Followers

Showing posts with label kawasan. Show all posts
Showing posts with label kawasan. Show all posts

Monday, 9 July 2012

ORANG SABAH LAGI TAHU

BP ada membaca 1 artikel yang ditulis oleh MYMASSA berkaitan Anwar mengejar DSP Lajim. Itu dia punya pasal. sebab memang sudah lama, Anwar ni berangan-angan dan bercita-cita ada MP melompat menyokong dia, bukan sekali ini .. sejak selepas PRU ke-12.  

Cerita kes anwar membubut DSP Lajim dari  KL hingga ke sabah, kali ini mau bubut lagi semasa mengerjkan ibadah Umrahpun BP tidak kisah. itu urusan pribadi mereka berdua. BP tidak akan buat sebarang andaian , andai ia buruk, jawablah kedua mereka di akhirat kelak. Andai perjuangan pribadi tetapi menjual nama perjuangan rakyat, menjawablah di hadapan Allah swt kelak.

Soalan BP hanya, tulisan Mymassa menegur atau lepaskan marah kepada DSP Musa Aman itupun BP tak kisah. tetapi yang BP jadi berminat, tulisannya berkaitan tuduhan :

Dalam hal ini, biarlah Mymassa marah-marah sikit kepada DSP Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Lajim tidak akan berpindah kepada Anwar jika tidak ada sebab. Demi kelangsungan politik, Musa tidak sepatutnya menahan projek-projek kepada Majlis Daerah Beoufort, Musa tidak sepatutnya menahan projek penanaman padi di Beoufort, Musa juga tak sepatutnya menghalang projek-projek parlimen di Beoufort. Peruntukan dan pembangunan itu perlu dilancarkan kerana ianya untuk kemudahan rakyat jelata juga. Musa Aman kena berfikir dua kali sebelum menghukum Lajim sebegitu rupa, tidak perlu menghantar Datuk Azizah Mohd Dun untuk menjatuhkan Lajim, kerana senioriti Lajim dan pengorbanan Lajim lah dahulu yang membolehkan juga Musa Aman menjadi Ketua Meneteri.Jika semua dihalang, bagaimanakah Lajim mahu membantu rakyatnya di Beoufort?

"Menahan projek-projek di Beaufort? Majlis derah Beaufort? bagaimana projek melalui Pejabat Daerah? BP baru sahaja menerima info 2 bulan lepas, cabutan pelaksana projek kelas F dilakukan untuk daerah beaufort. Semuanya projek yang melibatkan peruntukan yang besar untuk pembangunan dan kemudahan rakyat kawasan daerah Beaufort.

Kenapa melihat hanya projek kawasan daerah Beaufort semata, Kawasan parlimen Beaufort melibatkan juga daerah Kuala Penyu.  BP baru sahaja pergi ke kawasan Kuala Penyu sambil meninjau ada perubahan kelihatan atrau tidak daerah tersebut. salah satu yang BP lihat adalah bverlakunya membangunkan projek direct kepada rakyat iaitu rumah PPRT yang sedang rancak dibuat.  Mayb yang dikatakan penahanan projek itu adalah projek yang ditangguhkan kerana permohonan baru , belum ada peruntukan yang boleh digunakan untuk itu. 

Berkenaan dengan tuduhan menghantar Datuk Azizah untuk menjatuhkan DSP Lajim ini. MyMassa hanya mendengar cerita sebelah pihak iaitu DSP Lajim sendiri. Itulah tuduhan yang dilakukan oleh orang-orang DSP Lajim selepas PRU ke-12 lalu , atas sebab apa. kerana Datuk Azizah dengan beraninya bertanding bagi kerusi Ketua UMNO Bahagian Beaufort sebagai balasan pribadi kerana menyatakan DSP Lajim telah menghantar orang-orangnya mengganggu jawatannya sebagai Ketua wanita UMNO bahagian Beaufort semasa pemilihan berlaku. Semua berada dalam kawasan beaufort mahupun kawasan berhampiran sudah faham pergolakan antara kedua pemimpin ini. Ianya sebenarnya pergolakan pribadi keduanya.

Persoalan gangguan yang dikatakan dilakukan oleh DSP Musa ke atas datuk Lajim melalui Datuk Azizah telah dijawab oleh DSP Musa sebelum ini. Beliau mengatakan tidak pernah mengganggu apa lagi mendorong Datuk azizah melawan DSP Lajim. Pernah menasihatkan kedua pemimpin agar berbaik-baik untuk kesejahteraan dan perjuangan rakyat kawasan.

Nasihat BP, untuk bertindak adil, MyMassa perlu merujuk juga DSP Musa Aman tentang tuduhan tersebut sebelum memintanya berfikir dua atau 3 kali konon mendera Janang Gayuh ini. Demikian juga berkaitan Datuk Azizah. kemukakan soalan berkaitan untuk menjawab persoalan sebelum membuat penulisan. 

Walaupun Lajim tidak ada hati bersama PKR, kerana Lajim sudah bersedia dengan parti barunya, logo dan bendera parti baru juga sudah disediakan di rumahnya, 

Hal  Parti baru ini. BP dengar sudah dari awal tahun lagi. SPF Sabah People Front. Sebelum ini sudah berkibar benderanya dari kawasan Kinarut sehinggalah ke kawasan Beaufort serta terjangkit sedikit kawasan Lumadan. Namun ia berhenti begitu sahaja. Ada Parti baru lainkah lagi? 

Nasihat BP masalah seperti ini, elok biarkan ketiga pemimpin duduk semeja, berbincang dan mengambil kata sepakat. Membuat pertuduhan melalui orang ketiga atau selebihnya ianya hanya mengundang penggunaan perisa menyedapkan suasana semata. mungkin ada juga mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam suasana panas lagi perit ini  untuk keuntungan pribadi. BP kata mungkin dan ia tidak mustahil terjadi. Andai benar perjuangan untuk rakyat, kenapa tak mahu membuat pengorbanan untuk bersama-sama membuat perjumpaan? Kenapa menggunakan saluran lain. Dalam soal isu sebegini, BP melihat yang asyik mencanang menghentam DSP Musa mahupun Datuk Azizah adalah orng-orang menyokong DSP Lajim. Sedangkan pihak keduanya buat tidak melibatkan diri dan membiarkannya. 

Nasihat BP pada sesiapapun orang LUAR, elok kita jadi pemerhati sahaja. Usah mengeryuhkan keadaan dengan membuat pelbagai andaian yang bukan menyelesaikan masalah, menambah lagi kepanasan dan ketegangan.

BP doakan semoga perjalanan peribadatan UMRAH DSP Lajim minggu depan berjalan seperti yang diniatkan. Semoga kembali ke tanah Air segala persoalan, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara kebijaksanaan sebagai pemimpin yang orang segani dan hormati. Jangan kerana masalah peribadi, rakyat diseksa dengan persoalan. Ingatlah, sebagai pemimpin, kita tak akan berdiri di atas tanpa diangkat oleh pengundi. Jangan jadikan pengundi hanya sebagai alas atau tangga untuk kita meniti ke atas. 

Anwar Ibrahim tu, tidak perlu dipersoalkan. dia selagi tidak duduk di kerusi No 1 Malaysia. Tidaklah nampak mata hitamnya .

Saturday, 4 June 2011

RUJUK SEMULA PERJUANGAN TERDAHULU

oleh :Admin
Datuk sapawi , ketua UMNO Bahagian Sipitang mengajak perwakilan Puteri UMNO Sipitang untuk kembali merujuk sejarah perjuangan pejuang terdahulu untuk mengenali dasar perjuangan yang sebenar. kesedaran terhadap mengenali perjuangan yang sebenar sebagai titik tolak menjadikannya sebagai tapak dan dahan untuk berpaut agar tidak terhanyut dalam arus menyesatkan dunia politik kini.

penguasaan teknologi maklumat oleh hampir seluruh golongan muda mendesak untuk pejuang beriringan untuk memastikan golongan ini tidak tersesat kerana terlalu banyak maklumat yang tiada jaminan kebenarannya.

P/s: meminta agar kepimpinan tinggalkan segala perjuangan keperibadian,. bersatu dalam mencapai kemajuan masyarakat serta Parti. sudah masa semua bangun dari kelenaan yang indah hanya dimiliki seorang diri. Kongsikannya untuk semua. Pesanan .. tolonglah, jangan syok sendiri, demanding dan melihat sahabat sebagai seseorang yang perlu dilawan hehehe mereka juga bakal membantu kita kelak. matanglah, ikhlaslah dalam perjuangan

Sunday, 24 April 2011

ISU BANJIR DUN LUMAdAN

Oleh:  Admin

Masalah kekerapannya banjir dalam kawasan DUN LUMADAN telah menarik perhatian kepimpinan Dan memperjuangkannya untuk mengatasi masalah tersebut, Sebelum ini, Ketua Menteri telah mengeluarkan perungukan membangunkan penempatan mangsa Banjir di kawasan tersebut sebagai langkah menjaga kebajikan masyarakat kawasan banjir 

Kini, kepimpinan Akan membawa isu banjir kawasan untuk berusaha mengatasi jangka masa  . Hal ini Akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sabah yang Akan bersidang bermula 25hb hingga 28hb April ini. Penggal pertama tahun ke-3 untuk sesi ini. 

YB Datuk Sapawi Ahmad menekankan permasalahan ini, dengan memberi pesanan kepada ADUN yang Akan memberi ucapan dalam persidangan dewan itu minggu hadapan. Ketua Umno Bahagian Sipitang menyatakan masalah kekrapan kawasan  rumah di sesetengah tempat seperti di Lumadan Jaya dan batu 6 sudah sering kali dikemukakan apabila berlangsung mesyuarat pembangunan daerah Beaufort dan juga mesyuarat bencana alam daerah. menyedari sering kali kawasan-kawasan ini berlaku keciciran apabila mengagihan bantuan banjir.  namun memberi jaminan, hal seperti ini akan terus diperjuangkan oleh kepimpinan untuk tindakan membantu seluruh masyarakat kawasan.

KEPIMPINAN UMNO SIPITANG MEMENTINGKAN PENDIDIKAN MASYARAKAT KaWASAN

Oleh : Admin

Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa tumpuan kepada keutamaan pendidikan kepada masyarakat.  DUN Lumadan , telah mengwujudkan program yang melibatkan 40 orang calon UPSR yang dipilih dari sekolah- sekolah bawah Kementerian Pelajaran untuk mensasarkan calon- calon ini mendapat 5A keputusan UPSR hujung tahun ini. 18 buah sekolah kebangsaan di bawah kawasan DUN Lumadan dipilih.

Program tajaan ini di bawah kelolaan SKOR A yang konsultannnya Saudara Razif Nizam yang pada hari ini, dalam Majlis Juara Rakyat Bahagian Sipitang telah hadir untuk memberi taklimat awl kepada guru Dan calon peseta program tersebut. Kecemelangan ini sangat diberi keutamaan oleh ADUN LUMADAN YB Kamarlin HJ Ombi, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang.

"Pengawalan jadual anak-anak perlu dipantau di rumah kerana untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi academik, perhatian Dan disiplin ibubapa sangat penting. " - ulasan YB Datuk Sapawi Ahamd semasa memberi ucapan perasmian program tersebut.

" Transformasi Minda " dilaungkam oleh Perdana Menteri, untuk mengangkat Minda masyarakat agar menjadi rakyat yang cemerlang termasuk dari kualitinya pendidikan itu sendiri.

Menurut penceramah motivasi yang terlibat membericeramahnya kepada pelajar dan ibubapa sebelum memulakan majlis. " Tanggungjawab ibubapa bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah. Dan bukan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru-guru.... si bapa selalunya lebih banyak katakan 'nak. ada lagi belanjamu berbanding memeriksa buku pembelajaran si anak. malah ada ibu bapa yang datang menyerang ke sekolah apabila berlaku permasalahan. tetapi tiada yang hadir ke sekolah meminta pandangan atau mendapatkan maklumat perkembangan pembelajaran di sekolah"

P/s: Sudah masanya tranformasi minda dilakukan oleh ibubapa jika inginkan anak-anak mereka cemerlang minda

SAPP DI LUMADAN MASUK UMNO

oleh : Admin

Tahun Lepas, gempar seluruh Malaysia dengan pengisytirahan  kemasukan ahli UMNO dalam SAPP termasuk Mantan pengerusi tetap Pemuda UMNO Bahagian Sipitang (ketika itu memegang jawatan berkenaan sebelum hujung tahun diputuskan oleh Lembaga Dispiplin UMNO, keahliannya telah dilucutkan atas tindKAN BERKENAAN). Tetapi hari ini, berlainan pula peristiwanya apabila ahli SAPP pula memohon untuk menyertai UMNO. Mereka menyatakan semakin ramai tidak mempercayai perjuangan SAPP, ia telah dizahirkan oleh ahli SAPP kg Batu 3, Lumadan Beaufort.dengan rasminya telah mengishtiharkan mereka keluar seramai 50 orang Dan seterusnya menyertai UMNO. 

Penyerahan borang permohonan ahli UMNO diserahkan sendiri kepada YB Datuk Sapawi Ahmad merangkap Ketua UmNo bahagian di saksikan YB Kamarlin, YB Ahmad (ketua Penerangan umno Sipitang) Dg Maimunah sidek ( ketua Puteri Sipitang, exco Puteri Malaysia)  Dan dtk Surinam ( ketua wanita sipitang) bersama kepimpinan umno lain serta masyarakat setempat yang turut hadir di Dewan Masyarakat  Lumadan hari ini, 24/04/2011