Followers

Friday 22 April 2011

APA PRINSIP LDP SEBENARNYA

oleh : Putri Eka

Sudah lama perhatikan gelagat kepimpinan LDP ini. Dahulu SAPP buat perkara sama sehinggalah berakhir apabila mereka mengisytiharkan keluar dari Barisan nasional. Kini LDP pula mulai menunjukkan taring mereka. Ntah apa yang mereka inginkan sehingga ada sahaja yang mereka cetuskan.. bolehlah diletakkan mereka ini perwatakan duri dalam daging.

pernah putri perasan dengan satu gambar yang menunjukkan gambar Datuk John Ambrose yang dikalungkan rantai ala2 samseng dan pakaian yang umpama brutal di sebuah portal yang terkenal di sabahkini. Kesnya kerana Datuk John Ambrose mempertahankan YAB DSP Musa Aman dengan seorang kepimpinan LDP.

Kalau tugasan .. jangan dok kata tak diberi peluang. peluang dah diberi. Putri selalu terperasan, banyak tanggungjwab digalas penuh komitment oleh UMNO berbanding LDP tahu sahaj menyalak. Menuntut macam-macam, tetapi UMNO lebih berdiam diri kerana menjaga hubungan baik tersebut. tetapi malangnya LDP umpama pembangkang dalam BN. Boleh melakukan teguran tetapi bukan menhentam dan mengaibkan.

Fikir-fikiralah LDP. berfikir dengan matang, jangan ikut nafsu semata. Bukan menegur tetapi berpesan. Ini bukan masa hendak mencetuskan darah di dalam hubungan keluarga , masa untuk membaiki apa yang belum dilaksanakan. perkongsian sangat penting untuk menentukan keselesaan rakyat Sabah. Jangan kerana pertengkaran seperti kanak-kanak, rakyat yang muak dan membenci. Pleaseeee!

No comments:

Post a Comment