Sistem yang terkandung dalam perjuangan UMNO yang membantu UMNO Kekal dengan begitu lama dan sentiasa relevan membuatka parti keramat ini sentiasa berada dalam keadaan yang sangat baik. Seluruh kepimpinan UMNO, digesa untuk bersiap sedia membentuk jentera untuk menghadapi PRU yang akan tiba.
Dalam ucapannya sempena ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kudat , beliau menyatakan UMNO Dan BN Sabah berada dalam keadaan baik serta ekonomi yang stabil , serta menyeru dan meminta seluruh ADUN Dan MP untuk turun padang untuk berjumpa rakyat untuk mengetahuinya masalah yang dihadapi oleh rakyat bagi memudahkannya kerajaan menyalurkan Peruntukan Demi keperluan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa berjuang untuk kebajikan masyarakat Sabah.
Ketua menteri Sabah telah mengumumkan perkara yang telah menjadi tuntutan masyarakt Sabah iaitu Permohonan rakyat yang tinggal di kawasan reserve yang sekian lama, meminta tanah menjadi rakyat diserahkan kepada mereka. Pengerusi perhubungan menyatakan bahawa perkara ini diluluskan untuk rakyat. Kuasa yang diberikan untuk rakyat , maka hak diberi kepada rakyat . Keutamaan kerajaan BN Sabah adalah rakyat. Selaras dengan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Amanah yang diberikan oleh rakyat dilaksanakan sebaik mungkin. Dari rakyat kepada rakyat. Kerajaan bn adalah pembelajaran rakyat, sedangkan pembangkang Ada penemberang rakyat. DS Musa Aman memberi nasihat agar Kurangkan bercakap banyakkan bekerja agar rakyat tahu bahawa pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin yang berada dalam BN Sabah.
Kekalkan permuafakatan Dan bersatu agar sentiasa berada dalam kekuatan yang kukuh. Pengerusi perhubungan telah memperuntukkan 2 ratus lebih juta dalam bajet 2011 untuk golongan belia agar belia mendapat perhatian. Pembangunan untuk belia telahpun dilaksanakan dan ada yang dalam proses pelaksanaan serta sedang giat pembangunannya. Sememangnya selama ini kerajaan Sabah sangat prihatin kepada golongan belia, KerajaanBN sangat peka Dan prihatin dengan kumpulan ini kerana merekalah penggerak serta pelapis kepimpinan Akan datang.
No comments:
Post a Comment