Dalam mencari jalan penyelesaian kemelut dalaman yang melanda PAS..Jalan mudah bagi pemimpin2 PAS yang ketandusan idea dan kekeringan modal dengan menyalahkan UMNO..Kebankrapan akal fikiran yang melanda pemimpin bawah tempurung menjawab persoalan yang dibawa oleh Hasan Ali dan Nasaruddin menjadikan PAS sebuah parti yang langsung tidak mempunyai hala tuju dalam perjuangan sebenar mereka.Kedangkalan pemikiran Mustaffa Ali mengkeritik Hasan Ali menampakkan taraf pemikiran kanak2 tadika PASTI yang tidak faham apa yang mereka katakan..Rakyat semakin muak setiap kali isu berbangkit yang melibatkan Pemimpin2 PAS, pemimpin kurang waras mereka menunding jari kepada UMNO.. Ingatlah rakyat semakin cerdik bukan mudah tertipu oleh dakyah PAS yang begitu kolot dalam menyelesaikan sesuatu isu..Tahniah! kepada Hasan Ali yang begitu berani menegakkan kebenaran walaupun pahit..Ingatlah seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali PAS kini telah jauh menyimpang dari landasan Islam semenjak berselingkuh dengan DAP.
Pada Ee adalah sesuatu yang malang bagi penganut PAS apabila mereka sentiasa ditanamkan dengan Politik Kebencian,dendam Kesumat,hasad dan hala tuju politik yang bersimpang siur dengan niat yang berselingkuh dalam keserakahan mengejar matlamat lalu menghalalkan cara oleh pemimpin2 PAS yang ketandusan Idea.Pada Ee Islam bukan mainan,Islam bukan ciptaan manusia ataupun mereka yang bergelar ulama' yang begitu keji memperdagangkan Islam semata mengikut keserakahan hawa nafsu yang inginkan kuasa dan keduniaan.
Pada Ee PAS sepatutnya malu..jika dulu mereka begitu angkuh mempersoalkan kewibawaan UMNO dalam menyelesaikan kemelut dalaman yang menimpa UMNO kini mereka lebih busuk lagi bila tidak dapat menyelesaikan isu sendiri dengan menyalahkan pehak lain pula.Pada Ee perjuangan Hasan merupakan Jihad menentang golongan sekular dalam PAS yang cuba memesongkan penganutnya secara sedar atau tidaknya.Mahfuz Omar tidak perlu tersinggung dengan segala sindiran pedas Hasan Ali.Mahfuz dan penganut lainnya harus menerima hakikat bahawa PAS sudah semakin hilang sokongan kerana terjerat oleh permainan politik kotor Anwar Al Juburi.
Pada Ee sepatutnya Hasan dan Nasharuddin layak diangkat sebagai wira PAS kerana berusaha menyelamatkan PAS dari kehancuran hasil dari Kepetualangan Nik Ajis dan Hadi Awang apabila menukar dasar pejuangan parti demi mengejar impian mereka dalam melakar sejarah politik tanah air.Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali "Macam mana nak memperjuangkan Islam kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak kuat?..Bukankah di negara ini Melayu itu Islam?..Bukan semua Islam itu PAS.Apa pun PAS sepatutnya malu.." Dari kata2 pemimpin PAS seperti Hasan Ali itu Ee rasakan UMNO berada pada landasan yang begitu tepat apabila berperinsip dalam perjuangan mereka demi Agama dan Bangsa Melayu...Bersatulah! demi Perpaduan Ummah agar kepentingan,maruah Agama dan Bangsa dapat dipertahankan dari dajjal2 pengkianat negara.Bersatulah! di bawah 1 Malaysia yang menjamin kemakmuran,keharmonian,kesejahteraan rakyat danekonomi demi mengejar negara maju dan sejahtera dalam wawasan 2020 yang akan menjelma tidak berapa tahun lagi.Bersatulah!..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment