Apalah kena dengan 1 pemimpin ni. Dalam memegang jawatan boleh pula dia melalak bunyi lain. Menegur bukan begitu caranya. Kalau rakyat biasa boleh buat itu cara. Ini macam jawatan dipegang tidak tahu mau guna.
Betulkah dia bersuara kerana hak rakyat atau sebenarnya dia bersuara kerana politik pribadinya?
Berapa langkah dia punya plan ni. Main step by step. Lagu Boyz on the block ja punya lagu. Step 1 letak jawatan peringat cawangan. Step 2 tidak pertahankan jawatan peringkat bahagian. Step 3 masih gantung sbb pilihanraya tidak tahu bila. Kalau serah borang ahli PKR, jawatan sekarang automatik melepas kecuali jawatan MP.
Malam hari jadinya BP baca di News Sabah times 5 ribu datang. Tapi peliknya boleh pula dalam laporan cerita sama kehadiran penyokong 10 ribu! Soalan BP, itu perkarangan rumahnya boleh muatkah 10 ribu? Kalau 5 ribu tu logiklah. Tapi kenapa dalam laporan akbar tulisan ahmad apong tu tidak pula disertakan gambar menunjukkan bertapa ramainya yang hadir. Sekali publish semua gambar di astaka utama sahaja. Takkan editor tidak tahu gambar mana berkait hits menyokong cerita tulisan.
BP pagi tadi dapat maklumatlah. Kehadiran majlis hari jadi tu cuma 800-1000 termasuk kanak-kanak dan penyokong dan kepimpinan PKR dari beberapa cabang. Seperti Dtk james gani, dtk Kalakau untol, Dtk Mongow Orrow, dtk john ghani, Dojid Hj Muda, ramlie ukin, Dr hamzah dan ketua cabang dari Ranau, Semporna, Tawau dan Sandakan.
Menurut infomer yang buat rakaman suara ucapan mengatakan sudah 52 tahun menderita. Kerajaan baru yang dibentuk selepas PRU-13, keadilan akan diperolehi sepenuhnya melalui kerajaan baru yang lebih adil di semenanjung dan Sabah.
Sebelum ni PARTI BARU , selepas terkubur parti tersebut sekarang cerita kerajaan baru pula.
Walaupun belum umumkan masuk PKR, ciri-ciri sudah boleh digambarkan. Kenapa BP boleh katakan aksinya meraguka sangat menyerlah. How?:
1. 11hb jun: penerbangan ke KK-KL jam 6.05 pagi. 1 flight dengan anwar ibrahim. Dah dua2 VIP takkan 1 duduk di seat economi dan seorang duduk kat seat busines kan. 2 jam 35 minit tu takkan tak bertegur sapa?
2. 12hb jun - sehari selepas pemimpin ini buat kenyataan di berita. Dia tidak keluar dari umno. Malangnya kenyataan belakang dalam daily express menceritakan selanjutnya menggambarkan bahawa dia seolah-olah memang ada niat nak tinggalkan umno. -
"saya jumpa pemimpin-pemimpin parti-parti lain agar ada jaminan ada perubahan kepimpinan diperingkat negeri...tetapi apapun boleh terjadi, saya pemimpin kanan & kalau pengundi-pengundi mahu saya berbuat demikian (lompat?) saya akan turuti khendak mereka"
3. 17hb jun : maklumat terima dari rakan mengatakan dia dalam ucapan meletak jawatan semasa majlis hari jadinya.
4. 18hb jun : dalam news Sabah times dan daily express " ... Memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya ya demi kepentingan rakyat..... Mestipun dalam wadah berbeza"
Wadah berbeza bermaksud??? Melompat sekali lagi?
5. 19hb jun : Berjumpa di cafe hotel le meridien kuala lumpur sekitar bermula jam 1 petang dengan Azmin Ali.
Kenapa melepak jauh sangat dari bangunan Parlimen? Sedangkan di bangunan parlimen ada cafe? Kalau benar-benar nak elak tuduhan andaian, masa "hot" ni buat tindakan mengundang tuduhan.
pesanan BP. Sila baca pandangan BP dengan tenang. Jangan baca separuh terus mengamuk. BP sengaja tidak letak nama pemimpin tu. Tapi.. BP pasti korang boleh teka siapa orangnya.
Pesanan BP. Hormatilah Rakyat. Jangan jual nama Rakyat hanya ingin menegak politik pribadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment