Beberapa orang sahabat dari Parti Pembangkang bertanya pada Ee .."Rasanya wang Rm 500.00 yang kerajaan UMNO nak bagi tu.. kita orang pembangkang ni boleh dapat ke?..aku tengok yang tukang tulis borang tu semuanya orang kerajaan(UMNO) je..malu lak nak pi mohonnya.." Hehehe..Ee jawab "Pergilah mohon jangan malu dan segan.. tapi kalau ada rasa malu elok juga sebab selama ini pembangkang kata bahawa pemberian dari UMNO tu dari sumber yang haram jadi kalau rasa was2 tak payahlah ambil.. begitu juga mereka yang berkerja dengan kerajaan dan menerima gaji dari kerajaan kalau rasa was2 dari mana sumbernya Ee nasihatkan jangan ambil gaji tu sedekahkan saja.." Ee terangkan juga bahawa kerajaan(UMNO) bagi wang tu kepada semua yang berpendapatan bawah Rm 3,000.00 kebawah tanpa mengira mereka berlainan fahamnan politik,bangsa dan agama..tidaklah macam PR yang memerintah beberapa buah negeri baru bagi baucer membeli belah Rm 100 je pada warga2 tua dah pilih bulu..Ee nasihatkan kepada Pehak pembangkang terutama HamPAS2 kalau tak tahu malu isi sajalah borang tu..InsyaAllah kerajaan UMNO telus dalam mengagihkan hasil kekayaan negara kepada rakyat yang selama ini dikumpulkan kepada mereka yang memerlukan..Hehehe..cuba2lah kira agak2nya berapa billionlah yang kerajaan terpaksa agihkan kepada rakyat..begitu juga dalam membeli minyak terutama petrol harga asalnya Rm 3.16 kerajaan begitu bermurah hati bagi subsidi pengguna hanya bayar Rm 1.90 dan banyak lagi kerajaan bagi subsidi..agak2nyalah dalam sehari berada juta yang kerajaan terpaksa mengeluarkannya semua itu untuk faedah rakyat itu sendiri..Fikirkanlah kalau kerajaan UMNO tidak bijak dalam mentadbir negara dan tidak bijak menjaga ekonomi bagaimana nak bagi tu semua..Kita harus bersyukur kerana dikurniakan kerajaan yang begitu perihatin kepada rakyat dan bijak dalam mentadbir negara...Cuba2lah jadi rakyat yang tahu berterima kasih janganlah asyik nak bangkang je..Renung2kanlah..
Followers
Saturday, 10 December 2011
KERAJAAN UMNO TELUS
Thursday, 8 December 2011
Tidak Mustahil Mimbar Masjid akan Terjajah oleh Penganut Agama lain Suatu Hari Kelak..Jika Melayu Islam tidak Sedar
Ee ingin menasihatkan agar anak2 muda yang ingin berjinak dalam dunia politik agar jangan mudah percaya dengan segala janji manis dajjal2 politik yang terlalu mengidamkan kuasa.Ingatlah Allah memberi kita akal fikiran yang sempurna untuk memikirkan yang mana betul dan yang mana tidaknya.Bila membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masalah Agama,Bangsa dan Negara hendaklah kita selami sebaiknya,jangan mudah kita terpedaya dan akhirnya "Berputih Mata". Fikirlah setelah begitu lama kita mengecapi kemakmuran,hidup dalam suasana aman berbilang kaum tanpa rasa takut dan bebas kesana kemari mencari rezeki mahupun beribadat kenapa pula kita nak korbankan itu semua di sebabkan termakan gula2 yang diberikan oleh dajjal2 yang sentiasa mengidamkan kuasa.Pada Ee sebelum membuat sesuatu keputusan itu adalah sebaiknya berfikirlah dengan tenang dan fikirkan juga segala pengorbanan Pejuang2 Negara yang sanggup bermandi darah,keringat,airmata,harta malah nyawa semuanya itu dilakukan demi Agama,bangsa,Anak Cucu Cicit dan Negara.Pada Ee kini tiba pula masanya kita membalas segala pengorbanan mereka dengan menyokong segala usaha kerajaan demi kepantingan jenerasi akan datang pula.Janganlah kita turutkan saja segala bisikan dajjal2 yang mencuba mengadu domba dalam kegilaan mereka untuk berkuasa dengan menjadikan Agama Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Mereka pembangkang terutama PAS yang begitu inginkan kuasa sanggup menjanjikan 'Bulan,Bintang, Gunung,Matahari bahkan Surga yang diluar kekuasaan manusia namun segalanya "Kosong" macam bendera mereka.Mereka hanya "Pandai Menanam Tebu" tetapi tidak pernah dijaga,disiram hanya dibiarkan saja menyerah kepada takdir akhirnya tebu yang ditanam rebah kebumi tidak berhasil..
Ee ingitkan rakyat mahupun anak2 muda Melayu Islam berfikir secara matang dalam Sejarah Politik Malaysia belum ada lagi mana2 kaum selain orang Melayu Islam yang mengunakan Agama sebagai sendiwara untuk berpolitik.Pada Ee hanya HamPAS saja yang sanggup melakukannya semata gila untuk berkuasa.Mereka kaum Cina,India dan lainnya yang bukan Islam begitu memelihara agama mereka tanpa mahu mencampur adukan dengan politik, itu semua dilakukan agar Agama anutan mereka tidak dicemarkan dan dipandang tinggi.Pada Ee pemikiran kaum2 lain di negara ini begitu baik dengan tidak mencampuri agama dalam urusan politik.Namun yang Ee hairankan dimanakah letaknya akal pemikiran sihat orang Melayu Islam yang suka mempolitikan Agama dan sanggup melihat Agama Islam itu digunakan demi kelangsungan politik sempit yang tidak berpenghujung itu.
Persoalan demi persoalan berlegar dalam pemikiran Ee kenapa?..Mengapa?..Mereka yang dikatakan cerdik pandai dan pemikir Islam rela Agama mereka dijadikan keldai tunggangan penganut lain sedangkan Agama mereka sendiri disimpan sebaik mungkin..Mengapa bangsa lain seperti kaum Cina mahu pun India tidak mengunakan agama mereka untuk tujuan berceramah poitik sebaliknya dengan "Muka Tayar Buruk" mereka mengunakan petikan Hadis mahupun petikan Al Quran untuk memburukan bangsa Melayu penganut Islam itu sendiri.Alangkah sedihnya Agama dan bangsa dipersenda di hadapan mereka yang dikatakan cerdik Islam.Dimana akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk menjaga maruah AgamaNya???..Tuli ke telinga mereka???..Butakah mata mereka???..atau Tertutupkah hati mereka???..Apa guna solat 5 waktu dan segala amal ibadat yang dijaga selama ini..tapi maruah Agama dan Bangsa diinjak oleh bangsa lain kita hanya mampu menepuk tangan dan mengiakan saja..Malulah pada Allah yang telah menganugerahkan kita akal melebihi segala makluknya..
Persoalan ini juga sering bermain di kotak pemikiran Ee,bagaimana pula perasaan mereka jika Bangsa Melayu (Islam) pula menjadikan agama mereka tunggangan dalam berpolitik dan mengutuk bangsa mahupun agama mereka..Apakah mereka akan menerimanya seperti HamPAS2 Melayu Islam lainnya???..Jika Melayu Islam tidak sedar.."Percayalah tidak mustahil suatu hari nanti mereka penganut Agama lain akan mengunakan Mimbar Masjid sebagai tempat untuk mereka berceramah dan menghentam Bangsa mahupun Agama Islam itu sendiri"..sedarlah jangan ikutkan sangat segala bisikan dajjal2 berjubah,berserban,berketayap,bertasbih dan berdahi hitam yang hanya memikirkan hanya untuk berkuasa sehingga sanggup menjual Agama kerana desakan iblis yang bersarang di hati dengan"Memporak Perandakan Perpaduan Ummah".
Pada Ee petanda kehancuran sesuatu Agama mahupun bangsa itu adalah apabila bangsa itu sendiri memusnahkanya sendiri.. tanpa mereka sedar mahupun sedar tapi kerana mengikut segala kemahuan nafsu hasutan Iblis maka tutup mata,telinga dan hati asalkan mendapat kepuasan kerana kecewa,dengki dan kianat...Inilah "Petualang Agama,Bangsa dan Negara"..Marilah kita sama2 berganding bahu bersatu dalam mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara dalam 1 Malaysia dengan menolak segala hasutan dan fitnah dajjal2 pembangkang.Sedarlah!..Kembalilah Kepangkal Jalan sebelum terlambat...Renung2kanlah..
Tuesday, 29 November 2011
pemimpin PAS "Bancuh Racun.. bukannya Kopi.." kepada umat Islam negara ini semata kerakusan untuk berkuasa..
Ee gelihati melihat tingkah laku pehak pembangkang yang begitu beria-ria memerah otak membuat dosa-dosa kering apabila Rosmah (Isteri PM) dijadikan bahan cerita oleh para penglipurlara pembangkang di ceramah-ceramah mereka. Blog dan laman web pro-pembangkang menjadi penulis skrip asal bagi cerita-cerita Rosmah sebelum ditokok-tambah oleh para penceramah dan disebarkan ke akar umbi. Namun, jika cerita tersebut didapati tidak benar, pembangkang akan berpura-pura tidak tahu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak Rosmah sendiri.Apabila Syaitan di jadikan sahabat alamat segala bisikannya menjadi pedoman.Syaitan besar yang tertenggek di pundak pemimpin2 PAS hanya memberikan racun berbisa pada rakyat negara ini yang teraba-raba mencari akhirat.Apa yang diterima oleh pencari2 akhirat hanya santapan racun yang menjadikan hati mereka hitam berkarat dan dimata mahupun hati mereka penuh kebencian dan dendam yang membara..itulah kehendak syaitan Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan manusia seperti yang terdapat dalam Al Quran.
Ee ingin terangkan bahawa inilah kebodohan pehak pembangkang ketandusan idea, contohnya, isu cincin RM74 juta yang dikatakan milik Rosmah padahal ianya dibawa masuk untuk tujuan pameran oleh syarikat Jacob & Co juga masih lagi berkumandang walaupun syarikat berkenaan telah membuat penjelasan dan media Indonesia yang terikut-ikut jejak pembangkang telah memohon maaf secara rasmi.Begitu juga baru-baru ini, setelah cerita kononnya anak perempuan Rosmah membelanjakan RM193,944 di David Jones di Perth terkantoi kerana anaknya sebenarnya langsung tidak turut serta dalam kunjungan ke sana, timbul pula cerita Rosmah beli mutiara berharga RM387,888.Inilah kedangkalan pemimpin pembangkang dalam menjalankan misi memfitnah dengan menggunakan para penyokongnya yang kadang kala bodoh2 alang mengikut apa saja kata pemimpin tanpa usul periksa dan mempastikan ketulinan sesuatu khabar angin.Bila sesuatu perkara itu tidak benar dan ternyata fitnah sia-sia saja segala ibadat selama ini..yang dapat hanya dosa2 kering yang tidak terampun jika empunya diri tidak mengampunkanya sehingga keliang kubur.Dosa memfitnah itu lebih buruk dari dosa membunuh.Islam mengajar kita agar saling menyayangi antara satu sama yang lain dan mendoakan perkara yang baik2 hatta kepada musuh sekalipun namun Nik Ajis mengajar sebaliknya dengan mendoakan agar umat sesama Islam ditimpakan bala.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Sebaliknya pehak pembangsang yang semakin parah diturun bala oleh Allah SWT.. Dari satu masalah kesatu masalah Allah bukakan hijabNya kepada hamba2Nya agar sedar betapa Pekongnya akal2 parasif yang membawa kemusnahan kepada Agama dan Bangsa di Persingkapkan Hijabnya.. Insaflah..
Ee tidak merasa hairan dengan segala fitnah pehak pembangkang.. begitu juga apa nak dihairankan dengan fitnah mengenai pembelian, pemborosan dan sebagainya jika dibandingkan dengan fitnah membunuh waimah hadir ketika pembunuhan berlaku dalam kes pembunuhan Altantuya. Langsung pembangkang tidak merasa kesal jauh sekali malu apabila penulis skrip asal fitnah tersebut iaitu pemfitnah tersohor pembangkang, Raja Petra Kamaruddin sendiri mengaku telah mereka-reka sahaja cerita itu berdasarkan dengar cakap. Sedangkan pada ketika yang sama, Rosmah sedang menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan anak-anak yatim.Pada Ee jika Allah nak beri petunjuk bila2 saja..InsyaAllah jika sesiapa yang terinaya akan mendapat kebenarannya.Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Ee dapat rasakan bahawa para blogger pembangkang sebenarnya mempunyai sakit mental kerana suka sangat membuat fitnah dan membuat cerita2 sensasi tapi semuanya auta.Pada Ee sebenarnya pemimpin PAS "Bancuh Racun.. bukannya Kopi.." kepada umat Islam negara ini semata kerakusan untuk berkuasa segala-gala yang haram dihalalkan asalkan dapat undi..
Ee ingin nyatakan bahawa semua rakyat negara ini tahu dan faham bahawa UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA,DEB serta memberi bimbingan dan bantuan kepada anak bangsa untuk menaik taraf kehidupan yang lebih baik.Begitu juga baru2 ini PM melaksanakan sekolah percuma mulai tahun 2012.Hanya HamPAS2 saja yang suka membelitkan fakta rakyat dihasut dengan pelbagai cara,Islam dijadikan kuda semata untuk memancing undi.Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan pelbagai program membenteras kemiskinan dan adakah ini bukan tuntutan islam?.Begitu juga kerajaan mengujudkan pelbagai bidang kerja dengan membawa masuk pelabur itu semua dilakukan agar rakyat negara ini mendapat keuntungan dengan kemasukan pelabur..Tapi sebaliknya PAS sentiasa undur kebelakang dengan menyebarkan pelbagai fitnah dan Propaganda..Apa yang PAS tahu hanya mengumpat dan memfitnah sehingga Allah Tuhannya pun dikatakan mencarut dan samsing..Inikah ajaran Islam yang hendak diketengahkan oleh HamPAS2 kepada jenerasi akan datang?..alamat penuhlah Islam,bangsa dan negara..
Pada Ee Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju dan kini negara telah mendapat pengistirafan merupakan salah satu negara Islam terbaik dunia.Terlalu banyak sumbangan UMNO dalam memertabatkan Islam di pentas dunia sejak mula merdeka sehingga kini.UMNO dalam menaikan martabat Islam dan Bangsa dengan begitu berhemah mendidik masyarakat dengan pelbagai program berunsur keIslaman samada secara langsung atau tidaknya.Namun segala usaha UMNO ini hanya menjadi bahan cemuhan pembangkang terutama PAS yang sentiasa dengki dengan UMNO sejak dari sebelum merdeka kerana mereka begitu inginkan sangat kuasa maka mereka menganggap bahawa mereka saja yang Islam UMNO bukan Islam sebab berkerjasama dengan MCA dan MIC.Kenapa pula hubungan mereka dengan DAP dihalalkan sedangkan hubungan UMNO dengan MCA dan MIC mereka katakan haram?..Inilah kelebihan PAS dalam memutar belitkan fakta dengan mengunakan akal licik memperkudakan Islam..mereka sanggup memutar belitkan segala-galanya asalkan dapat keuntungan.
Pada Ee rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS sanggup berbuat apa sahaja.Kalau dulu, suara perempuan dikatakan aurat sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni,Wanita kini boleh berceramah,menjadi calun dan bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim seperti yang terjadi dalam Bersih 2.0 dan konsert kumpulan Wali Band di Kota Baharu yang lepas. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Ajis, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.Begitu juga Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.Pada Ee inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !..Sedarlah wahai rakyat sekelian..PAS itu hanya sebuah parti politik..
Ee ingin menegaskan bahawa menjalankan dakwah dalam Islam sangat dituntut dan adalah menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk melakukan dengan pelbagai cara dan kaedah.Namun Islam menggalakan dengan cara yang berhemah dan penuh kesederhanaan. Bagaimana orang lain nak ikut dan mencontohi penganut-penganut Islam jika mereka sendiri tidak menghormati apa yang didakwahkannya.Mereka HamPAS berkata bahawa Islam melarang penganutnya bercakap kasar,memaki,menghamun,memfitnah, mengherdik,mencarut dan mencaci tetapi lihat saja cara HamPAS penuh dengan apa yang mereka dakwahkan..Hampir setiap ceramahnya para pemimpin mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan ini tentunya amat menakutkan kepada mereka yang ingin menghampiri dan mencari kebenaran..Lihatlah saja jika mereka berkumpul ketika PRK mahupun PRU menjerit-jerit,terpekik terlolong dengan memakai sarban dan berjubah bertindak liar seolah beruk Mat Nyai tidak dapat mengawan..begitu juga mereka sanggup mengaibkan Islam dengan berjubah, berserban dan bertasbih berbaring di tengah2 jalan menghalang lalu lintas,mengunakan kanak2 sebagai benteng dan sebagainya..Islam tidak mengajar ini semua.. hanya pemimpin-pemimpin PAS yang mengajarnya kepada penyokong2 bendul alis bangangnya..Ee ingin mengulanginya lagi bahawa Pemimpin2 PAS "Bancuh Racun..bukan kopi.." kepada umat Islam negara ini dalam mencapai matlamat mereka..Mereka sanggup membunuh kesucian Islam dan jiwa bangsanya dengan menjadikan Islam modal politik semata kerana kerakusan untuk berkuasa.."PAS penuh Kemunafikan.." Renung-renungkanlah..
Monday, 28 November 2011
Tok-Tok Guru PAS Mandi Junub dulu baru Berjunub..Segalanya penuh Tipu Muslihat penuh Kemunafikan
Bila sebut saja pasal Hudud semua penyokong Bendul alias Baghal HamPAS dibenak mereka menyalahkan UMNO kononnya menolak Hudud.Ee rasa hampir separuh penyokong PAS sudah di penuhi uban di kepala akibat terperap berkapang dibawah serban sebesar tempayan menunggu sekian lama Hudud dipusingkan setiap kali menjelang pilihanraya tapi melaksanakannya jauh sekali.Pada mereka inilah senjata ampuh menghentam UMNO terutama dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.Seorang sahabat bekas orang kuat PAS berkata kepada Ee "kalau nak kirakan PAS ni mainkan isu Hudud sejakdari Bulu Bawah belum lagi tumbuh.. lah ni.. dah berkeriting meremang menjela dan dah ada uban pun tapi tak jugak dibuatnya..dok asyik nyalahkan orang lain..teman rasalah depa ni kalau kat Indonesia dah lama kena kerat 18 belas macam Mona Pendi..".Ee tersenyum saja..angkat bahu..nak komen..tak komen.. semuanya serba salah..Lah ni mereka "Tok Dalang Wayang Kulit PAS pusing ligat lagi macam Gasing Uri..teman rasalah kalau langit dan bumi ni boleh bercakaplah pasti depa kata Bosan!..Bosan!..Bosan!..Ee tak berani nak komen sebab kawan Ee tu mula naik angin..hehehe..
Ee tersenyum bila teringat kata-kata Samsing DAP Karpal Singh yang berkerusi roda (Sebab sekarang OKU.. lepas kena lempang dik seorang Pahlawan Melayu kerana biadap terhadap Sultan Selangor satu masa dulu) nama pahlawan tu rasanya tidak perlu disebut sebab telah menjadi aruah (Al Fatihah).Karpal sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara Islam dan Hudud.Karpal Singh berkata beliau yakin pemimpin PAS yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.Dulu Nik Ajis kata PAS telah dapat mentarbiyah DAP untuk kenal Islam.."Cakap Kosong.." sebijik macama Bulatan Kosong di bendera PAS.Nak harapkan Anwar Al Juburi membantu PAS sokong Hudud alamat terbalik dunia..Hehehe..takut kena rejam tak pun kena sula bila Hudud dilaksanakan kelak..Depan orang Melayu bukan main lagi Nuar cakap berapi-api macam naga Cina..Bila depan Puak Cina..Anwar mendendangkan "Hujan oh hujan Si Katak Lompat" di hadapan masyarakat Cina bahawa sebenarnya Hukum Hudud langsung tidak ada dalam dasar parti pun. Malah selama ini Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan hal hukum hudud pun seperti yang dicanangkan oleh pemimpin hipokrit PAS. Pakatan Rakyat tidak ada hati pun dengan Hukum Hudud.Ternyata kini rakyat Malaysia terutamanya umat Islam ditipu hidup-hidup oleh pengkhianat agama yang bertopengkan serban sebesar tempayan demi mempertahankan undi orang Melayu kepada parti DAP...Mual rasa nak muntah..hehehe...
Pada Ee tidak nampak kerjasama yang utuh dalam pembangkang berkenaan dengan pelaksanaan hudud-yang pasti antara dalam Pakatan Rakyat mereka terus tidak menghalalkan perbuatan masing-masing. Secara moralnya, pelaksanaan hukum hudud yang dicanang oleh Pas terus ditentang oleh sekufunya.Jom tolak pembangkang dalam PRU 13 kelak demi kelangsungan politik Melayu..Mari kita semua bersatu dalam 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara.
GEORGE TOWN: DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.
Katanya pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.
"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.
Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. -BERNAMA
Inilah politik PAS, politik matlamat menghalalkan cara. Yang penting bagi PAS bukan prinsip perjuangan tetapi cara yang boleh memberikan mereka keuntungan.Pada PAS apalah sangat Hudud dan Negara Islam kalau di bandingkan kenikmatan dalam mendapatkan dakapan rakan ranjangnya DAP.Pada Ee siapakah yang ingin PAS tipu?.. Golongan yang kurang berpelajaran?.. Golongan berpendidikan tinggi?.. Golongan bukan Islam?.. Allah swt?.. Atau diri sendiri?..Jika Pas memegang kuasa, adakah Pas akan membenarkan lebih banyak kegiatan keagamaan seperti membenarkan penjualan Injil Bahasa Malaysia dan pembinaan gereja-gereja dan rumah ibadat Kristian?..Pemimpin PAS mempertahankan Injil dalam Bahasa Malaysia dibenarkan selagi setiap sentiviti dihormati.Begitu juga di tempat Pas memerintah, tidak ada sebarang sekatan terhadap aktiviti keagamaan. Malah, kuil-kuil telah bertambah dengan banyak dan tanah perkuburan dan kemudahan-kemudahan telah dibina tanpa sebarang halangan.Pada Ee apa mahunya PAS???..Islam dan Bangsa sanggup mereka gadaikan kerana kemaruk sangat nak berkuas..
Ee sebenarnya risau tengok keadaan hari ini. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tapi Ee lebih risau lagi melihat tok-tok guru PAS yang menjadi sumber rujukan para pengikut taksub alis bendul ini juga sudah turut terjebak mengotorkan tangan dalam kancah fitnah yang melata.Ee ingin ingatkan kepada semua rakyat Islam negara ini mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar. Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub.Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan Songsang dan menipu Allah itulah yang dilakukan dik tok-tok guru PAS.Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa, pada akhir-akhir zaman akan lahir dajal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melempari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.Renung-renungkanlah.
Saturday, 26 November 2011
Politik biarlah Politik maruah Agama dan Bangsa Wajib diPertahankan sehingga Ketitisan Darah yang Terakhir
PAS sebagai parti yang kononnya berlandaskan Firman dan Hukum Allah s.w.t. dan sunnah Rasululllah S.A.W., amat jelas bahawa perjuangan PAS merupakan hanya untuk meraih sokongan politik, termasuk undi Bukan Islam dan Bukan Melayu. Kemampuan memperkukuhkan kuasa mejadikan cara menghalakan matlamat.
Bagi PAS, keghairahan "Membangun bersama Islam" hanyalah setakat slogan semata semata kerana parti politik ini nyata gagal melaksanakan apa apa kebaikan dan kemajuan bagi umat Islam dan proses meningkatkan syiar dan syariah Islam, walaupun sudah berkuasa dalam 2 negeri iaitu Kelantan sejak 20 tahun yang lepas dan Kedah pada PRU 12 yang lalu. Perkembangan ini wajar menjadi pertimbangan bagi semua umat Islam agar tidak lagi dipengaruhi emosi dan idealism berasaskan janji yang sebenarnya tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam kepelbagaian dunia moden hari ini.Sedang Kelantan negeri yang telah mereka kuasai sekian lama tidak dapat ditakbir dengan baik dan kebajikan yang dijanjikan kepada rakyatnya hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir saja.Sedangkan masalah Air Bersih keperluan harian rakyat pun tidak dapat dilaksanakan sejak sekian lamanya.Pada Ee orang2 PAs hanya tahu mencari kesalahan pemimpin UMNO saja sedangkan perkara yang kecil pun tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.Mereka hanya tahu berceramah 24 jam sedangkan amanah yang diberi rakyat tidak dilaksanakan dengan jujur.
Dalam soal mengata bahawa pemimpin UMNO tidak bermoral dan pelbagai tuduhan tidak berasas, ini saja yang menjadi kelebihan pemimpin PAS.Sedangkan mereka sendiri terkapai-kapai mencari fatwa bagi menghalalkan apa yang pemimpin mereka buat untuk menutup aib sendiri depan "Penyokong Taksub Lurus Bendul" yang menjadi kebanggaan parti PAS.Jika sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, minum arak, kaki perempuan..Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya PAS tidak cukup ilmu dalam nak membimbing wakil rakyat sendiri kepada kehidupan telus, jujur dan berpolitik ikut cara Islam.
Pada Ee pendedahan oleh The Malaysian Insider yang mendedahkan ADUN Melor ada kemungkinan memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk bekas isteri DUN Melor tuntut RM3 Juta.Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.. Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.
Pada Ee tidak mengapalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma Ee harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya..
KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.
Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.
"Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.
Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.
"Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.
"Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat," katanya.
Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.
Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.
Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.
Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.
Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.
Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.
Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616
undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.
DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.
The Malaysian Insider.
Ee sebenarnya tidak faham mengapa PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam sanggup menjadi Munafik dalam banyak hal.Apa yang mereka perjuangkan selama ini sebenarnya hanya Retorik semata.Mereka sanggup menghalalkan apa saja dan menolak mentah-mentah apa yang ada dalam Al Quran dan Hadis dengan membelitkannya dengan mengunakan Kain Serban yang dililit diatas kepala.Inilah kelebihan PAS yang tidak dapat dinafikan..mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat untung.
Pada Ee PAS dilihat semakin melonggarkan ikatan mereka dengan Islam selepas membuang perjuangan asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Isu Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk menambah lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri Kelantan membuktikan bahawa PAS sanggup mengikut telunjuk rakan sekongkolnya DAP.
Sehingga artikel ini ditulis, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.Pada Ee selama lebih 20 tahun memerintah di mana semangat Membangun Bersama Islam,"Kosong Sekosong Bendera PAs, yang ada lebih ramai anak muda tidak menutup aurat,Pelacuran,Semakin ramai yang buang anak dan bunuh anak di Kelantan, naik motosikal lelaki dan perempuan ke hulu ke hilir memalukan rakyat negeri Serambi Mekah.
Pada Ee bukan kecil-kecil anak pengorbanan yang sudah dibuat PAS, sampaikan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan membina negara Islam pun PAS sanggup humbankan dalam longkang demi DAP.Apa saja yang digertak dik Karpal mereka diamkan macam "Ular Sawa Melengkar Kekenyangan Lepas Baham Babi Sekor" tunggu masa saja untuk dipukul dengan buluh dik Tauke-Tauke Cina DAP.Pada mereka HamPAS2 rela dipijak kepala dik Tauke2 Cina DAP dari bersama UMNO dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa..Apa yang ada dalam kepala otak mereka hanya kuasa..Agama hanya topeng dan Bangsa pergi mampuslah..Yang penting kuasa..
Menurut Karpal Singh DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya,dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Semua kata-kata ini dikeluarkan sewaktu Karpal mengamuk sakan bila mendapat tahu bahawa PAS berhasrat menutup pusat hiburan sewaktu bulan ramadan yang lepas di Kedah.Begitu juga sewaktu Nik Ajis nak laksanakan Hudud di Kelantan.
Pada Ee sahlah bahawa PAS selama ini telah berbohong dan menjadi Munafik apabila mengatakan kononnya DAP semakin faham tentang Islam setelah menerima tarbiyah dan dakwah dari mereka.Pada pendapat Ee Pemimpin-pemimpin PAS sanggup berbohong kepada penyokong-penyokongnya sendiri agar mereka dapat menerima kerjasama yang dijalinkan oleh PAS dengan DAP yang terkenal dengan sikap anti Islamnya dan yang lucunya penyokong mereka hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja namun nak membantah telor kecut..
Pada Ee biarpun Manoharan sudah meminta maaf dalam isu Penukaran Bendera Malaysia jika berkuasa kelak namun kedangkalan sebagai seorang pemimpin untuk menyentuh soal pengorbanan rakyat negara terdahulu mencipta sejarah sehingga terbentuknya Malaysia dan terciptanya bendera negara kita, ia adalah satu kebodohan yang nyata.Dalam soal ini apa yang Ee lihat pemimpin2 PAS tidak langsung berani bersuara.Begitu juga hasrat DAP untuk mengurangkan kaki tangan awam dalam pentadbiran jika mereka berkuasa.Perkara2 ini mereka anggap remeh temeh tapi bagi rakyat ianya merupakan satu isu yang besar yang harus diberi perhatian.
Ee ingin bawakan laporan Harakah Daily yang dipetik: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN dan bukannya Jalur Gemilang.Pada Ee PAS lebih memalukan dan menghina Islam sendiri kerana cuba melembutkan hati kemarahan rakyat terhadap DAP dengan kenyataan kononnya mereka ingin mengalahkan Barisan Nasional bukan menukar Jalur Gemilang.
Pada Ee Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS "langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam".Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara UMNO dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.Pada Ee ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan UMNO, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.
Pada pendapat Ee tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Pada Ee UMNO sentiasa Istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan UMNO. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik.
Ee nasihatkan sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi "Pak Angguk" kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi "Pak Angguk" untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.
Pada Ee Politik biarlah politik maruah agama dan bangsa wajib dipertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir... Janganlah kita Terpedaya untuk menjerumuskan diri dalam kancah politik dajjal pembangkang yang penuh dengan tipu daya, fitnah, menjatuhkan umat seagama..... walhal bangsa lain seronok menantikan kejatuhan kita akibat dari sikap bangsa kita sendiri....Renung2kanlah..
Thursday, 24 November 2011
PR PEMBANGKANG BUTA TULI
Tuduhan pembangkang kononnya 'Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011' yg dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar. Rang undang2 tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata. Kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yg dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yg digariskan undang2.
Selain itu, sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang2 meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu. Jadi terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang2 ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. Undang2 ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang2 sedia ada.
Nampaknya, walau bagaimana murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap akan bangkang membuta tuli, dan sudah pun memukul canang bagi memburuk2kan undang2 yg baru ingin dibentangkan. Sebenarnya di bawah rang undang2 baru itu nanti, pihak polis yg selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas. Serentak dengan itu, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yg kekal hanya hukuman denda bagi mereka yg masih berdegil melanggar undang2.
Sementara itu, ketika membuat bacaan kali kedua rang undang2 tersebut Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, walaupun ia digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira. Katanya, jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.
Mungkin juga, pemimpin pembangkang memang lebih suka membuat huru-hara & kacau-bilau dengan mengadakan demonstrasi dijalan2 seperti depan Sogo & depan Masjid Kg.Baru. Ini kerana dengan adanya rang undang2 ini, maka demonstrasi jalanan tidak lagi dibenarkan. Bila hendak suarakan sesuatu atau mengadakan demonstrasi, maka perlu secara tertib, ikut peraturan kerana sudah disediakan satu ruang yg luas untuk berhimpun & suarakan pendapat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penyokong PAS tendang B tendang A tendang B tendang I maka masuk dalam pinggan kunyah tanpa usul periksa semuanya halal ..
Akibat daripada perpecahan Melayu, kekuatan Melayu di negara ini sudah tiada. Walaupun terdapat tekanan yang semakin lantang menuntut Kerajaan memperkasakan hak-hak keistimewaan Melayu oleh pertubuhan-pertubuhan pro Melayu tetapi sebenarnya, tangan dan kaki Perdana Menteri Najib Razak telah terikat.Ini kerana orang Melayu itu sendiri tidak mahu diperkasakan hak-hak keistimewaan mereka dengan mengikut segala telunjuk dajjal pembangkang terutama PAS dan PKR dengan pelbagai fitnah dan propaganda.Pada Ee PAS dan PKR merupakan petualang sebenar bangsa Melayu yang tidak mahu melihat anak bangsanya jenarasi akan datang mentadbir negara, apabila mereka merelakan diri mereka diliwat oleh DAP.Ini semua kerana sikap ahmak yang keterlaluan pemimpin2 PAS dan PKR untuk berkuasa.Agama dan Bangsa sanggup digadaikan asal matlamat mereka menjatuhkan UMNO berjaya.Busuk dan menjijikan...
Ee merasa benar-benar lucu apabila PAS dalam banyak ceramah kepada penyokong mereka mendakwa DAP sudah menerima perjuangan negara Islam PAS,hakikatnya Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara tersebut.Ee bawakan dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin pemimpin PAS yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.Yang Ee rasa pelik untuk menutup kelemahan mereka pemimpin Pas hari ini mendakwa kenyataan Pengerusi DAP itu hanyalah satu pandangan peribadi dan haknya untuk bersuara.Inilah saja yang mampu pemimpin PAS putar belitkan untuk menyedapkan hati para penyokong setia dan sentiasa menjadi Pak Angguk dalam apa jua keadaan.Alangkah bodohnya mereka para penyokong PAS tendang B tendang A tendang B tendang I maka masuk dalam pinggan kunyah tanpa usul periksa semuanya halal bagi mereka.
Pada Ee Walaupun pandangan peribadi tapi kita kena tengok kapisiti individu yang bercakap iaitu Pengerusi DAP Malaysia yang secara jelas bukan satu pandangan peribadi. Sudah pasti ini pendirian sebenar DAP berkenaan Negara Islam.Ee berpendapat tidak perlulah nak putar belit. PAS tidak mampu untuk menipu rakyat khususnya penyokong mereka sepanjang masa..zaman dah berubah..hakikatnya ramai penyokong PAS yang keluar meninggalkan perjuangan mereka yang sia-sia.
Pada Ee jika Nik Ajis mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame muslim?.. Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti".Ini berlainan dengan kaedah Nik Ajis yang sanggup menghalalkan mencarut,memfitnah,berkasar, mengumpat,mengata,merusuh dan sanggup mendoakan kecelakaan sesama seagama.Pada Ee Nik Ajis tidak lebih seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" sepatutnya orang tua seperti Nik Ajis yang kononnya bergelar ulama' mendidik jenerasi muda agar menjaga tingkah bukan sebaliknya.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Pas, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam?.. Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam UMNO yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya...
Apa yang Ee pelajari selama ini tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesama Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Ajis, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Ajis yang memimpin jemaah PAS?..Pada Ee jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan di dalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah yang bermaksud:
"Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?Dan Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 bermaksud :"Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam)".
Ee berpendapat PAS tidak suka kepada UMNO dik kerana UMNO tidak mahu memperjuangkan Negara Islam dalam agenda perjuangan parti UMNO sejak 53 tahun lalu, tetapi apabila sahabat sehidup semati PAS iaitu DAP dan Karpal Singh serta Lim Kit Siang turut menyatakan bahawa mereka tidak selesa dan tidak bersetuju dengan agenda penubuhan Negara Islam, maka selepas 30 tahun PAS terus menukar dengan serta merta perjuangan Negara Islam mereka kepada perjuangan Negara Berkebajikan sepertimana yang dikehendaki DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang… Siapa Mursyidul Am PAS sebenarnya?.. Siapa Presiden PAS sebenarnya?.. Siapa Dewan Ulama' PAS sebenarnya?..Nabi saw sendiri melalui hadisnya meminta agar hukum hudud jika boleh jangan dilaksana terhadap kaum muslim.Hanya HamPAS yang beria-ria sangat untuk melaksanakan dengan tergesa-gesa..Pada Ee berkenaan isu Hudud ini jika hendak dilaksanakan seeluknya hendaklah dikaji secara terperinci agar ianya tidak menzalimi kaum Islam itu sendiri.Pada Ee ini bertepatan dengan saranan Nabi saw.Ee ingin terangkan tentang hadis Nabi saw yang melarang hudud dilaksanakan kepada kaum muslim.
Hadis nabi mengenai Hudud. Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw yang bermaksud:
"Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan". Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).
Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'. Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda' (Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A'isyah, Ali dan Ibn Mas'ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas'ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)
Pada Ee rakyat sudah tertipu dengan dakyah dan perjuangan PAS selama ini. Terbukti bahawa PAS hanya inginkan undi dan sokongan umat Islam dan bangsa Melayu tanpa menghiraukan akan maruah dan kesucian Agama Islam itu sendiri… Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam, maka PAS harus kembali memperjuangkan Negara Islam tanpa menghiraukan apa sahaja kritikan DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.Ee anggap bahawa sekiranya PAS menolak Negara Islam dan mengambil Negara Berkebajikan sebagai perjuangan utama mereka, maka ia menampakkan PAS tunduk,sujud, menikus dan mengikut telunjuk DAP..Sedarlah!..Jangan ikutkan segala bisikan dajjal2 pembangkang.. Bersatulah! dalam memertabatkan Agama dan Bangsa bersama 1 Malaysia..Renung2kanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.