Followers

Saturday, 26 November 2011

Politik biarlah Politik maruah Agama dan Bangsa Wajib diPertahankan sehingga Ketitisan Darah yang Terakhir

Citer ee si kucing lagi :

PAS sebagai parti yang kononnya berlandaskan Firman dan Hukum Allah s.w.t. dan sunnah Rasululllah S.A.W., amat jelas bahawa perjuangan PAS merupakan hanya untuk meraih sokongan politik, termasuk undi Bukan Islam dan Bukan Melayu. Kemampuan memperkukuhkan kuasa mejadikan cara menghalakan matlamat.

Bagi PAS, keghairahan "Membangun bersama Islam" hanyalah setakat slogan semata semata kerana parti politik ini nyata gagal melaksanakan apa apa kebaikan dan kemajuan bagi umat Islam dan proses meningkatkan syiar dan syariah Islam, walaupun sudah berkuasa dalam 2 negeri iaitu Kelantan sejak 20 tahun yang lepas dan Kedah pada PRU 12 yang lalu. Perkembangan ini wajar menjadi pertimbangan bagi semua umat Islam agar tidak lagi dipengaruhi emosi dan idealism berasaskan janji yang sebenarnya tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam kepelbagaian dunia moden hari ini.Sedang Kelantan negeri yang telah mereka kuasai sekian lama tidak dapat ditakbir dengan baik dan kebajikan yang dijanjikan kepada rakyatnya hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir saja.Sedangkan masalah Air Bersih keperluan harian rakyat pun tidak dapat dilaksanakan sejak sekian lamanya.Pada Ee orang2 PAs hanya tahu mencari kesalahan pemimpin UMNO saja sedangkan perkara yang kecil pun tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.Mereka hanya tahu berceramah 24 jam sedangkan amanah yang diberi rakyat tidak dilaksanakan dengan jujur.

Dalam soal mengata bahawa pemimpin UMNO tidak bermoral dan pelbagai tuduhan tidak berasas, ini saja yang menjadi kelebihan pemimpin PAS.Sedangkan mereka sendiri terkapai-kapai mencari fatwa bagi menghalalkan apa yang pemimpin mereka buat untuk menutup aib sendiri depan "Penyokong Taksub Lurus Bendul" yang menjadi kebanggaan parti PAS.Jika sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, minum arak, kaki perempuan..Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya PAS tidak cukup ilmu dalam nak membimbing wakil rakyat sendiri kepada kehidupan telus, jujur dan berpolitik ikut cara Islam.

Pada Ee pendedahan oleh The Malaysian Insider yang mendedahkan ADUN Melor ada kemungkinan memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk bekas isteri DUN Melor tuntut RM3 Juta.Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.. Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.

Pada Ee tidak mengapalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma Ee harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya..

KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

"Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

"Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

"Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat," katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616

undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.

DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.

The Malaysian Insider.

Ee sebenarnya tidak faham mengapa PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam sanggup menjadi Munafik dalam banyak hal.Apa yang mereka perjuangkan selama ini sebenarnya hanya Retorik semata.Mereka sanggup menghalalkan apa saja dan menolak mentah-mentah apa yang ada dalam Al Quran dan Hadis dengan membelitkannya dengan mengunakan Kain Serban yang dililit diatas kepala.Inilah kelebihan PAS yang tidak dapat dinafikan..mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat untung.

Pada Ee PAS dilihat semakin melonggarkan ikatan mereka dengan Islam selepas membuang perjuangan asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Isu Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk menambah lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri Kelantan membuktikan bahawa PAS sanggup mengikut telunjuk rakan sekongkolnya DAP.

Sehingga artikel ini ditulis, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.Pada Ee selama lebih 20 tahun memerintah di mana semangat Membangun Bersama Islam,"Kosong Sekosong Bendera PAs, yang ada lebih ramai anak muda tidak menutup aurat,Pelacuran,Semakin ramai yang buang anak dan bunuh anak di Kelantan, naik motosikal lelaki dan perempuan ke hulu ke hilir memalukan rakyat negeri Serambi Mekah.

Pada Ee bukan kecil-kecil anak pengorbanan yang sudah dibuat PAS, sampaikan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan membina negara Islam pun PAS sanggup humbankan dalam longkang demi DAP.Apa saja yang digertak dik Karpal mereka diamkan macam "Ular Sawa Melengkar Kekenyangan Lepas Baham Babi Sekor" tunggu masa saja untuk dipukul dengan buluh dik Tauke-Tauke Cina DAP.Pada mereka HamPAS2 rela dipijak kepala dik Tauke2 Cina DAP dari bersama UMNO dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa..Apa yang ada dalam kepala otak mereka hanya kuasa..Agama hanya topeng dan Bangsa pergi mampuslah..Yang penting kuasa..

Menurut Karpal Singh DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya,dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Semua kata-kata ini dikeluarkan sewaktu Karpal mengamuk sakan bila mendapat tahu bahawa PAS berhasrat menutup pusat hiburan sewaktu bulan ramadan yang lepas di Kedah.Begitu juga sewaktu Nik Ajis nak laksanakan Hudud di Kelantan.

Pada Ee sahlah bahawa PAS selama ini telah berbohong dan menjadi Munafik apabila mengatakan kononnya DAP semakin faham tentang Islam setelah menerima tarbiyah dan dakwah dari mereka.Pada pendapat Ee Pemimpin-pemimpin PAS sanggup berbohong kepada penyokong-penyokongnya sendiri agar mereka dapat menerima kerjasama yang dijalinkan oleh PAS dengan DAP yang terkenal dengan sikap anti Islamnya dan yang lucunya penyokong mereka hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja namun nak membantah telor kecut..

Pada Ee biarpun Manoharan sudah meminta maaf dalam isu Penukaran Bendera Malaysia jika berkuasa kelak namun kedangkalan sebagai seorang pemimpin untuk menyentuh soal pengorbanan rakyat negara terdahulu mencipta sejarah sehingga terbentuknya Malaysia dan terciptanya bendera negara kita, ia adalah satu kebodohan yang nyata.Dalam soal ini apa yang Ee lihat pemimpin2 PAS tidak langsung berani bersuara.Begitu juga hasrat DAP untuk mengurangkan kaki tangan awam dalam pentadbiran jika mereka berkuasa.Perkara2 ini mereka anggap remeh temeh tapi bagi rakyat ianya merupakan satu isu yang besar yang harus diberi perhatian.

Ee ingin bawakan laporan Harakah Daily yang dipetik: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN dan bukannya Jalur Gemilang.Pada Ee PAS lebih memalukan dan menghina Islam sendiri kerana cuba melembutkan hati kemarahan rakyat terhadap DAP dengan kenyataan kononnya mereka ingin mengalahkan Barisan Nasional bukan menukar Jalur Gemilang.

Pada Ee Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS "langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam".Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara UMNO dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.Pada Ee ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan UMNO, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.

Pada pendapat Ee tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Pada Ee UMNO sentiasa Istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan UMNO. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik.

Ee nasihatkan sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi "Pak Angguk" kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi "Pak Angguk" untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.

Pada Ee Politik biarlah politik maruah agama dan bangsa wajib dipertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir... Janganlah kita Terpedaya untuk menjerumuskan diri dalam kancah politik dajjal pembangkang yang penuh dengan tipu daya, fitnah, menjatuhkan umat seagama..... walhal bangsa lain seronok menantikan kejatuhan kita akibat dari sikap bangsa kita sendiri....Renung2kanlah..

No comments:

Post a Comment