Followers

Saturday, 14 July 2012

TAHNIAH SABAH

Nahhhhh! Apa tidak bangga. Hari ini. Pasukan Golf Sabah, memboloti semua pingat emas yang dipertandingkan dalam SUKMA 2012.

Tahniah BP ucapkan pada pasukan golf Sabah. Sabah boleh bah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 11 July 2012

BILA ANWAR UMRAH???

BP menjejak lagi cerita kesahihan DSP Lajim bakal menunaikan ibadah umrah kononnya minggu depan. Sumber pertama BP sudah dengat bahawa Janang Gayuh itu berangkat menunaikan umrah pada 1hb julai yang lelas. Insyallah dijangka kembali esok bersamaan 12hb Julai 2012. Sumber ini BP perolehi dari rakan yang juga warga kawasan Beaufort.  Itu yang BP pelik baca tulisan MyMassa mengatakan DSP Lajim dikejar oleh Anwar bersama sama bakal mengerjakan umrah bersama. Takkan baru balik umrah nak pergi lagi dalam masa sesingkat itu.

Soalan BP, Anwar ada beranikah mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini? Tolong sahihkan cerita ini.

Monday, 9 July 2012

ORANG SABAH LAGI TAHU

BP ada membaca 1 artikel yang ditulis oleh MYMASSA berkaitan Anwar mengejar DSP Lajim. Itu dia punya pasal. sebab memang sudah lama, Anwar ni berangan-angan dan bercita-cita ada MP melompat menyokong dia, bukan sekali ini .. sejak selepas PRU ke-12.  

Cerita kes anwar membubut DSP Lajim dari  KL hingga ke sabah, kali ini mau bubut lagi semasa mengerjkan ibadah Umrahpun BP tidak kisah. itu urusan pribadi mereka berdua. BP tidak akan buat sebarang andaian , andai ia buruk, jawablah kedua mereka di akhirat kelak. Andai perjuangan pribadi tetapi menjual nama perjuangan rakyat, menjawablah di hadapan Allah swt kelak.

Soalan BP hanya, tulisan Mymassa menegur atau lepaskan marah kepada DSP Musa Aman itupun BP tak kisah. tetapi yang BP jadi berminat, tulisannya berkaitan tuduhan :

Dalam hal ini, biarlah Mymassa marah-marah sikit kepada DSP Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Lajim tidak akan berpindah kepada Anwar jika tidak ada sebab. Demi kelangsungan politik, Musa tidak sepatutnya menahan projek-projek kepada Majlis Daerah Beoufort, Musa tidak sepatutnya menahan projek penanaman padi di Beoufort, Musa juga tak sepatutnya menghalang projek-projek parlimen di Beoufort. Peruntukan dan pembangunan itu perlu dilancarkan kerana ianya untuk kemudahan rakyat jelata juga. Musa Aman kena berfikir dua kali sebelum menghukum Lajim sebegitu rupa, tidak perlu menghantar Datuk Azizah Mohd Dun untuk menjatuhkan Lajim, kerana senioriti Lajim dan pengorbanan Lajim lah dahulu yang membolehkan juga Musa Aman menjadi Ketua Meneteri.Jika semua dihalang, bagaimanakah Lajim mahu membantu rakyatnya di Beoufort?

"Menahan projek-projek di Beaufort? Majlis derah Beaufort? bagaimana projek melalui Pejabat Daerah? BP baru sahaja menerima info 2 bulan lepas, cabutan pelaksana projek kelas F dilakukan untuk daerah beaufort. Semuanya projek yang melibatkan peruntukan yang besar untuk pembangunan dan kemudahan rakyat kawasan daerah Beaufort.

Kenapa melihat hanya projek kawasan daerah Beaufort semata, Kawasan parlimen Beaufort melibatkan juga daerah Kuala Penyu.  BP baru sahaja pergi ke kawasan Kuala Penyu sambil meninjau ada perubahan kelihatan atrau tidak daerah tersebut. salah satu yang BP lihat adalah bverlakunya membangunkan projek direct kepada rakyat iaitu rumah PPRT yang sedang rancak dibuat.  Mayb yang dikatakan penahanan projek itu adalah projek yang ditangguhkan kerana permohonan baru , belum ada peruntukan yang boleh digunakan untuk itu. 

Berkenaan dengan tuduhan menghantar Datuk Azizah untuk menjatuhkan DSP Lajim ini. MyMassa hanya mendengar cerita sebelah pihak iaitu DSP Lajim sendiri. Itulah tuduhan yang dilakukan oleh orang-orang DSP Lajim selepas PRU ke-12 lalu , atas sebab apa. kerana Datuk Azizah dengan beraninya bertanding bagi kerusi Ketua UMNO Bahagian Beaufort sebagai balasan pribadi kerana menyatakan DSP Lajim telah menghantar orang-orangnya mengganggu jawatannya sebagai Ketua wanita UMNO bahagian Beaufort semasa pemilihan berlaku. Semua berada dalam kawasan beaufort mahupun kawasan berhampiran sudah faham pergolakan antara kedua pemimpin ini. Ianya sebenarnya pergolakan pribadi keduanya.

Persoalan gangguan yang dikatakan dilakukan oleh DSP Musa ke atas datuk Lajim melalui Datuk Azizah telah dijawab oleh DSP Musa sebelum ini. Beliau mengatakan tidak pernah mengganggu apa lagi mendorong Datuk azizah melawan DSP Lajim. Pernah menasihatkan kedua pemimpin agar berbaik-baik untuk kesejahteraan dan perjuangan rakyat kawasan.

Nasihat BP, untuk bertindak adil, MyMassa perlu merujuk juga DSP Musa Aman tentang tuduhan tersebut sebelum memintanya berfikir dua atau 3 kali konon mendera Janang Gayuh ini. Demikian juga berkaitan Datuk Azizah. kemukakan soalan berkaitan untuk menjawab persoalan sebelum membuat penulisan. 

Walaupun Lajim tidak ada hati bersama PKR, kerana Lajim sudah bersedia dengan parti barunya, logo dan bendera parti baru juga sudah disediakan di rumahnya

Hal  Parti baru ini. BP dengar sudah dari awal tahun lagi. SPF Sabah People Front. Sebelum ini sudah berkibar benderanya dari kawasan Kinarut sehinggalah ke kawasan Beaufort serta terjangkit sedikit kawasan Lumadan. Namun ia berhenti begitu sahaja. Ada Parti baru lainkah lagi? 

Nasihat BP masalah seperti ini, elok biarkan ketiga pemimpin duduk semeja, berbincang dan mengambil kata sepakat. Membuat pertuduhan melalui orang ketiga atau selebihnya ianya hanya mengundang penggunaan perisa menyedapkan suasana semata. mungkin ada juga mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam suasana panas lagi perit ini  untuk keuntungan pribadi. BP kata mungkin dan ia tidak mustahil terjadi. Andai benar perjuangan untuk rakyat, kenapa tak mahu membuat pengorbanan untuk bersama-sama membuat perjumpaan? Kenapa menggunakan saluran lain. Dalam soal isu sebegini, BP melihat yang asyik mencanang menghentam DSP Musa mahupun Datuk Azizah adalah orng-orang menyokong DSP Lajim. Sedangkan pihak keduanya buat tidak melibatkan diri dan membiarkannya. 

Nasihat BP pada sesiapapun orang LUAR, elok kita jadi pemerhati sahaja. Usah mengeryuhkan keadaan dengan membuat pelbagai andaian yang bukan menyelesaikan masalah, menambah lagi kepanasan dan ketegangan.

BP doakan semoga perjalanan peribadatan UMRAH DSP Lajim minggu depan berjalan seperti yang diniatkan. Semoga kembali ke tanah Air segala persoalan, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara kebijaksanaan sebagai pemimpin yang orang segani dan hormati. Jangan kerana masalah peribadi, rakyat diseksa dengan persoalan. Ingatlah, sebagai pemimpin, kita tak akan berdiri di atas tanpa diangkat oleh pengundi. Jangan jadikan pengundi hanya sebagai alas atau tangga untuk kita meniti ke atas. 

Anwar Ibrahim tu, tidak perlu dipersoalkan. dia selagi tidak duduk di kerusi No 1 Malaysia. Tidaklah nampak mata hitamnya .

Sunday, 8 July 2012

SEGANDA DIUMUM! TAU-TAU DUINA.. CAKAP BESAR SAJA #GUDBYEPKR

Adeh.. Ndak sudah-sudah mau hebohkan jumlah yang PALING BESAR. Bukan sekali dua tau perangai penulis Musli oli ni buat cerita semua serba MEMBESAR KUANTITINYA

Semalam BP memang baca dia punya status di tweet. Pasal kemasukan ahli UMNO kinabatangan konon 100 orang di dewan Hakka. BP terus menghubungi rakan di sana untuk memastikan cerita sebenar.

100 orang konon! Sekalinya hanya beberapa orang pengikut en.Mustapa Tambuyung! Adakah beberapa orang itu mewakili 100 orang? ( Dapat list nama orang terlibat . BP post kalau ndak percaya)

Macam cerita BERSIH 3.0 di padang KK. Penuh konon bandar KK dibanjiri penyokong BERSIH. Walhal kawan BP ada di sana siap hantar gambar lagi. Sangsara itu punya cerita. Mana penuh KK penyokong banjir. Itu bandar tempat orang shopping bah. Ramai-ramai tidaklah memenuhi bandar. Jangan mau menipu. Bikin malu.

#BNBAH
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 3 July 2012

PEMBANGKANG MAU CAKAP INTEGRITI? Heheheheheh

Bagus juga di Anwar pasang si jambu baru Rafizi ni. Boleh dibodohkan ja ini 'jelama' (manusia) mana kena suruh, itu dia buat. Dah kantoi cerita hanyalah auta, naaaahhhh ndak kali lagiiiii!

Rafizi hanya mampu terdiam bila projek projek besar berbilion ringgit semasa Anwar menjawat sebagai TPM dibongkarkan oleh blogger Mymassa.. Cabaran demi cabaran dibuat agar rafizi mendedahkan sekali perangai Bossnya yang mengamalkan sikap kronisme semasa menjadi TPM..

Seperti yang kita duga, Rafizi hanya berani bercakap untuk permulaan sahaja, apabila ianya sudah membabitkan rakan-rakan Anwar seperti Kamarudin Jaafar, Rafizi tak sangka rupanya itu amalan Anwar Ibrahim sejak dahulu.

Rakyat Malaysia yang lain Tak Dapat Ker, Asyik Kamarudin Jaafar ?

Di Sabah pun Nak Kaut Ker? Orang Sabah Mesti Marah!!!

Anda harus ingat, Anwar beri Kontrak kepada Kamrudin Jaafar bukan sahaja dalam LRT di bandaraya Kuala Lumpur, di Sabah Shipping Syipyard di Labuan pun Anwar berikan kepada Kamarudin Jaafar. Semua ini Rafizi tidak tahu, sebab dia masih berhingus ketika itu.

Sebab itulah bila dia diarah oleh Anwar mendedahkan projek LRT Kuala Lumpur baru-baru ini, Prasarana Sdn. Bhd. telah menjawabnya dan PM juga sudah menjawabnya

Kalau mau cakap pasal amanah. Ini PKR awal-awal lagi tidak nampak amanahnya. Masa berkuasa, semua dikerjakan. Pembangkang sabah apa kurangnya. Dari si jeffrey kitingannya sampai si YTL. Ndak berguna bilang orang tua.

BP mau kata, pembangkang, jangan mimpilah!!!! Pembangkang ini cuma saudagar mimpi. Bila terjaga, tiada sudah. Macam sisa makanan celah gigi, selepas dicungkil, selesai tiada sudah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 25 June 2012

SIAPA KATA ORANG SABAH SEMAKIN TOLAK BN?

Tahniah penduduk Kuala Abai Kota Belud yang menyertai UMNO hari ini dengan menyerahkan sendiri borang keahlian mereka kepada ketua UMNO Bahagian Kota belud Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak pagi ini.

Siapa bilang rakyat sabah menolak BN sekrang? Ini kenyataan dilaungkan oleh mereka yang mahu cari popular murahan saja! Dan ada juga mungkin orang yang 50-50 belum berani terang-terang mengaku mau LOMPAT lagi. Tapi tindakannya sudah boleh dibaca, dia memang mahu berbuat demikian kalau namanya tidak diumumkan.

Pagi inipun BP tengok 1 wall di FB. Kena cop orang orang kawasan yang terkena batang hidung sebagai Wall 'pisang goreng panas' siap pakat kempen, jangan layan wall tu. Tapi yang peliknya dari kelmarin nama tu jugalah yang asyik buat komen menghentam individu yang buat posting. Almaklumlah, terasa bah juga tu bila mungkin si BOS nyalah yang kena sindir tu.

Apapun tahniah sekali lagi UMNO kota belud dengan penambahan penyokong BN seramai 178 Kuala Abai DUN Usukan hari ini. Antara bukti orang Sabah tidak menolak BN

Ps: ini pict ehsan dari sahabat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 23 June 2012

TAKUT BAYANG SENDIRI TERUS PLAN TERJUN KAPAL.

SIAPA AGAKNYA YANG DIMAKSUDKAN OLEH DSP SALLEH TUN SAID, ORANG YANG HANYA SEBELAH KAKINYA DALAM BN. BETUL DAN SAYA SETUJU DENGAN DSP SALLEH, KALAU BERJUANG BIAR JELAS, JANGAN BERSEMBUNYI SEBALIK AWAN, AKHIRNYA ORANG NAMPAKNYA BILA AWAN BERARAK PERGI, DUA-DUA KAKI SUDAH PINDAH PERAHU JENAMA LAIN. TAPI BN NI IBARAT KAPAL YANG BESAR, YANG PERGI PASTI RUGI, KAPAL BN TETAP BELAYAR JUGA.....SEKADAR PANDANGAN ORANG DULU-DULU

BP boleh agak, tapi malas mau ucap. Sebab ada rakan FB walau tidak disebut, semua sudah orang tahu. Apa lagi yang duduk di kawasan itu, panas hanya pada berjawatan. Rakyat biasa hanya memerhati, tapi jangan sangka dorang tidak menilai. Sebab kuasa memangkah di tangan pengundi.

Jangan kata, ulasan pribadi, dianggap mewakili keseluruhan. Sebab peluang berjumpa seorang demi seorang seluruh kawasan, bukan setiap masa. Yang banyak mengikut, orang-orang kuat. Yang kuat membodek satu hal, yang kuat mengampu satu kes, yang kuat mengangguk satu perkara lagi.

Sebab BP kata macam tu, dalam 10 yang ikut kita, belum tentu seorang berani bersuara jujur kalau kita ini berkuasa. Bukan apa, kalau berkata yang jujur , menongkah arus, nahhhh ini kali hubungan ada potensi akan putus. Kalau biasa dapat 10, lepas tu zeropun tidak ada.

Macam DSP Salleh cakap. kapal BN kapal besar. 1 terjun, kapal ndak akan bergegar bah. Sebab anak-anak kapal masih banyak membantu. 1 hilang ada ganti seribu. Jawatan ni bukan milik mutlak, bila masa tiba, kita berserah pada takdir dan kembalikannya pada yang berhak.

Nasihat BP, kalau melompat, tengoklah kaki. Kalau melangkah, tengoklah kaki. Jangan sampai tersungkur , biasanya itu terjadi pada yang tamak.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ukur dulu bah saiz badan. Adakah baju yang diimpikan berpadanan dengan badan. Walau nafsu geragas ( terdesak) mau pakai. Kalau besar boleh diketat. Kalau ketak nampak macam nangka mau melatop!

Kalau takut dengan bayang-bayang. Jangan berdiri melawan terang.

Ps: BP tengok banyak juga kawasan tidaklah seHOT ini 1 kawasan. Berebut-rebut pasang bendera. Macam sudah pilihanraya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.