Followers

Monday, 14 November 2011

PAS bersama Pakatan Rakyat Mengali sendiri Liang Lahat mereka dalam PRU 13 kelak kerana hutang PRU 12 mereka..

Ee ingin terangkan kenapa dan mengapa rakyat negara ini harus menolak Pembangkang dalam PRU 13 kelak.Apakah rakyat negara ini mahukan pemimpin yang sering berbohong dalam sesuatu hal dan pemimpin yang hanya tahu borak "Kosong" di kedai kopi saja dan berpolitik 24 jam sehingga tidak tahu apa yang hendak disampaikan kepada rakyat seperti isu 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang kononnya sebagai hari pembentukan "kerajaan baru Malaysia". - Tidak Berlaku..Pemimpinnya Anwar Ibrahim Berbohong apakah pemimpin seperti ini yang bersetongkol dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat layak untuk menjadi pemerintah negara ini..Membohong adalah salah satu sifat Munafik..

Ee ingin memberi tahu juga pembohongan Pakatan Rakyat terhadap isu pasir Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM4.6 juta.Apa yang terjadi kini Selangor mengalami nasib yang malang kerana kawah2 besar seumpama lombong tinggal akibat pengorekkan pasir yang tidak terkawal oleh tauke2 Cina berperut buncit ciptaan DAP.Inilah penipuan kejam Pakatan Rakyat terhadap anak negeri Selangor.Begitu juga dalam soal Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan negeri..duit rakyat bernilai RM392 juta.Ini juga merupa satu berita malang buat rakyat negara ini..

Ee juga ingin membawa penyalah gunaan kuasa oleh Pakatan Rakyat.. Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK di Serendah dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor.Bukan ini salah satu tindakkan kejam Pakatan Rakyat terhadap rakyat miskin negeri selangor..Bagaimana mereka berkuasa kelak jika sikap menindas begini diamalkan..lansung tidak mempunyai sifat tolak ansur..Begitu juga dalam sekelip mata saja YBK yang ditubuhkan untuk membantu pelajar miskin hilang dalam sekelip mata..apakah ini masih lagi kerajaan yang membantu rakyat.

Pada Ee pembohongan yang begitu ketara sewaktu PRU 12 Berjanji memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ke nurseri namun tidak pernah terlaksana di 4 buah negeri yang mereka takbir.Pada Ee jika mereka benar untuk memerintah negara mereka boleh melaksanakannya di negeri yang mereka perintah.Namun ini semua hanyalah satu pembohongan untuk mengula-gulakan rakyat sahaja.Begitu juga mereka berjanji memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.Namun tidak Dilaksanakan dan merupakan pembohongan yang terancang untuk menipu rakyat mengundi mereka.. Berjanji memberi elaun kepada ibu tunggal yang layak tidak pernah mereka laksanakan.

Terlalu banyak pembohongan yang dibuat oleh mereka semasa menabur janji kepada rakyat pada PRU 12 yang tidak dapat dilaksanakan berjanji mengurangkan cukai pintu kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% juga tidak dapat dilaksanakan di 4 negeri yang mereka perintah.Jika hendak direncahkan pembohongan mereka terlalu banyak dengan penuh pembohongan demi pembohongan..Begitu juga dalam Isu PKNS dalam sekelip mata saja harta rakyat Selangor tergadai pada bangsa asing..apa nak jadi sepatutnya mereka memerintah menjadikan Selangor semakin maju tapi hakikatnya harta yang ada pula digadai..

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa di 4 negeri, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

Begitu juga PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan mereka yang bukan ahli dan tidak pernah mandi junub seperti Nga, Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam Pakatan Rakyat menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran serta masuk kemasjid sesuka hati mereka.

Pada Ee PAS juga tidak pernah mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Kalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka..

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Ee ingin mengajak rakyat agar sedarlah dari diBohongi terutama rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.Pemimpin2 PAS juga begitu kemaruk untuk mengeluarkan pelbagai fatwa semata untuk membuktikan bahawa mereka lebih Islam dari yang lain.

Pada Ee dalam banyak-banyak pembohongan yang dibuat oleh pehak pembangkang adalah apabila memutar belitkan fakta sejarah dengan mengangkat Kominis sebagai Wira Negara.Begitu juga pembohongan mereka dalam pelbagai isu dengan menuduh UMNO sebagai penyebabnya.Layakkah pemimpin yang sentiasa menanam tebu di tepi bibir dangkat sebagai pemimpin yang akan mentadbir negara yang tercinta ini..Bukan menjadikan negara ini bertambah maju sebaliknya semakin mundur semundur pemikiran mereka yang penuh kemunafikan.Apa yang Ee nampak bahawa PAS bersama Pakatan Rakyatnya mengali sendiri 'Liang Lahat' untuk menguburkan diri mereka dan bersedia untuk membaca Talkin Terakhir untuk diri sendiri..Sungguh memalukan apabila mengangkat S.Ambiga apabila menganjurkan Bersih 2.0 dan menganjurkan Seksualiti Merdeka sebagai Wira..Dan yang terbaru menunjukan tiada kesepakatan dalam pembangkang apabila sekali lagi Karpal Singh menyatakan pendirian untuk menolak Hudud..Apakah hamPAS2 ini tidak sedar atau buat2 tak sedar akibat kemaruk sangat untuk berkuasa?..

Ee mengingatkan agar rakyat negara ini tolaklah PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU 13 kelak, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan Aqidah demi kepercayaan terhadap segala fatwa ulama' Pikun PAS yang berkepentingan.Janganlah kita semua tergoda dengan dajjal2 pembangkang yang berimankan Jubah, Sarban, Tasbih, Berdahi Hitam dan Janggut sejemput dengan meletakkan segala Hukum Hakam dalam Al Quran dan Hadis hanya sebagai sendiwara dunia saja..Ingatlah Sesal Dahulu Pendapatan..Sesal Kemudian Sudah Tidak Berguna..Begitu juga janganlah ada yang menjadi Pak Kaduk yang menang sabung ayam tapi Tergadai Kampung Halaman..Fikir-fikirkanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment