Setiap manusia di seluruh dunia akan sentiasa mempertahankan Bangsa dan Agamanya dari dicerca apatah lagi jika diancam.Mereka sanggup berputih tulang dari berputih mata asalkan maruah bangsa dan agamanya terpelihara.Apa yang Ee hairankan sebahagian Bangsa Melayu hari ini sanggup berputih mata asalkan mendapat sedikit kuasa dan keduniaan..HamPAS2 ini lebih rela bangsanya dimaki hamun,dihina dan difitnah semata menjadi "Pak Cebuk" kepada bangsa lain.Inilah keistimewaan HamPAS2 yang kononnya memperjuangkan agama dan bangsanya.Al Quran,Hadis,Berjubah,Berserban,Bertasbeh dan Berdahi Hitam hanya sebagai topeng untuk menunjukan mereka lebih Islam dari yang lainnya..Semata "Sendiwara Politik"..
Cuba kita lihat dari perspektif perjuangan DAP. Parti cauvinist ini hanya mahu memerintah negara beragendakan kesamarataan kaum. Ia jelas akan dituntut sekiranya ditakdirkan PR berjaya membentuk kerajaan di pilihanraya umum akan datang. Apakah ketika itu mereka akan memperdulikan suara PAS? Apakah ketika itu mereka akan tunduk kepada permintaan PAS yang tentunya mahukan sebuah negara yang berorientasikan agama ?
Sering Ee perkatakan bahawa DAP hanya memperalatkan Pas demi untuk meraih undi kaum Melayu. Walaupun DAP sebenarnya amat bencikan bangsa melayu diatas sikap ultra kiasu dan cauvinistnya, tetapi DAP sedar bahawa PAS dapat memberikan kelebihan undi kepada mereka melalui permainan sentimen keagamaan.
Ee berpendapat bahawa Pemimpin 2 DAP sedar bahawa walaupun sekuat mana sokongan kaum cina kepadanya, ia tidak cukup kuat untuk menakluk negara kerana undi cina juga ada yang berpihak kepada MCA dan Gerakan. Jadi tanpa memperkudakan dibelakang tengkuk Pas, DAP takkan mampu memerintah negeri dan bergerak sendiri.
Pada Ee ramai rahu dan sedia maklum, PKR dan DAP tanpa PAS akan menjadi sangat goyah. Seringkali jentera serta jemaah PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP didalam menggerakkan jentera-jentera PRK yang lepas,mahu pun sewaktu membantah penubuhan kerajaan Perak oleh UMNO.Ee dapat lihat apa yang terjadi pada Bersih 2.0 baru2 ini jentera PAS dipergunakan macam lembu untuk membuat kacau kepada negara. Tanpa jentera dari PAS.DAP dan PKR umpama kehilangan tangan dan kaki.
Umum mengetahui bahawa PAS juga mempunyai penyokong yang cukup tegar dan kebal dari apa jua dakwah kerana begitu tebalnya sifat taksub terhadap pemimpin dan parti. Ini mungkin didorong oleh tawaran lumayan syurga yang dimomokkan kepada mereka oleh ulamak politik PAS. Para penyokong PAS ini juga sanggup wala' kepada pemimpin Pas tanpa usul periksa kerana bagi mereka, tiada manusia yang lebih hebat serta Islamik selain dari pemimpin-pemimpin mereka.Apa yang diarahkan oleh pemimpin mereka akan diikutinya tanpa banyak soal.Jadi tidak hairanlah jika mereka sanggup jadi lembu yang ditarik hidungnya ke hulu ke hilir oleh DAP dan PKR menjadi korban sedangkan pemimpin mereka duduk membesarkan perut dan poket..
Ee berpendapat bahawa PAS langsung tidak mempunyai kelebihan didalam gabungan Pakatan Rakyat ini. Mungkin PAS akan berjaya menyumbangkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan juga melunaskan dendamnya kepada parti UMNO di PRU13 nanti, tetapi PAS akan kehilangan perjuangan mendaulahkan negara Islamnya. PAS juga tak akan dapat melaksanakan idea martabatkan Islamnya bersama PR. Inilah harga yang harus PAS bayar didalam gabungannya bersama PKR dan DAP.Ini dapat dilihat bagaimana DAP mempersendakan PAS Kedah semasa Ramadhan yang lepas begitu juga dalam usaha penubuhan Hudud di Kelantan baru-baru ini.
Pada Ee sebenarnya sebahagian penyokong PAs sedar akan semuanya ini,Ini dapat dilihat sejak dari bergabung dalam Pakatan Rakyat begitu ramai penyokong2 PAS yang telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.Begitu juga dapat dilihat berapa ramai Pemimpin2 PKR dan Penyokong mereka telah keluar dari parti.Kini hanya tinggal HamPAS-HamPAS yang layak digelarkan "Tukang Sapu dan Tukang Cebuk" saja yang mampu bertahan menjadi pengkianat kepada Agama dan Bangsa mengikut telunjuk DAP.Mereka ketawa apabila membayangkan mampu untuk menumbangkan kerajaan. Dan mereka menangis kerana mereka terpaksa menjadi "PAK TURUT" didalam Pakatan.
Pada Ee PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya yang sentiasa diperjuangkannya semenjak dari awal penubuhannya.Oleh itu Ee nasihatkan kepada semua agar bersatulah di bawah 1 Malaysia demi memertabatkan maruah Bangsa, Agama dan Negara agar semakin harum mewangi di pentas dunia.Bangunlah wahai Bangsaku dengan bersatu berganding tangan dibawah 1 Malaysia demi Agama dan Bangsa!..Ayuhlah Bangsaku!...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment