Followers

Monday, 25 June 2012

SIAPA KATA ORANG SABAH SEMAKIN TOLAK BN?

Tahniah penduduk Kuala Abai Kota Belud yang menyertai UMNO hari ini dengan menyerahkan sendiri borang keahlian mereka kepada ketua UMNO Bahagian Kota belud Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak pagi ini.

Siapa bilang rakyat sabah menolak BN sekrang? Ini kenyataan dilaungkan oleh mereka yang mahu cari popular murahan saja! Dan ada juga mungkin orang yang 50-50 belum berani terang-terang mengaku mau LOMPAT lagi. Tapi tindakannya sudah boleh dibaca, dia memang mahu berbuat demikian kalau namanya tidak diumumkan.

Pagi inipun BP tengok 1 wall di FB. Kena cop orang orang kawasan yang terkena batang hidung sebagai Wall 'pisang goreng panas' siap pakat kempen, jangan layan wall tu. Tapi yang peliknya dari kelmarin nama tu jugalah yang asyik buat komen menghentam individu yang buat posting. Almaklumlah, terasa bah juga tu bila mungkin si BOS nyalah yang kena sindir tu.

Apapun tahniah sekali lagi UMNO kota belud dengan penambahan penyokong BN seramai 178 Kuala Abai DUN Usukan hari ini. Antara bukti orang Sabah tidak menolak BN

Ps: ini pict ehsan dari sahabat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment