Followers

Monday 9 July 2012

ORANG SABAH LAGI TAHU

BP ada membaca 1 artikel yang ditulis oleh MYMASSA berkaitan Anwar mengejar DSP Lajim. Itu dia punya pasal. sebab memang sudah lama, Anwar ni berangan-angan dan bercita-cita ada MP melompat menyokong dia, bukan sekali ini .. sejak selepas PRU ke-12.  

Cerita kes anwar membubut DSP Lajim dari  KL hingga ke sabah, kali ini mau bubut lagi semasa mengerjkan ibadah Umrahpun BP tidak kisah. itu urusan pribadi mereka berdua. BP tidak akan buat sebarang andaian , andai ia buruk, jawablah kedua mereka di akhirat kelak. Andai perjuangan pribadi tetapi menjual nama perjuangan rakyat, menjawablah di hadapan Allah swt kelak.

Soalan BP hanya, tulisan Mymassa menegur atau lepaskan marah kepada DSP Musa Aman itupun BP tak kisah. tetapi yang BP jadi berminat, tulisannya berkaitan tuduhan :

Dalam hal ini, biarlah Mymassa marah-marah sikit kepada DSP Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Lajim tidak akan berpindah kepada Anwar jika tidak ada sebab. Demi kelangsungan politik, Musa tidak sepatutnya menahan projek-projek kepada Majlis Daerah Beoufort, Musa tidak sepatutnya menahan projek penanaman padi di Beoufort, Musa juga tak sepatutnya menghalang projek-projek parlimen di Beoufort. Peruntukan dan pembangunan itu perlu dilancarkan kerana ianya untuk kemudahan rakyat jelata juga. Musa Aman kena berfikir dua kali sebelum menghukum Lajim sebegitu rupa, tidak perlu menghantar Datuk Azizah Mohd Dun untuk menjatuhkan Lajim, kerana senioriti Lajim dan pengorbanan Lajim lah dahulu yang membolehkan juga Musa Aman menjadi Ketua Meneteri.Jika semua dihalang, bagaimanakah Lajim mahu membantu rakyatnya di Beoufort?

"Menahan projek-projek di Beaufort? Majlis derah Beaufort? bagaimana projek melalui Pejabat Daerah? BP baru sahaja menerima info 2 bulan lepas, cabutan pelaksana projek kelas F dilakukan untuk daerah beaufort. Semuanya projek yang melibatkan peruntukan yang besar untuk pembangunan dan kemudahan rakyat kawasan daerah Beaufort.

Kenapa melihat hanya projek kawasan daerah Beaufort semata, Kawasan parlimen Beaufort melibatkan juga daerah Kuala Penyu.  BP baru sahaja pergi ke kawasan Kuala Penyu sambil meninjau ada perubahan kelihatan atrau tidak daerah tersebut. salah satu yang BP lihat adalah bverlakunya membangunkan projek direct kepada rakyat iaitu rumah PPRT yang sedang rancak dibuat.  Mayb yang dikatakan penahanan projek itu adalah projek yang ditangguhkan kerana permohonan baru , belum ada peruntukan yang boleh digunakan untuk itu. 

Berkenaan dengan tuduhan menghantar Datuk Azizah untuk menjatuhkan DSP Lajim ini. MyMassa hanya mendengar cerita sebelah pihak iaitu DSP Lajim sendiri. Itulah tuduhan yang dilakukan oleh orang-orang DSP Lajim selepas PRU ke-12 lalu , atas sebab apa. kerana Datuk Azizah dengan beraninya bertanding bagi kerusi Ketua UMNO Bahagian Beaufort sebagai balasan pribadi kerana menyatakan DSP Lajim telah menghantar orang-orangnya mengganggu jawatannya sebagai Ketua wanita UMNO bahagian Beaufort semasa pemilihan berlaku. Semua berada dalam kawasan beaufort mahupun kawasan berhampiran sudah faham pergolakan antara kedua pemimpin ini. Ianya sebenarnya pergolakan pribadi keduanya.

Persoalan gangguan yang dikatakan dilakukan oleh DSP Musa ke atas datuk Lajim melalui Datuk Azizah telah dijawab oleh DSP Musa sebelum ini. Beliau mengatakan tidak pernah mengganggu apa lagi mendorong Datuk azizah melawan DSP Lajim. Pernah menasihatkan kedua pemimpin agar berbaik-baik untuk kesejahteraan dan perjuangan rakyat kawasan.

Nasihat BP, untuk bertindak adil, MyMassa perlu merujuk juga DSP Musa Aman tentang tuduhan tersebut sebelum memintanya berfikir dua atau 3 kali konon mendera Janang Gayuh ini. Demikian juga berkaitan Datuk Azizah. kemukakan soalan berkaitan untuk menjawab persoalan sebelum membuat penulisan. 

Walaupun Lajim tidak ada hati bersama PKR, kerana Lajim sudah bersedia dengan parti barunya, logo dan bendera parti baru juga sudah disediakan di rumahnya

Hal  Parti baru ini. BP dengar sudah dari awal tahun lagi. SPF Sabah People Front. Sebelum ini sudah berkibar benderanya dari kawasan Kinarut sehinggalah ke kawasan Beaufort serta terjangkit sedikit kawasan Lumadan. Namun ia berhenti begitu sahaja. Ada Parti baru lainkah lagi? 

Nasihat BP masalah seperti ini, elok biarkan ketiga pemimpin duduk semeja, berbincang dan mengambil kata sepakat. Membuat pertuduhan melalui orang ketiga atau selebihnya ianya hanya mengundang penggunaan perisa menyedapkan suasana semata. mungkin ada juga mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam suasana panas lagi perit ini  untuk keuntungan pribadi. BP kata mungkin dan ia tidak mustahil terjadi. Andai benar perjuangan untuk rakyat, kenapa tak mahu membuat pengorbanan untuk bersama-sama membuat perjumpaan? Kenapa menggunakan saluran lain. Dalam soal isu sebegini, BP melihat yang asyik mencanang menghentam DSP Musa mahupun Datuk Azizah adalah orng-orang menyokong DSP Lajim. Sedangkan pihak keduanya buat tidak melibatkan diri dan membiarkannya. 

Nasihat BP pada sesiapapun orang LUAR, elok kita jadi pemerhati sahaja. Usah mengeryuhkan keadaan dengan membuat pelbagai andaian yang bukan menyelesaikan masalah, menambah lagi kepanasan dan ketegangan.

BP doakan semoga perjalanan peribadatan UMRAH DSP Lajim minggu depan berjalan seperti yang diniatkan. Semoga kembali ke tanah Air segala persoalan, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara kebijaksanaan sebagai pemimpin yang orang segani dan hormati. Jangan kerana masalah peribadi, rakyat diseksa dengan persoalan. Ingatlah, sebagai pemimpin, kita tak akan berdiri di atas tanpa diangkat oleh pengundi. Jangan jadikan pengundi hanya sebagai alas atau tangga untuk kita meniti ke atas. 

Anwar Ibrahim tu, tidak perlu dipersoalkan. dia selagi tidak duduk di kerusi No 1 Malaysia. Tidaklah nampak mata hitamnya .

No comments:

Post a Comment