Followers

Monday 9 May 2011

KEMBALIKAN KERUSI MEROTAI KEPADA UMNO

Oleh : admin

Tuntutan kembali kerusi DUN Merotai dizahirkan oleh Pregreakn Puteri UMNO Kalabakan semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian baru-baru ini. Jelas dilihat sekiranya kerusi tersebut tidak dikembalikan kepada UMNO, kedudukan kawasan tersebut terdedah kepada ancaman penguasaan pembangkang atas ketidakpuasan pengundi kawasan yang menuntut agar kawasan tersebut diterajui kembali kepimpinan mewakili parti UMNO.

YAB Perdana Menteri selalu Pengerusi Barisan Nasional sendiri pernah mengumumkan bahawa penilaian calon berdasarkan permintaan akar umbi, calon memenangi hati rakyat. Calon yang menjadi pilihan seluruh pengundi kawasan walaupun ia bukan pemegang jawatan utama dalam kawasan tersebut. Perkara ini merupakan impian masyarakat setempat yang dahagakan perhatian kepimpinan yang berjiwa rakyat.

No comments:

Post a Comment