang mereka perolehi dari sumber... ntah siapa yang sebarkan. BP anak sabah ni terus jejaklah kebenarannya.  Memang ada perancangan sedemikian. tetapi seperti biasa, dah SIFU suka tangguh kes naka didiknya baru nipun ikutlah telunjuk sifu. Tangguh lagi. Ada sumber mengatakan, Lajim akan umumkan keluar pada 24hb Julai ini. Masa bulan Ramadhan. Agaknya penasihat Lajim ini menganggap PRU bakal diadakan dalam Puasa kot. Tapi untuk sekian kalinya, BP yakin sangat. Berita tu tak akan ada penghujungnya kerana Lajim tak akan berbuat demikian. Masih mengharap diberi perhatian dengan gelagat tak matangnya. gertak lebih je,

BP nak menasihat pada Lajim. kalau dah tak suka. Buat apa tunggu dipecat. Dah rasa diri gagah sangat.. bertindaklah. kenapa nak tunggu diberi tindakan.


Saturday, 14 July 2012

TAHNIAH SABAH

Nahhhhh! Apa tidak bangga. Hari ini. Pasukan Golf Sabah, memboloti semua pingat emas yang dipertandingkan dalam SUKMA 2012.

Tahniah BP ucapkan pada pasukan golf Sabah. Sabah boleh bah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 11 July 2012

BILA ANWAR UMRAH???

BP menjejak lagi cerita kesahihan DSP Lajim bakal menunaikan ibadah umrah kononnya minggu depan. Sumber pertama BP sudah dengat bahawa Janang Gayuh itu berangkat menunaikan umrah pada 1hb julai yang lelas. Insyallah dijangka kembali esok bersamaan 12hb Julai 2012. Sumber ini BP perolehi dari rakan yang juga warga kawasan Beaufort.  Itu yang BP pelik baca tulisan MyMassa mengatakan DSP Lajim dikejar oleh Anwar bersama sama bakal mengerjakan umrah bersama. Takkan baru balik umrah nak pergi lagi dalam masa sesingkat itu.

Soalan BP, Anwar ada beranikah mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini? Tolong sahihkan cerita ini.

Monday, 9 July 2012

ORANG SABAH LAGI TAHU

BP ada membaca 1 artikel yang ditulis oleh MYMASSA berkaitan Anwar mengejar DSP Lajim. Itu dia punya pasal. sebab memang sudah lama, Anwar ni berangan-angan dan bercita-cita ada MP melompat menyokong dia, bukan sekali ini .. sejak selepas PRU ke-12.  

Cerita kes anwar membubut DSP Lajim dari  KL hingga ke sabah, kali ini mau bubut lagi semasa mengerjkan ibadah Umrahpun BP tidak kisah. itu urusan pribadi mereka berdua. BP tidak akan buat sebarang andaian , andai ia buruk, jawablah kedua mereka di akhirat kelak. Andai perjuangan pribadi tetapi menjual nama perjuangan rakyat, menjawablah di hadapan Allah swt kelak.

Soalan BP hanya, tulisan Mymassa menegur atau lepaskan marah kepada DSP Musa Aman itupun BP tak kisah. tetapi yang BP jadi berminat, tulisannya berkaitan tuduhan :

Dalam hal ini, biarlah Mymassa marah-marah sikit kepada DSP Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Lajim tidak akan berpindah kepada Anwar jika tidak ada sebab. Demi kelangsungan politik, Musa tidak sepatutnya menahan projek-projek kepada Majlis Daerah Beoufort, Musa tidak sepatutnya menahan projek penanaman padi di Beoufort, Musa juga tak sepatutnya menghalang projek-projek parlimen di Beoufort. Peruntukan dan pembangunan itu perlu dilancarkan kerana ianya untuk kemudahan rakyat jelata juga. Musa Aman kena berfikir dua kali sebelum menghukum Lajim sebegitu rupa, tidak perlu menghantar Datuk Azizah Mohd Dun untuk menjatuhkan Lajim, kerana senioriti Lajim dan pengorbanan Lajim lah dahulu yang membolehkan juga Musa Aman menjadi Ketua Meneteri.Jika semua dihalang, bagaimanakah Lajim mahu membantu rakyatnya di Beoufort?

"Menahan projek-projek di Beaufort? Majlis derah Beaufort? bagaimana projek melalui Pejabat Daerah? BP baru sahaja menerima info 2 bulan lepas, cabutan pelaksana projek kelas F dilakukan untuk daerah beaufort. Semuanya projek yang melibatkan peruntukan yang besar untuk pembangunan dan kemudahan rakyat kawasan daerah Beaufort.

Kenapa melihat hanya projek kawasan daerah Beaufort semata, Kawasan parlimen Beaufort melibatkan juga daerah Kuala Penyu.  BP baru sahaja pergi ke kawasan Kuala Penyu sambil meninjau ada perubahan kelihatan atrau tidak daerah tersebut. salah satu yang BP lihat adalah bverlakunya membangunkan projek direct kepada rakyat iaitu rumah PPRT yang sedang rancak dibuat.  Mayb yang dikatakan penahanan projek itu adalah projek yang ditangguhkan kerana permohonan baru , belum ada peruntukan yang boleh digunakan untuk itu. 

Berkenaan dengan tuduhan menghantar Datuk Azizah untuk menjatuhkan DSP Lajim ini. MyMassa hanya mendengar cerita sebelah pihak iaitu DSP Lajim sendiri. Itulah tuduhan yang dilakukan oleh orang-orang DSP Lajim selepas PRU ke-12 lalu , atas sebab apa. kerana Datuk Azizah dengan beraninya bertanding bagi kerusi Ketua UMNO Bahagian Beaufort sebagai balasan pribadi kerana menyatakan DSP Lajim telah menghantar orang-orangnya mengganggu jawatannya sebagai Ketua wanita UMNO bahagian Beaufort semasa pemilihan berlaku. Semua berada dalam kawasan beaufort mahupun kawasan berhampiran sudah faham pergolakan antara kedua pemimpin ini. Ianya sebenarnya pergolakan pribadi keduanya.

Persoalan gangguan yang dikatakan dilakukan oleh DSP Musa ke atas datuk Lajim melalui Datuk Azizah telah dijawab oleh DSP Musa sebelum ini. Beliau mengatakan tidak pernah mengganggu apa lagi mendorong Datuk azizah melawan DSP Lajim. Pernah menasihatkan kedua pemimpin agar berbaik-baik untuk kesejahteraan dan perjuangan rakyat kawasan.

Nasihat BP, untuk bertindak adil, MyMassa perlu merujuk juga DSP Musa Aman tentang tuduhan tersebut sebelum memintanya berfikir dua atau 3 kali konon mendera Janang Gayuh ini. Demikian juga berkaitan Datuk Azizah. kemukakan soalan berkaitan untuk menjawab persoalan sebelum membuat penulisan. 

Walaupun Lajim tidak ada hati bersama PKR, kerana Lajim sudah bersedia dengan parti barunya, logo dan bendera parti baru juga sudah disediakan di rumahnya

Hal  Parti baru ini. BP dengar sudah dari awal tahun lagi. SPF Sabah People Front. Sebelum ini sudah berkibar benderanya dari kawasan Kinarut sehinggalah ke kawasan Beaufort serta terjangkit sedikit kawasan Lumadan. Namun ia berhenti begitu sahaja. Ada Parti baru lainkah lagi? 

Nasihat BP masalah seperti ini, elok biarkan ketiga pemimpin duduk semeja, berbincang dan mengambil kata sepakat. Membuat pertuduhan melalui orang ketiga atau selebihnya ianya hanya mengundang penggunaan perisa menyedapkan suasana semata. mungkin ada juga mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam suasana panas lagi perit ini  untuk keuntungan pribadi. BP kata mungkin dan ia tidak mustahil terjadi. Andai benar perjuangan untuk rakyat, kenapa tak mahu membuat pengorbanan untuk bersama-sama membuat perjumpaan? Kenapa menggunakan saluran lain. Dalam soal isu sebegini, BP melihat yang asyik mencanang menghentam DSP Musa mahupun Datuk Azizah adalah orng-orang menyokong DSP Lajim. Sedangkan pihak keduanya buat tidak melibatkan diri dan membiarkannya. 

Nasihat BP pada sesiapapun orang LUAR, elok kita jadi pemerhati sahaja. Usah mengeryuhkan keadaan dengan membuat pelbagai andaian yang bukan menyelesaikan masalah, menambah lagi kepanasan dan ketegangan.

BP doakan semoga perjalanan peribadatan UMRAH DSP Lajim minggu depan berjalan seperti yang diniatkan. Semoga kembali ke tanah Air segala persoalan, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara kebijaksanaan sebagai pemimpin yang orang segani dan hormati. Jangan kerana masalah peribadi, rakyat diseksa dengan persoalan. Ingatlah, sebagai pemimpin, kita tak akan berdiri di atas tanpa diangkat oleh pengundi. Jangan jadikan pengundi hanya sebagai alas atau tangga untuk kita meniti ke atas. 

Anwar Ibrahim tu, tidak perlu dipersoalkan. dia selagi tidak duduk di kerusi No 1 Malaysia. Tidaklah nampak mata hitamnya .

Sunday, 8 July 2012

SEGANDA DIUMUM! TAU-TAU DUINA.. CAKAP BESAR SAJA #GUDBYEPKR

Adeh.. Ndak sudah-sudah mau hebohkan jumlah yang PALING BESAR. Bukan sekali dua tau perangai penulis Musli oli ni buat cerita semua serba MEMBESAR KUANTITINYA

Semalam BP memang baca dia punya status di tweet. Pasal kemasukan ahli UMNO kinabatangan konon 100 orang di dewan Hakka. BP terus menghubungi rakan di sana untuk memastikan cerita sebenar.

100 orang konon! Sekalinya hanya beberapa orang pengikut en.Mustapa Tambuyung! Adakah beberapa orang itu mewakili 100 orang? ( Dapat list nama orang terlibat . BP post kalau ndak percaya)

Macam cerita BERSIH 3.0 di padang KK. Penuh konon bandar KK dibanjiri penyokong BERSIH. Walhal kawan BP ada di sana siap hantar gambar lagi. Sangsara itu punya cerita. Mana penuh KK penyokong banjir. Itu bandar tempat orang shopping bah. Ramai-ramai tidaklah memenuhi bandar. Jangan mau menipu. Bikin malu.

#BNBAH
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 3 July 2012

PEMBANGKANG MAU CAKAP INTEGRITI? Heheheheheh

Bagus juga di Anwar pasang si jambu baru Rafizi ni. Boleh dibodohkan ja ini 'jelama' (manusia) mana kena suruh, itu dia buat. Dah kantoi cerita hanyalah auta, naaaahhhh ndak kali lagiiiii!

Rafizi hanya mampu terdiam bila projek projek besar berbilion ringgit semasa Anwar menjawat sebagai TPM dibongkarkan oleh blogger Mymassa.. Cabaran demi cabaran dibuat agar rafizi mendedahkan sekali perangai Bossnya yang mengamalkan sikap kronisme semasa menjadi TPM..

Seperti yang kita duga, Rafizi hanya berani bercakap untuk permulaan sahaja, apabila ianya sudah membabitkan rakan-rakan Anwar seperti Kamarudin Jaafar, Rafizi tak sangka rupanya itu amalan Anwar Ibrahim sejak dahulu.

Rakyat Malaysia yang lain Tak Dapat Ker, Asyik Kamarudin Jaafar ?

Di Sabah pun Nak Kaut Ker? Orang Sabah Mesti Marah!!!

Anda harus ingat, Anwar beri Kontrak kepada Kamrudin Jaafar bukan sahaja dalam LRT di bandaraya Kuala Lumpur, di Sabah Shipping Syipyard di Labuan pun Anwar berikan kepada Kamarudin Jaafar. Semua ini Rafizi tidak tahu, sebab dia masih berhingus ketika itu.

Sebab itulah bila dia diarah oleh Anwar mendedahkan projek LRT Kuala Lumpur baru-baru ini, Prasarana Sdn. Bhd. telah menjawabnya dan PM juga sudah menjawabnya

Kalau mau cakap pasal amanah. Ini PKR awal-awal lagi tidak nampak amanahnya. Masa berkuasa, semua dikerjakan. Pembangkang sabah apa kurangnya. Dari si jeffrey kitingannya sampai si YTL. Ndak berguna bilang orang tua.

BP mau kata, pembangkang, jangan mimpilah!!!! Pembangkang ini cuma saudagar mimpi. Bila terjaga, tiada sudah. Macam sisa makanan celah gigi, selepas dicungkil, selesai tiada sudah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.