Tuduhan pembangkang kononnya 'Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011' yg dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar. Rang undang2 tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata. Kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yg dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yg digariskan undang2.
Selain itu, sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang2 meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu. Jadi terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang2 ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. Undang2 ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang2 sedia ada.
Nampaknya, walau bagaimana murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap akan bangkang membuta tuli, dan sudah pun memukul canang bagi memburuk2kan undang2 yg baru ingin dibentangkan. Sebenarnya di bawah rang undang2 baru itu nanti, pihak polis yg selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas. Serentak dengan itu, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yg kekal hanya hukuman denda bagi mereka yg masih berdegil melanggar undang2.
Sementara itu, ketika membuat bacaan kali kedua rang undang2 tersebut Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, walaupun ia digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira. Katanya, jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.
Mungkin juga, pemimpin pembangkang memang lebih suka membuat huru-hara & kacau-bilau dengan mengadakan demonstrasi dijalan2 seperti depan Sogo & depan Masjid Kg.Baru. Ini kerana dengan adanya rang undang2 ini, maka demonstrasi jalanan tidak lagi dibenarkan. Bila hendak suarakan sesuatu atau mengadakan demonstrasi, maka perlu secara tertib, ikut peraturan kerana sudah disediakan satu ruang yg luas untuk berhimpun & suarakan pendapat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment