Followers

Showing posts with label puteri. Show all posts
Showing posts with label puteri. Show all posts

Saturday, 4 June 2011

RUJUK SEMULA PERJUANGAN TERDAHULU

oleh :Admin
Datuk sapawi , ketua UMNO Bahagian Sipitang mengajak perwakilan Puteri UMNO Sipitang untuk kembali merujuk sejarah perjuangan pejuang terdahulu untuk mengenali dasar perjuangan yang sebenar. kesedaran terhadap mengenali perjuangan yang sebenar sebagai titik tolak menjadikannya sebagai tapak dan dahan untuk berpaut agar tidak terhanyut dalam arus menyesatkan dunia politik kini.

penguasaan teknologi maklumat oleh hampir seluruh golongan muda mendesak untuk pejuang beriringan untuk memastikan golongan ini tidak tersesat kerana terlalu banyak maklumat yang tiada jaminan kebenarannya.

P/s: meminta agar kepimpinan tinggalkan segala perjuangan keperibadian,. bersatu dalam mencapai kemajuan masyarakat serta Parti. sudah masa semua bangun dari kelenaan yang indah hanya dimiliki seorang diri. Kongsikannya untuk semua. Pesanan .. tolonglah, jangan syok sendiri, demanding dan melihat sahabat sebagai seseorang yang perlu dilawan hehehe mereka juga bakal membantu kita kelak. matanglah, ikhlaslah dalam perjuangan

Monday, 9 May 2011

BERI PELUANG KEPIMPINAN UMNO KOTA KINABALU JAWATAN SENATOR

Oleh : admin
Berbeza dengan permintaan kawasan lain. Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu akur dengan ketetapan yang telah diputuskan bahawa kawasan parlimen Kota Kinabalu bukan milik UMNO. Pendekatan usual mereka berbeza dengan mengusulkan agar jawatan senator diberi peluang kepada kepimpinan UMNO mahupun ahli UMNO kawasan tersebut. Ruang itu boleh diguna pakai bagi menyalurkan suara ahli UMNO yang berada di kawasan tersebut. Perkara ini telah diusulkan dalam mesyuarat perwakilan puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

KEMBALIKAN KERUSI MEROTAI KEPADA UMNO

Oleh : admin

Tuntutan kembali kerusi DUN Merotai dizahirkan oleh Pregreakn Puteri UMNO Kalabakan semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian baru-baru ini. Jelas dilihat sekiranya kerusi tersebut tidak dikembalikan kepada UMNO, kedudukan kawasan tersebut terdedah kepada ancaman penguasaan pembangkang atas ketidakpuasan pengundi kawasan yang menuntut agar kawasan tersebut diterajui kembali kepimpinan mewakili parti UMNO.

YAB Perdana Menteri selalu Pengerusi Barisan Nasional sendiri pernah mengumumkan bahawa penilaian calon berdasarkan permintaan akar umbi, calon memenangi hati rakyat. Calon yang menjadi pilihan seluruh pengundi kawasan walaupun ia bukan pemegang jawatan utama dalam kawasan tersebut. Perkara ini merupakan impian masyarakat setempat yang dahagakan perhatian kepimpinan yang berjiwa rakyat.

USUL KERUSI UMNO DI KOTA MARUDU

Oleh : Admin

1 kerusi di kawasan Kota Marudu. Sekali lagi usual ini dibawa oleh perwakilan puteri umno cawangan-cawangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat cawangan bulan Mac yang lepas. Perkara ini disampaikan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO dalam ucapannya semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian tersebut.

Sebenarnya perjuangan menuntut kerusi diberi kepada UMNO ini bukan baru tahun ini sahaja, malahan sepanjang 2 tahun lepas. Perkara sama dizahirkan oleh Ketua Bahagiannya Mohd Fitri @ Wetron Bahanda dalam ucapan ketika perasmian mesyuarat UMNO bahagian Kota Marudu yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Mahyudin Yassin. Permintaan Dan keluhan ahli UMNO. Jelas permintaan itu bukan terhasil dare kepimpinan sendiri tetapi ianya dari akar umbi.

Tahun lepas, saya pernah menyertai program Puteri sebanyak 2 kali. Bertemu masyarakat terutama ahli UMNO. Menyatakan pengabaian berlaku terhadap mereka. Jika umno Kota marudu tidak privation, sudah pasti situasi mereka lebih teruk. Hmmmm... Saya tidak Akan ulas panjang. Cukuplah apa yang telah saya dengar ketika itu telah saya Dan rakan lain sampaikan ke pihak atasan untukan tindakan selanjutnya.

Tuesday, 19 April 2011

SIAPA ITU BORNEO MENGGUGAT DI FACEBOOK? TANYA SAMA DIALAH YA. SPESIS DAYUS TU!

Oleh Nor Emma

Emma baru dapat maklumat tentang statement si Borneo Menggugat dalam group Report of Sarawak dari nurul yang kebetulan satu pasukan bawah gtpu3. Gila punya orang. Dia kecewa mamgkali sampai terlupa sejak bila Ada puteri umno Sabah bertugas di pilihanraya Sarawak . Hal ini telah diutarakan  soalan  kepada kepimpinan puteri umno Sabah. Sama Ada kes MENYELAK KAIN ini Ada berlaku semasa pilihanraya tersebut

Jelas mereka mengatakan tiada berlaku seperti Yang dikatakan. Sah ini satu lagi kenyataan meroyan, sasau, mulau dari orang menggunakan nama Borneo Menggugat yang tidak tahu sejak bila Sarawak ini Ada puteri umno? Pembentukan puteri BN pun blm terlancar,...

Emma jenguk juga group tu, memang Ada perdebatan di sana. Antara Borneo Mengugat, Puteri Rang Bulan Dan Siti Baiduri. Emma setuju dengan cabaran puteri rang bulan. Sila tunjukkan article yang dikatakan tersebut. Jangan sebarangan bercakap. Lazimnya jika Ada kes berkaitan xengan article dikeluarkan oleh surtax khabar tempatan ini, Emma Akan dimaklumkan oleh ketua Emma. Sah. Penipu!

P/s: mengikut maklumat jelas diperolehi. Pergerakan puteri Sabah telah mengarahkan unit IT untuk menjejak pengguna bernama Borneo Mengugat dengan mengesan IP Adress nya. Tahniahlah saudara. Cakap jangan sebarang cakap. Salah camP. Buruk padahnya. Cakap Siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar. Sendiri mahu ingatkah, berani buat berani tanggung

moral of story.. buat kenyataan pertuduhan kena ada buktinya terutama berkaitan dengan sesuatu perkara seperti surat khbar atau waktu jika ingin menghentam PUTERI