Followers

Tuesday, 19 June 2012

POLITIK RAKYAT vs POLITIK PRIBADI

BICARA PENA

Apalah kena dengan 1 pemimpin ni. Dalam memegang jawatan boleh pula dia melalak bunyi lain. Menegur bukan begitu caranya. Kalau rakyat biasa boleh buat itu cara. Ini macam jawatan dipegang tidak tahu mau guna.

Betulkah dia bersuara kerana hak rakyat atau sebenarnya dia bersuara kerana politik pribadinya?

Berapa langkah dia punya plan ni. Main step by step. Lagu Boyz on the block ja punya lagu. Step 1 letak jawatan peringat cawangan. Step 2 tidak pertahankan jawatan peringkat bahagian. Step 3 masih gantung sbb pilihanraya tidak tahu bila. Kalau serah borang ahli PKR, jawatan sekarang automatik melepas kecuali jawatan MP.

Malam hari jadinya BP baca di News Sabah times 5 ribu datang. Tapi peliknya boleh pula dalam laporan cerita sama kehadiran penyokong 10 ribu! Soalan BP, itu perkarangan rumahnya boleh muatkah 10 ribu? Kalau 5 ribu tu logiklah. Tapi kenapa dalam laporan akbar tulisan ahmad apong tu tidak pula disertakan gambar menunjukkan bertapa ramainya yang hadir. Sekali publish semua gambar di astaka utama sahaja. Takkan editor tidak tahu gambar mana berkait hits menyokong cerita tulisan.

BP pagi tadi dapat maklumatlah. Kehadiran majlis hari jadi tu cuma 800-1000 termasuk kanak-kanak dan penyokong dan kepimpinan PKR dari beberapa cabang. Seperti Dtk james gani, dtk Kalakau untol, Dtk Mongow Orrow, dtk john ghani, Dojid Hj Muda, ramlie ukin, Dr hamzah dan ketua cabang dari Ranau, Semporna, Tawau dan Sandakan.

Menurut infomer yang buat rakaman suara ucapan mengatakan sudah 52 tahun menderita. Kerajaan baru yang dibentuk selepas PRU-13, keadilan akan diperolehi sepenuhnya melalui kerajaan baru yang lebih adil di semenanjung dan Sabah.

Sebelum ni PARTI BARU , selepas terkubur parti tersebut sekarang cerita kerajaan baru pula.

Walaupun belum umumkan masuk PKR, ciri-ciri sudah boleh digambarkan. Kenapa BP boleh katakan aksinya meraguka sangat menyerlah. How?:

1. 11hb jun: penerbangan ke KK-KL jam 6.05 pagi. 1 flight dengan anwar ibrahim. Dah dua2 VIP takkan 1 duduk di seat economi dan seorang duduk kat seat busines kan. 2 jam 35 minit tu takkan tak bertegur sapa?

2. 12hb jun - sehari selepas pemimpin ini buat kenyataan di berita. Dia tidak keluar dari umno. Malangnya kenyataan belakang dalam daily express menceritakan selanjutnya menggambarkan bahawa dia seolah-olah memang ada niat nak tinggalkan umno. -
"saya jumpa pemimpin-pemimpin parti-parti lain agar ada jaminan ada perubahan kepimpinan diperingkat negeri...tetapi apapun boleh terjadi, saya pemimpin kanan & kalau pengundi-pengundi mahu saya berbuat demikian (lompat?) saya akan turuti khendak mereka"

3. 17hb jun : maklumat terima dari rakan mengatakan dia dalam ucapan meletak jawatan semasa majlis hari jadinya.

4. 18hb jun : dalam news Sabah times dan daily express " ... Memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya ya demi kepentingan rakyat..... Mestipun dalam wadah berbeza"

Wadah berbeza bermaksud??? Melompat sekali lagi?

5. 19hb jun : Berjumpa di cafe hotel le meridien kuala lumpur sekitar bermula jam 1 petang dengan Azmin Ali.

Kenapa melepak jauh sangat dari bangunan Parlimen? Sedangkan di bangunan parlimen ada cafe? Kalau benar-benar nak elak tuduhan andaian, masa "hot" ni buat tindakan mengundang tuduhan.

pesanan BP. Sila baca pandangan BP dengan tenang. Jangan baca separuh terus mengamuk. BP sengaja tidak letak nama pemimpin tu. Tapi.. BP pasti korang boleh teka siapa orangnya.

Pesanan BP. Hormatilah Rakyat. Jangan jual nama Rakyat hanya ingin menegak politik pribadi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 16 June 2012

MAU KUASA GADAI BANGSA : JEFFREY K

BILA PENA BERBICARA

Apa nak jadi pemimpin pakatan ni? Kata nak menolak parti luar sabah. Konon nak perjuangkan hak rakyat Sabah dan mengangkat martabat sabah menjadi Negara merdeka dari jajahan Malaya.

Tapi tengok gambar di atas? Jeffrey kitingan 2009 mengisytiharkan si Anwar ibarhimsebagai "PAHLAWAN. BORNEO" dengan menghadiahkannya sebilah Pedang KDM. Masa tu si jeffrey ni masih memegang jawatan Naib presiden PKR.

Alalalallaaaaa.... BP mau tau, apa tujuan mengangkat si biseksual ni jadi pahlawan Borneo? Dia keturunan KDM kah ? Pahlawan ni bukankah hanya untuk mereka yang mempunyai darah keturunan KDM. Ni anwar ada keturunan KDM kah?

Jawapan BP.. Tidak ada. Ni jeffrey masa tu mau meRASUAH si anwar supaya boleh angkat dia jadi big bos Sabah andai Pakatan memerintah Sabah. Biar menggadai hak bumiputera Sabah. Janji kedudukan diperolehi. Penyerahan ini dibuat pada 23.1.2009. Dalam majlis Mesra bersama Anwar ibrahim.

Ini bukan konspirasi apa lagi FITNAH. Sejarah telah memberitahu siapa jeffrey suatu ketika dulu.

Sekarang si Jeffrey bergong dalam STAR selepas UBF makin dilupanya. Kenapa? Sebab dia mau itu KUASA.

Lepas ni Anwar dibagi gelaran apa pula? JANANG GAYOH kah? Apa lagi gelaran pahlawan di Sabah ya. Bah kasih saja itu gelaran sebab pangkat dan kedudukan, maruah bangsa dijual sahaja.

Hello rakyat Sabah bukan bodoh bro. Yang menyalak sokong pakatan ja lupa diri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TANGGUH HAJI TANGGUNG SENDIRI

BD nak berpesan pada jemaah haji dr sabah ni, pada pengikut PAS. Elok teruskan ibadah haji tu, jangan layan arahan ketua penerangan PAS yang nampak penakutnya!

Baca pesanan. DS Dr Ahmad zahid ni :

BAGAN DATOH - "Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.

Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.

"Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.

"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat," katanya.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya  ereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.

Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.

"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.

"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran,  hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.

"Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 15 June 2012

BIAR BETUL?! BETULKAH?

Khabar angin:

planning konon mau membentuk parti baru terbantut , si perancang kena tipu kerana parti yang hendak dimilikinya telah dibeli oleh pembeli dari negeri lain. Tulah benderapun sudah lusuh tidak berganti, pejabat yang hangat sebelumnya benar-benar sudah jadi pejabat gajah putih

Terkejutnya aku! Bila apa kawan cerita. Ish! Biar. Betul bro! Macam tidak percaya pula. Kenapa orang yang dikatakan sangat bijaksana ini boleh ditipu sampai begitu sekali? 1 parti sampai 2 kumpulan membelinya?

Pembelian itu macam mana ya, kira macam masuk tenderkah? Atau dua-dua membelinya tetapi yang berjaya owner baru negeri lain

Patut muka lain macam. Dah tu, suara hangat pada awal tahun. Memang menyengat! Sana sini suara bercakap cerita sama. Rupanya hangatnya hanya seketika. Tidak sempat suam lagi terus sejuk membeku!

Patut nama 'parti baru' tu senyap secara tiba-tiba, pejabat di kawasan papar di jalan lama. Sudah jadi rumah biasa. Bendera semua hilang sudah. Yang berbaki terpacak koyak tidak berupa. Jadi kain lap pun tidak berfungsi.

Itulah balasan pada orang yang tamak. Sudah berpangkat, masih tidak bersyukur. Pakcik, harta dunia, dengan kuasa Allah sekelip mata boleh dirampas-Nya. Sepatutnya amanah diberi janganlah disalahguna. Konon perjuangan untuk nusa dan bangsa. Tapi sebenarnya nak melangkah kerana khabar angin jawatan mungkin tidak menjadi miliknya. Tulah bertindak tunjukkan gelojoh, tukang disuruh sekarang senyap. Rasanya malu ada, tapi tidak dapat buat apa.

Kini.... Ada info bertiup kencang, nanti. Saya akan bongkar di lain tulisan. Memang panas, menanti ja semboyan diumumkan. Takut maruahnya digadaikan. Tapi saya tak harap dia berbuat demikian. Biarlah matang dan sedar. Jangan jual harapan rakyat. Nanti tidak pasal2 keturunanmu kelak melarat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APA KHABAR

Sudah lama tidak berceloteh. Bukan kerana lupa tetapi ada lagi tanggungjawab luar yang WAJIB dilaksanakan. Tetapi gelodak nak mencatat apa yang terjadi, apa yang diperhati, apa yang dinilai dan perkongsian pendapat perlu diteruskan

Sebagai mukadimah . Terimalah gambar ini sebagai salam perjuangan kami dari bumi di bawah bayu ini

Jangan kerana mengejar pangkat dan nafsu, tanah , bangsa dan agama dikorbankan.

Mulai hari ini "BICARA APA" akan sentiasa kongsikan cerita nyata walau mungkin ada kata, itu dusta sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 24 December 2011

RANCANGAN PADA 9hb JAN

Awas !! 9 Januari 2012 rancangan huru harakan Malaysia.

Apa yang berlaku di Russia ni, sangat-sangat diimpikan oleh manusia bernama Nuar Berahim. Diberitakan sekitar 53000 orang berarak di jalanraya Moscow siang semalam kerana membantah apa yang dikatakan sebagai berlakunya penipuan pilihanraya oleh kerajaan Vladimir Putin.

Manusia yang bernama Nuar Berahim ni cukup seronok kalau-kalaulah dia mampu mengumpul manusia seramai itu dan berarak di jalanraya untuk menunjukkan sokongan terhadapnya.

Bagaimana pulak agaknya, kalau kita yang anti Nuar ni pulak berkumpul dan berarak seperti itu dengan membawa sepanduk anti Nuar di jalanraya? Rasanya mudah sahaja untuk mengumpul orang seramai itu.

Bagaimanapun kita yang anti Nuar ni bukanlah dari manusia yang 'tak berjenis' yang sanggup menyusahkan orang ramai, para peniaga, para pelancung, para pemandu malah Nuar sendiri pun kalau boleh tak mahu kita susahkan. Hebat...itulah perbezaan kumpulan kita yang jauh lebih bertamadun dan terpelajar dari anak-anak buah Nuar Berahim. - Anti DAP Club
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS.DAP dan PKR Main Jam2 Priit sama Polis demi Kuasa sanggup mengHalalkan Cara

by Ee Si Kucing on Saturday, 24 December 2011 at 20:18

Ee berpendapat bahawa DAP telah berjaya percaturan politik apabila berjaya bergabung dengan PAS yang dulunya sangat membenci DAP.Perpaduan antara DAP dan PAS dilihat sangat baik dalam kontek memecah belahkan perpaduan orang Melayu dalam memberi kemenangan kepada calon pembangkang terutama DAP.PAS yang begitu mahir dalam selok belok memperkudakan Agama Islam dilihat begitu berguna kepada DAP untuk mempengaruhi pengundi Melayu yang beragama Islam untuk membenci kerajaan UMNO dan ini akan memberi bonos kepada DAP untuk mendapat undi kaum Melayu.Pada Ee DAP begitu pandai bermain drama dalam memperbodohkan kaum Melayu terutama HamPAS.Namun hakikat ini tidak dapat dikesan oleh HamPAS2 kerana diamuk oleh perasaan dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri.Pada Ee mata,hati dan telinga para pemimpin HamPAS dan penyokong mereka telah dibutakan oleh sikap tamak haloba dan irihati yang begitu mendalam terhadap UMNO yang begitu diterima rakyat sejak dari sebelum merdeka.

Untuk memperolehi kerusi lebih banyak, PAS perlu menyandarkan nasibnya kepada pemilih Bukan Melayu dan Bukan Islam serta pada waktu yang sama berusaha menyedapkan hati orang-orang Islam dengan menjemput beberapa kerat orang Cina dan India untuk membaca sepatah dua Al Quran kepada orang-orang Islam. Serta beberapa kerat ini menyelitkan pula satu dua nama pemimpin besar Islam dalam penjelasan polisi mereka. Tetapi yakinkah PAS bahawa pemilih-pemilih bukan Melayu akan membiarkan PAS menunggangi mereka untuk menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai parti tunjang Pakatan Rakyat?..Pada Ee persetongkolan mereka begitu melukakan hati sebahagian rakyat apabila melihat Islam semakin dipermainkan sehinggakan Al Quran dan hadis yang menjadi petunjuk kepada umat Islam dipergunakan oleh mereka yang bukan Islam dalam kancah politik negara semata untuk meraih sokongan.Memalukan dan sangat memualkan.

Apa yang Ee nampak setiap kali menjelang PRU maka PAS akan mengunakan senjata ampuh mereka untuk menipu Melayu Islam dan kembali memecah belahkan perpaduan dengan isu Hudud yang tidak pernah ada kesudahannya.Pada Ee jika mengambil kira sejarah yang lepas-lepas juga, dijangka selepas ini akan adalah seorang lain dalam kepimpinan PAS yang memberi kenyataan 'menang menang' untuk mententeramkan keadaan. Paling tidak UMNO dan media akan dipersalahkan. Kemudian, semuanya akan senyap semula bila PRU telah selesai.

Pada Ee drama2 seperti ini memang sudah dijangka, tidak pernah berubah dan akan kekal begitu untuk satu tempoh masa lagi. Walaupun Pakatan sentiasa bercakap tentang perubahan (termasuk mengubah bendera Malaysia dan mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan) tapi dari segi propaganda politik masih lagi di takuk lama iaitu menipu rakyat melalui pelbagai propaganda dan fitnah.PAS ingin memerintah negara tapi mereka penakut dan kecut sebagai buktinya setiap kali PRU mereka tidak berani meletakan ramai calun hanya setakat untuk mengacau undi sahaja.Pada Ee bagaimana mereka nak memerintah negara jika mereka takut untuk mendekati majoriti hanya tipu pengundi untuk membesarkan perut mereka dan keluarga mereka saja.Kini mereka bercita-cita pula untuk membantu DAP dalam mendapatkan kuasa dengan harapan dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri itu pun kalau DAP nak beri..Hehehe Ee rasa Pemimpin PAS hanya layak menjaga hal ehwal kebersihan tandas2 awam saja jika ditakdirkan DAP berkuasa.

Ee melihat bahawa DAP amat yakin bahawa sekarang ini sokongan 80 peratus pengundi Cina cenderung kepada mereka, selain usaha berterusan mereka untuk meruntuhkan kepercayaan bangsa Melayu bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kepada kerajaan.Pada Ee inilah agenda sebenar DAP dalam usaha untuk meruntuhkan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap bangsanya sendiri iaitu dilakukan perlahan-lahan dengan penuh perancangan yang akhirnya akan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak tahu menahu.Kita lihat bagaimana kepercayaan rakyat mula terhakis denagn isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP sebelum ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuklah kes membabitkan kononnya siasatan ke atas warga perempuan China sedangkan ia hanyalah permainan mereka untuk melunturkan kepercayaan rakyat pada pihak berkuasa.

Pada Ee DAP berjaya juga mengganggu-gugat sistem birokrasi yang kebanyakannya dimonopoli oleh bangsa Melayu, dan kemudian mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengaitkan pelbagai isu yang berjaya mengundang persoalan dan prasangka di kalangan rakyat terhadap kerajaan.Pada Ee kejayaan paling besar DAP apabila mengunakan S.Ambiga peguam murtad menuntut pilihanraya bersih dengan mengadakan perhimpunan haram Bersih 2.0 dengan mendapat sokongan padu dari penyokong2 PAS dan PKR yang rata2nya Melayu yang tidak tahu di untung.Mereka Melayu yang tidak sedar akan diri sanggup melakukan apa saja suruhan dari pemimpin2 PAS yang kemaruk nak berkuasa sehinggakan ada yang berlakun kononnya mati kerana dikejami oleh pehak berkuasa dan yang lebih malang lagi Naib Presiden mereka Mat Sabu sanggup berbohong dan menjadi munafik menuduh pehak polis melanggarnya.Pada Ee PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.Untuk menutup pembohongannya Mat Sabu beralih pula dengan mengangkat Komunis sebagai wira negara dengan menuduh pula pehak polis sebagai pengkianat.Inilah Mat Sabu pemimpin PAS menjadi kebanggaan HamPAS2 lidahnya penuh dengan pembohongan dan pembelitan..Pada Ee inilah pemimpin Islam acuan PAS..Hehehe..PAS,DAP dan PKR main jam2 priit sama polis,dalam masa yang sama masih mengharap polis untuk menjaga keselamatan mereka..inilah PAS nak kuasa sanggup menghalalkan cara..Terkejar sana..terkejar sini mereka yang mencuri yang kena tuduh pehak polis pula..pada Ee inilah PAS dan pembangkang lainnya yang sentiasa meletakan kesalahan pada bahu yang lain..

Pada Ee inilah 'Perang Persepsi' yang berjaya diwujudkan oleh pihak pembangkang yang dimonopoli oleh DAP, dan malangnya orang Melayu diperguna untuk menghancurkan kerajaan yang ada, namun Melayu itu sendiri tidak pernah sedar dan tidak mahu untuk disedarkan.Renung-renungkanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.