Followers

Saturday 2 April 2011

MASYARAKAT SABAH LEBIH TOLERANSI HAL AGAMA

Oleh SRI Nana

lama sudah SRI membaca bermula isu kalimah Allah di gereja, kini keluar pula isu penterjemahan Bahasa melayu pada bibbles yang sangat panas diceritakan oleh rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. SRI penganganut agama Islam. Bukan sebagai saudara baru tetapi sememangnya SRI dilahirkan dari keluarga Islam. tetapi pergaulan SRI di sabah, terbuka kepada rakan-rakan yang berpegang kepada agama selain agama Islam. Mereka sangat menghormati kepercayaan Islam yang SRI amalkan, dan SRI juga menerima pegangan dan kepercayaan dianuti oleh mereka sebagai hak mereka. Jika mereka tertarik kepada agama Islam, SRI bersyukur atas petunjuk hidayah yang mereka terima.

tetapi perkara yang menjadi tersinggung rakan-rakan SRI apabila kawan-kawan Seislam SRI yang menjadikan kalimah Allah dan kini perterjemahan bibbles kepada Bahasa Melayu telah diisukan. malahan  ada pula melepas pernyataan menghina agama kristian. Walhal kata mereka mereka sebagai orang Islam sangat tersinggung jika agama Islam dipermainkan tetapi kenapa menghina agama lain pula. Mereka kata sangat tidak adil

Walau bagaimanapun, mereka berkata, syukurlah masyarakat Islam Sabah tidak melibatkan diri dalam isu-isu seperti ini. meraka kata masyarakat sabah lebih bijak dan bertoleransi dalam hal agama. Mungkin amalan 1 malaysia bukanlah suatu konsep yang baru di kalangan penduduk Sabah yang ada 36 etnik ini.

tolonglah , hentikan mengisukan hal bibbles atau perkataan Allah ini kata mereka. SRI tak tau bagaimana mahu terangkan hal ini. Apa yang SRI dapat buat pengakuan UMNO Sabah sangat tahu perkara ini, sebab itu bersikap diam kerana sudah kenal kehidupan masyarakat sabah.

No comments:

Post a Comment