Followers

Thursday, 10 November 2011

PAS hanya Menghancurkan Perpaduan Bangsa dan Agama..Islamnya hanya "Sendiwara Politik"..

Jom baca :

Setiap manusia di seluruh dunia akan sentiasa mempertahankan Bangsa dan Agamanya dari dicerca apatah lagi jika diancam.Mereka sanggup berputih tulang dari berputih mata asalkan maruah bangsa dan agamanya terpelihara.Apa yang Ee hairankan sebahagian Bangsa Melayu hari ini sanggup berputih mata asalkan mendapat sedikit kuasa dan keduniaan..HamPAS2 ini lebih rela bangsanya dimaki hamun,dihina dan difitnah semata menjadi "Pak Cebuk" kepada bangsa lain.Inilah keistimewaan HamPAS2 yang kononnya memperjuangkan agama dan bangsanya.Al Quran,Hadis,Berjubah,Berserban,Bertasbeh dan Berdahi Hitam hanya sebagai topeng untuk menunjukan mereka lebih Islam dari yang lainnya..Semata "Sendiwara Politik"..

Cuba kita lihat dari perspektif perjuangan DAP. Parti cauvinist ini hanya mahu memerintah negara beragendakan kesamarataan kaum. Ia jelas akan dituntut sekiranya ditakdirkan PR berjaya membentuk kerajaan di pilihanraya umum akan datang. Apakah ketika itu mereka akan memperdulikan suara PAS? Apakah ketika itu mereka akan tunduk kepada permintaan PAS yang tentunya mahukan sebuah negara yang berorientasikan agama ?

Sering Ee perkatakan bahawa DAP hanya memperalatkan Pas demi untuk meraih undi kaum Melayu. Walaupun DAP sebenarnya amat bencikan bangsa melayu diatas sikap ultra kiasu dan cauvinistnya, tetapi DAP sedar bahawa PAS dapat memberikan kelebihan undi kepada mereka melalui permainan sentimen keagamaan.

Ee berpendapat bahawa Pemimpin 2 DAP sedar bahawa walaupun sekuat mana sokongan kaum cina kepadanya, ia tidak cukup kuat untuk menakluk negara kerana undi cina juga ada yang berpihak kepada MCA dan Gerakan. Jadi tanpa memperkudakan dibelakang tengkuk Pas, DAP takkan mampu memerintah negeri dan bergerak sendiri.

Pada Ee ramai rahu dan sedia maklum, PKR dan DAP tanpa PAS akan menjadi sangat goyah. Seringkali jentera serta jemaah PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP didalam menggerakkan jentera-jentera PRK yang lepas,mahu pun sewaktu membantah penubuhan kerajaan Perak oleh UMNO.Ee dapat lihat apa yang terjadi pada Bersih 2.0 baru2 ini jentera PAS dipergunakan macam lembu untuk membuat kacau kepada negara. Tanpa jentera dari PAS.DAP dan PKR umpama kehilangan tangan dan kaki.

Umum mengetahui bahawa PAS juga mempunyai penyokong yang cukup tegar dan kebal dari apa jua dakwah kerana begitu tebalnya sifat taksub terhadap pemimpin dan parti. Ini mungkin didorong oleh tawaran lumayan syurga yang dimomokkan kepada mereka oleh ulamak politik PAS. Para penyokong PAS ini juga sanggup wala' kepada pemimpin Pas tanpa usul periksa kerana bagi mereka, tiada manusia yang lebih hebat serta Islamik selain dari pemimpin-pemimpin mereka.Apa yang diarahkan oleh pemimpin mereka akan diikutinya tanpa banyak soal.Jadi tidak hairanlah jika mereka sanggup jadi lembu yang ditarik hidungnya ke hulu ke hilir oleh DAP dan PKR menjadi korban sedangkan pemimpin mereka duduk membesarkan perut dan poket..

Ee berpendapat bahawa PAS langsung tidak mempunyai kelebihan didalam gabungan Pakatan Rakyat ini. Mungkin PAS akan berjaya menyumbangkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan juga melunaskan dendamnya kepada parti UMNO di PRU13 nanti, tetapi PAS akan kehilangan perjuangan mendaulahkan negara Islamnya. PAS juga tak akan dapat melaksanakan idea martabatkan Islamnya bersama PR. Inilah harga yang harus PAS bayar didalam gabungannya bersama PKR dan DAP.Ini dapat dilihat bagaimana DAP mempersendakan PAS Kedah semasa Ramadhan yang lepas begitu juga dalam usaha penubuhan Hudud di Kelantan baru-baru ini.

Pada Ee sebenarnya sebahagian penyokong PAs sedar akan semuanya ini,Ini dapat dilihat sejak dari bergabung dalam Pakatan Rakyat begitu ramai penyokong2 PAS yang telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.Begitu juga dapat dilihat berapa ramai Pemimpin2 PKR dan Penyokong mereka telah keluar dari parti.Kini hanya tinggal HamPAS-HamPAS yang layak digelarkan "Tukang Sapu dan Tukang Cebuk" saja yang mampu bertahan menjadi pengkianat kepada Agama dan Bangsa mengikut telunjuk DAP.Mereka ketawa apabila membayangkan mampu untuk menumbangkan kerajaan. Dan mereka menangis kerana mereka terpaksa menjadi "PAK TURUT" didalam Pakatan.

Pada Ee PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya yang sentiasa diperjuangkannya semenjak dari awal penubuhannya.Oleh itu Ee nasihatkan kepada semua agar bersatulah di bawah 1 Malaysia demi memertabatkan maruah Bangsa, Agama dan Negara agar semakin harum mewangi di pentas dunia.Bangunlah wahai Bangsaku dengan bersatu berganding tangan dibawah 1 Malaysia demi Agama dan Bangsa!..Ayuhlah Bangsaku!...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 8 November 2011

Agenda Jahat Pembangkang dalam menghadapi PRU 13 terbongkar..

Kisah ee si kucing kembali. Jom baca:

Pada Ee inilah manusia mulut "Bangkai" Mustaffa Ali (PAS) berkata bahawa isu Setiausaha Penerangan DAP Tonny Pua ingin mengurangkan jumlah Kakitangan Awam apabila mereka berkuasa kelak dengan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai bersifat keperibadian.Apa saja yang dikatakan oleh DAP pada PAS semuanya betul walau pun isu itu sebenarnya akan menjadi "Barah" kepada Agama dan Bangsa".

Pada Ee sebenarnya mereka (PAS) sedar bahawa majoriti Kakitangan Awam adalah orang-orang Melayu.Namun demi kerana takut kehilangan undi kaum Cina mereka sanggup menutup mata,memekakan telinga dan membutakan mata hati asalkan keuntungan memehak kepada mereka.

Apa yang Ee ketahui melalui risik yang dipercayai ini merupakan satu Agenda Jahat DAP serta sekutunya PAS dan PKR dalam apa yang dikatakan "Perang Psychology".DAP bermain dengan isu ini agar kaum Cina yang berfikiran rasis dan pekauman akan menyokong semasa PRU 13 kelak.Begitu juga DAP begitu bijak memainkan sentimen hendak menukarkan Bendera Malaysia apabila mereka berkuasa kelak.Dalam usaha memecah belahkan undi antara kaum Melayu dan Cina mereka begitu bijak dengan mengunakan PAS dan PKR sebagai senjata untuk meraih undi Melayu.

Setelah diteliti secara halus Agenda Jahat pembangkang semakin ketara apabila PAS melalui Naib Presidennya Mat Sabu mengangkat komunis sebagai Wira dengan harapan PAS akan dapat diterima oleh kaum Cina.Sementara DAP pula begitu halus memainkan peranan memenangi hati kaum Melayu dengan bertindak mencampuri urusan Agama Islam dengan harapan dapat menambat hati pengundi Melayu.Sementa
ra PKR pula digunakan untuk menarik pengundi kaum India dengan kepetahan Anwar digunakan sepenuhnya dalam mempengaruhi kaum India melalui Hindraf.

Kelicikan politik main "Main Wayang" Puak Pembangkang begitu ketara sejak selesai PRU 12 dengan bermain tarik tali antara mereka dalam sesuatu isu..Antaranya Isu Hudud,Pengunaan Kalimah Allah di Gereja,Pengunaan petikan ayat Quran dan Hadis oleh pemimpin DAP,Penyerbuan Jawi keatas Gereja,Penubuhan Negara Kebajikan,Menjadikan Agama Kristian Agama Rasmi Negara,Mengangkat Komunis sebagai Wira Negara dan terbaru penganjuran Seksualiti Merdeka oleh S.Ambiga.

Pada Ee Agenda yang begitu teratur dalam siri pemberontakan secara halus oleh pembangkang dalam Bersih 2.0 baru-baru ini merupakan Agenda tersembunyi mereka dalam memecah belahkan perpaduan rakyat negara ini dengan harapan apabila berlakuan rusuhan yang tidak terkawal mereka akan bertindak merampas kuasa dengan cara menghapuskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO yang sedia ada.Inilah kelicikan pehak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Alhamdulillah negara terselamat dengan helah licik mereka dengan kecekapan pehak berkuasa menangininya.

Pada Ee kekecewaan mereka terhadap Bersih 2.0 kini mereka perhalusi pula dengan mengunakan kembali kelicikan S.Ambiga dengan menganjurkan pula Seksualiti Merdeka dengan harapan akan terjadi kacau bilau dan mereka boleh menyalahkan kembali Kerajaan UMNO.Kelicikan mereka juga begitu ketara apabila memainkan isu serangan peribadi keatas Perdana Menteri melalui fitnah keatas anak isteri beliau agar rakyat hilang kepercayaan terhadap PM.

Demi kuasa politik mereka (PAS) begitu berani memperdagangkan maruah agama dan bangsa kepada kaum lain terutama DAP laknatullah.Dengan mengunakan pengaruh bloger PAS membuat fitnah dan mengecam PM dan Isteri sehingga sanggup memperkecilkan keIslaman PM ketika melakukan ibadatHaji. Mencerca,memfitnah, manupulasi dan memburuk-burukan keperibadian pemimpin UMNO inilah cara tidak bertemadun puak2 HamPAS.Islam tidak mengajar ini semua.Janganlah kerana kemaruk nak berkuasa menghalalkan cara "Halal wal Haram" dijadikan pegangan..Ini akan merosakan keImanan yang kita pegang selama ini..

Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 16 yang bererti :

(Luqman berkata):"Wahai abak ku!Sesungguhnya,jika ada(sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,nescaya Allah akan memberinya(balasan).Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Teliti.

Firmanya lagi dalam Surah Luqman ayat 33 yang bererti :

Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhannu dan takutlah pada hari yang(ketikaitu)seorang bapa tidak dapat menolong anaknya,dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sedikit pun.Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar,maka janganlah sekaliu-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam(mentaati)Allah.

Renung2kanlah..Bersatulah dibawah 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara jangangan ikutkan segala hasutan dajjal pembangkang yang tamak untuk berkuasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 4 November 2011

Citer ee si kucing

Hehehe....Hadi Awang Yang Baru nak katam Al Quran baru
Tersedar dari Mimpi bahawa Hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran..

PAS pejuangkan Islam atau memperjuangkan politik?..Pada Ee PAS sama je tarafnya dengan parti2 politik yg lain..Hanya kelebihan PAS memperdagangkan Islam dalam politiknya menagih simpati pengundi Melayu Islam...Pada Ee mereka tidak ada kelebihan apa-apa pun..baik Nik Ajis ke..Hadi Awang ke atau Mat Sabu ke..Kelebihan mereka hanya pandai bercakap dan memutar belitkan fakta saja..Jika dinilai dari segi propaganda mahupun membelitkan fakta merekalah yang paling propesional..Yang Ee pelik dengan mereka ini dulu masa S.Ambiga menjadi peguam kes murtad Lina Joy orang2 PAS bukan main lagi mengamuk sakan salahkan UMNO..bawa sepanduk sana sini sehinggakan mahkamah dikepong..Inilah PAS pandai..pakar dalam menipu rakyat..
menagih simpati kononnya merekalah juara..Hakikat "Kosong" sekosong bendera mereka..

Pada Ee PAS nak bersetongkol dengan DAP itu citarasa nafsu buas untuk berkuasa mereka lantaklah..Hakikatnya Bangkai kalau disembur minyak wangi sekalipun tetap akan mengeluarkan baunya..ada kalanya berbatu-batu jauhnya pun masih terasa baunya dibawa angin..dalam sekelip mata mereka(PAS) boleh pusing 360 darjah dengan menyokong S.Ambiga dalam Bersih 2.0 dengan penuh tipu daya memperbodohkan penyokong mereka kononnya nak tuntut itu dan ini dalam PRU..
Inilah kelebihan yang ada dalam PAS pemimpin mereka begitu bijak bercakap dan memutar belitkan fakta...Ooop!..Ee terlupa pula mereka sudah jadi anak murid S.Ambiga Peguam Murtad..maklumlah peguam pandai dalam memutar belitkan fakta..

Angin tak ada ribut jauh sekali tiba2 S.Ambiga nak jadi Heroin pujaan HamPAS dengan menganjurkan pula apa yang dikatakan "Seksualiti Merdeka"..PAS bijak "Mencuri Apa Yang Mereka Sajikan"..Terlebih 360 darjah pula mereka pusing sehingga tergolek bergulong-gulong menentang S.Ambiga sehingga membuat laporan polis semata nak tarik simpati pengundi dengan bermain wayang gambar arahan Mat Sabu(Masih tak kenal lagi..Hehehe..Jangan kau sebut nama Si Normah) dan Hero Tua Nik Ajis..Jika dalam Bersih 2.0 "Patung Hindu S.Ambiga" inilah yang mereka sembah kini mereka tentang pula...hehehe..macam2 putar belit Puak PAS ini nak menutup "Pekong Busuk Mereka"..

Ee ingin ingatkan sekali lagi PAS bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya sebuah parti Politik yang penuh dengan cerita duka dan kecewa..Pemimpin mereka (PAS) mulut tidak boleh kawal punya..macam2 "Fatwa Songsang" mereka cipta nak menunjukan mereka terlebih Islam dari Islam yang lain..Dari memperjuangkan Negara Islam dan Hudud pusing 360 darjah pula ke Negara Kebajikan akibat terlepas cakap Hadi Awang dlm Muktamar PAS yang lepas..Hadi Awang yang baru nak katam Al Quran baru tersedar bahawa hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran.. Hehehe..Macam2..Tak lama lepas diperkudakan dik Ambiga dalam Bersih 2.0 tiba-tiba Mat Sabu pula kononnya nak jadi Hero pertama Negara Kebajikan ala PAS dengan mengistiraf kominis sebagai Wira Negara..La ni.. bila nak dekat PRU sekali lagi Hudud dicanangkan Nik ajis pula nak jadi Hero Tua tergigil-gigil pegang tongkat nak pukul siapa saja yang tolak Hudud baru kena "Gertak dik Karpal Singh Yang di dadanya ada Bulan Mengambang" terkincit-kincit dalam seluar..Yang dipersalahkannya UMNO..Inilah PAS yang menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" dalam PAS (Hehehe..maksudnya Halal bagi mereka yang menyokong PAS.. Haram bagi mereka yang menyokong UMNO) Inilah Munafiknya PAS..

Pada Ee jika nak dihuraikan segala tipu muslihat PAS dalam arena politik dan dituliskan menjadi buku rasanya dakwat selaut banyaknya pun tidak cukup.Nasihat Ee kepada HamPAS2 janganlah terlalu diperbodohkan dan hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja..Allah telah kurniakan kita ini akal fikiran untuk berfikir yang mana betul atau tidaknya..Ee ingin ucapkan Tahniah kepada Pemimpin2 PAS yang mewarisi "Sifat Munafik Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik Zaman Rasullah saw"..Fikir dan pulanglah kepangkal jalan..Renung2kanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 3 November 2011

ANWAR MEROYAN SEBAB KANTOi....

MEMALUKAN ! Anwar Ibrahim KANTOI ALL-TIME!

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim meroyan apabila ramai yang mempersoalkan beliau yang sudah tua bangka tetapi tidak pernah menunaikan Haji lagi.

Di dalam twitter, beliau meroyan dan mengaku telah 2 kali tunaikan fardhu haji.

Lihat di bawah :-


Bloggers pro-pembangkang pula cuba mempertahankan pembohongan Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada kenyataan Anwar Ibrahim di dalam blog beliau bertarikh 14 November 2007.

Anda baca betul-betul kenyataan Anwar Ibrahim itu, tiap-tiap satu perkataan.

Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikanucapan dalam sesi pertama esok.

Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran tuhan.

Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa'ie masykur.

Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul 'atiq), Sa'ie dan beri'tikaf – berdoa dan bermunajat - Anwar Ibrahim.
1. Jika kita rujuk kepada kenyataan di atas yang bertarikh 14 November 2007, Anwar Ibrahim sebenarnya tidak jadi untuk ke Mekah pada hari itu kerana 'terpaksa' menerima undangan untuk berucap pada esok harinya.

2. Dan sessinya adalah yang pertama bermaksud di sebelah pagi.

3. Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu menyebut tempat persidangan tersebut yang bukan di Mekah. Tetapi beliau stresskan perkataan 'Gabenor Makkah'.

4. Jika anda membaca sekali imbas sambil lalu kenyataan di atas, kita akan tertipu dengan mempercayai artikel di atas menunjukkan Anwar Ibrahim sedang berada di Mekah menunaikan umrah!

5. Yang memalukan ialah Anwar Ibrahim menulis 'seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah' tetapi beliau sendiri tidak menumpukan jiwa dan raga beliau untuk menunaikan umrah!

6. Sebaliknya, beliau lebih berminat untuk menyampaikan ucapan dalam sessi pertama di dalam satu persidangan antarabangsa!

7. Dan yang kantoinya ialah, sungguh pelik jika Anwar Ibrahim tidak tahu menahu beliau telah dijemput untuk memberi ucapan di dalam satu persidangan antarabangsa! Takkan Anwar Ibrahim tangkap muat sahaja!

8. Makanya, kenapakah Anwar Ibrahim mengaku 'bercadang mahu terus ke Makkah' pada hal beliau sebenarnya telah dijemput ke tempat lain?

Sumber: sahabat group FB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 31 October 2011

Fatwa Hadi Awang bertentangan dengan Firman Allah dan Sabda Nabi saw..Untuk mentaati Pemimpin

Mulai hari ini, cerita ee si kucing akan dipapar dalam blog ini memandangkan admin mengurangkan posting dalam blog utama.

Admin sangat menyukai cerita berat yang disampaikan olehnya. Selamat membaca :

Ee dan rakyat negara ini masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka(Ahli2 PAS) hingga kini.Akibatnya di serata kampung dalam negara ini kebanyakan Ahli PAS tidak suka bergaul dengan masyarakat lainnya kecuali dengan mereka yang menyokong PAS sahaja..Inilah antara kesan fatwa Hadi Awang dan Ee katakan inilah perbuatan jahat yang tidak terampun dosanya selagi Hadi Awang tidak berjumpa atau memohon maaf secara terbuka kepada seluroh rakyat Malaysia yang telah dipecah-belahkannya..

Seluruh umat Islam mahu pun yang bukan Islam dapat melihat akan kesannya..melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam di dalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi di dalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.

Ee dapat rasakan bahawa amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan dan perpecahan umat Islam negara ini, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya..Pada pendapat Ee Hadi Awang harus mengakui akan kesilapannya dalam mengeluarkan fatwa yang membawa bencana kepada umat Islam negara ini..Ingatlah mengakui kesalah bukan beerti kita kalah..

Apa yang Ee katakan ini semuanya penuh bukti dan fakta bahawa amat tersebut masih lagi penuh kekeliruan ini dibuktikan sendiri oleh Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu.Semasa Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung di dalam demonstrasi menentang kerajaan dalam Bersih 2.0 telah dikatakan sebagai seorang Syuhada serta mati syahid oleh Hadi Awang.

Hadi juga berkata bahawa arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman.Ee ingin bertanya apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang Syuhada dan mati syahid?..apakah Hadi Awang nak menderhaka kepada Nabi saw dengan mengingkari Al Quran mahupun hadis?..

Hadis Nabi saw yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu" ..

Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah.

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836).

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini oleh peguam murtad Ambiga tetek besar dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam...

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Apa yang Ee ketahui dan perhalusi selama ini segala fatwa yang dibuat oleh Pemimpin2 PAS sangat bertentangan dengan firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang menyuruh kita mentaati pemimpin bukannya menentangnya.Mereka membuat fatwa hanya semata untuk memancing undi agar mereka berkuasa dengan memperkudakan Islam sebagai senjata utama mereka.Ingatlah PAS hanya sebuah parti politik bukannya pendakwah yang memperjuangkan Islam.Mereka hanya mengunakan agama sebagai menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" semata melangsungkan tuntutan nafsu serakah untuk berkuasa sehingga sanggup diperkudakan oleh DAP laknatullah yang terang dan nyata adalah seteru utama umat Islam negara ini.DAP berniat untuk berkuasa dan berjanji akan menukarkan Perlembagaan Negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi seperti yang dibongkar baru-baru ini.

Apa yang Ee pelajari dan ketahui di dalam Al Quran dan hadis menyatakan Nabi Musa hanya diarahkan berdakwa kepada Firaun bukan memeranginya kerana menjatuhkan sesuatu kerajaan itu tugas Allah bukan tugas manusia.Kita manusia buat kerja manusia beribat dengan penuh keiklasan bukannya mencampuri urusan Allah..Surga dan Neraka itu semuanya urusan Allah SWT..Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana janganlah kita teripu dengan mereka yang berjubah,berserban,bertasbih.berkopiah,berdahi hitam dan berjanggut sejemput yang menjadi dajjal2 untuk menyesatkan akidah dan keimanan yang kita jaga selama ini...Iklas kerana Allah dalam melakukan ibadat adalah sebaik-baiknya amalan..Renung-renungkanlah..

Saturday, 29 October 2011

JANGAN CARI PASAL

Dalam keadaan macam begini, si tua ni cari pasal lagi. Awal tahun buat kenyataan bantai CM, pertikaikan pengurusan. Ini kali dalam ucapan perasmian buat pasal lagi. Dia sedar ker tak sedar ni? Tk ukur pakaian sendiri?

Dahler kerusi di sandakan kalau tak dibantu, sah2 xdpt punya. Kali ni, mmg dia perlu ditegur terang2. Tegur diplomasi ndak masuk, kasih ajar saja supaya dia sedar apa yang telah dibuatnya

Ndak tahukah istilah dalam 1 keluarga. Apapun tindakan mesti jaga nama keluarga bah. Tp si tua ni, sudah lupa itu konsep!

P/s: kekadang walu lama dlm dunia politik apa lgi jd bos, ndak semstinya dia seorg bijak. Jgn kash pijak maruah umno. Sebab umno parti bermaruah. Ramai pejuang di dalamnya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 18 October 2011

INFO

Pada yang terlepas pandang, tgok pict ni ya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.