Followers

Tuesday 13 December 2011

BeluM UMUM CALON DAH ADA KHABAR TERSEBAR YB DIGUGURKAN NAMA?! BANGANGNYA

Semalam saya jalan-jalanlah masuk kawasan parlimen kuala penyu. Saja bertemu kerabat yang tinggal di sana. Pendekkan ceritalah,

Satu pakcik tu bertanyalah pada nana, sudah adakah nama penyenaraian siapa calon di kawasan tersebut. Nana ni, manalah tahu apa-apa. Bukan berkaitpun hal-hal sebegini. Dia kata YB DSP MP dengar-dengar mahu digugurkan namanya. Ish? Yakah? Nana tanya lagi, macam mana boleh tahu?

Pakcik tu kata sudah disebar-sebarkan cerita tu mengatakan Yb dSP Mp antara YB yang digugurkan. Selepas itu pakcik tu mengatakan, kalau YB Mp tu digugurkan, alamat ndak menanglah calon baru tu sebab pengaruh YB Mp tu memang besar. Diapun baik dan ambil peduli masyarakat dalam kawasannya.

Nana jelaskanlah. Hal siapa calon, siapa YB yang digugurkan ni, tiadapun diumumkan. Jadi cerita ni setakat khabar angin sahaja. Kebenaran dan fakta tiada. Demam PRU ja sudah makin membahang.

P/s: my bos kata, semakin dekat PRU, semakin ramai mulut dan strategik kurang cerdik akan tersebar.

No comments:

Post a Comment