Followers

Sunday 24 April 2011

KEPIMPINAN UMNO SIPITANG MEMENTINGKAN PENDIDIKAN MASYARAKAT KaWASAN

Oleh : Admin

Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa tumpuan kepada keutamaan pendidikan kepada masyarakat.  DUN Lumadan , telah mengwujudkan program yang melibatkan 40 orang calon UPSR yang dipilih dari sekolah- sekolah bawah Kementerian Pelajaran untuk mensasarkan calon- calon ini mendapat 5A keputusan UPSR hujung tahun ini. 18 buah sekolah kebangsaan di bawah kawasan DUN Lumadan dipilih.

Program tajaan ini di bawah kelolaan SKOR A yang konsultannnya Saudara Razif Nizam yang pada hari ini, dalam Majlis Juara Rakyat Bahagian Sipitang telah hadir untuk memberi taklimat awl kepada guru Dan calon peseta program tersebut. Kecemelangan ini sangat diberi keutamaan oleh ADUN LUMADAN YB Kamarlin HJ Ombi, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang.

"Pengawalan jadual anak-anak perlu dipantau di rumah kerana untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi academik, perhatian Dan disiplin ibubapa sangat penting. " - ulasan YB Datuk Sapawi Ahamd semasa memberi ucapan perasmian program tersebut.

" Transformasi Minda " dilaungkam oleh Perdana Menteri, untuk mengangkat Minda masyarakat agar menjadi rakyat yang cemerlang termasuk dari kualitinya pendidikan itu sendiri.

Menurut penceramah motivasi yang terlibat membericeramahnya kepada pelajar dan ibubapa sebelum memulakan majlis. " Tanggungjawab ibubapa bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah. Dan bukan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru-guru.... si bapa selalunya lebih banyak katakan 'nak. ada lagi belanjamu berbanding memeriksa buku pembelajaran si anak. malah ada ibu bapa yang datang menyerang ke sekolah apabila berlaku permasalahan. tetapi tiada yang hadir ke sekolah meminta pandangan atau mendapatkan maklumat perkembangan pembelajaran di sekolah"

P/s: Sudah masanya tranformasi minda dilakukan oleh ibubapa jika inginkan anak-anak mereka cemerlang minda

No comments:

Post a Comment