Followers

Sunday, 25 September 2011

Semangat memperjaungan kemerdekaan perlu disemai dr peringkt awal lagi

Oleh: admin

Rasa kecintaan kepada kemerdekaan perlu dipertingktkan. Saya melihat ada segelintir golongan belia yang hidup srba mewah sudah lupa dengan tggjwb mereka. Mereka seolah-olah meletakkan tanggungjwab ini hanya perlu dilakukan oleh org yag memerintah.

Soal kecintaan ini bukan sahaja perlu diserahkan oleh pendidik semata tetapi peranan ibubapa sangat penting. M$langnya akibat mengejar kesenangan , peranan tersebut diabaikan. Salah siapa. Jom kita renubg2kan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 19 September 2011

SEMAIKAN KeCINTAAN SEJARAH PErJUANGAN DALAM USIA MUDA

Oleh admin

Hari ini UMNO Bahagian Sipitang mengadakan Majlis Sambutan merdeka bersama pemimpin dan pejuang veteran dengan meraihkan pesara semua bidang sempena mengenang jasa mereka berkhidmat untuk negara

Majlis tersebut di adakan di dewan serbaguna Beaufort. Pesara seramai 5 ratus lebih telah datang memeriahkan majlis penghargaan tersebut.

Penglibatan 3 generasi dalam majlis tersebut memberi impak positif. Bahawa siapa mengatakan bahawa golongan emas tidak mampu bergabung sama dengan generasi baru dalam menjayakan program julung kali tersebut.

Persembahan deklamasi sajak perjuangan diiringi kior dan pentarama oleh kelab setia SmK gadong memberi gambaran bahawa generasi muda tidak lupa pada sejarah.

Sebayak 5 ratus lebih tandatangan membantah tindakan mat sabu mengangkat komunis sebagai pejuang negara telah berjaya dikutip dari kalangan pesara yang hadir dan memorundum tersebut diserahkan sendiri oleh YB datuk Sapawi kepada OCPD IPD beaufort disaksikan oleh kepimpinan UmNO bahagian, Puteri. Wanita dan Pemuda.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 17 September 2011

RAYA MERAPATKAN HUBUGAN SILATuR RAHIM : YB KAMARLiN

Oleh admin

Majlis rumah terbuka anjuran ADUN N27 lumadan bersama persatuan bisaya sabah yang diadakan di dewan lupak Beaufort dikunjungi oleh hampir seluruh masyarakat bisayan memenuhi ruang dewan tersebut

Walaupun berbeza kawasan namun gabungan majlis ini memberi peluang masyarakat dua bersama2 menikmati musim hari raya dan sekaligus merapatkan lagi hubungan silatur rahim antara kaum. Memandgkan bukan sahaja kaum bisaya malahan melihatkan kaum lain sama sama memeriahkan majlis


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEMANGAT PROVOKE

Henti hentikanlah SAPP . Ina tahu ini sebagai provoke je. Orang lain bersemangat pacakkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia. Ini pacak bendera SAPP merata tempat ni untuk menunjukkan strategi mengundang isu agaknya

Jangan mimpi provoke korang tu jalan. Nasibler majlis perbandaran @ majlis daerah longgar je, malas nk buat isu. Kalau tak tk sampai 10 minit bendera tu lesap. Apapun buatlah provoke yang lebih matang

Kalau rasa ini semangat rakyat Malaysia, awak sudah salah benderalah BRo. Bendera Malaysialah pakai!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 30 June 2011

TERIMA KASIH YAB PM -SIPITANG

oleh Admin

Penantian dan harapan yang diperjuangkan sebelum ini berakhir dengan kelegaan apabila YAB Perdana menteri Malaysia yang berkunjung ke Sipitang sempena walkabout dan melancarkan esplanad serta merasmikan festival GATA 2011 apabila mengumumkan meluluskan 2.7 juta untuk membuat bumbung di gerai Esplanad yang sesuai menghadapi masalah ditiup angin ribut serta meluluskan pembangunan semula IPD Sipitang dengan nilai minima 30 juta. Pengumuman itu mendapat sorakan gembira warga Sipitang yang berada sama ketika pengumuman itu dibuat.

YAB PM juga mengatakan bahawa himpunan BERSIH bukanlah himpunan yang bersih seperti mana didakwa oleh pengerusi himpunan tersebut. ia mempunya agenda sendiri. Malahan ucapan YAB PM mendapat sambutan sokongan sepenuhnya yang hadir bahawa mereka enggan menyertai Himpunan BERSIH kerana kesetiaan kepada perjuangan Barisan Nasional yang banyak memperjuangkan negara.

p/s: tidak faham apa perjuangan ambiga . hakikatnya 3 tahun lepas ambiga sdupun menemui pengerusi SPR berkenaan hal ini. dan dia telah memperakui hal ini. ini buat hal pula. memang dasar syaitan manusia dia ni

JANGAN MEMBUDAYAKAN AMALAN SATE: YAB MUSA AMAN

oleh: admin
Sewaktu menghadiri Pelancaran Esplanad dan Perasmian Festival GATA 2011 di sipitang, suasana sangat sesak dengan kehadiran pengunjung dari plbagai tempat termasuk Sarawak dan Brunei yang membajiri Daerah Sipitang memperlambatkan perjalanan luar dari kebiasaan. Keadaan ini mulai berlaku setiap 2 tahun bermula 2003 lagi. Tetapi kali ini jauh lebih meriahnya memandang perasminya adalah YAB Perdana Menteri Malaysia. Berpeluang bertanya penduduk di sana. Mereka mengatakan acara 30 tahun sekali kunjungan PM ke Sipitang, sebelum ini Tun Mahatihir ( pakcik itu menyebut bukan Tun Tetapi Datuk Dr Mahatihir- biarlah janji dia tahu apa yang dikatakannya)

Hujan lebat dan diselangi renyai tanpa hentinya tidak menghalang orang ramai setia menanti ketibaan tokoh kesayangan mereka. Apa lagi, saya juga seperti mereka sekejap kembangkan payung, seketika kuncupkannya semula, mengikut keadaan cuaca. 

Ketika mendengar ucapan YAB Datuk Musa Aman, ketua menteri Sabah. Antara kandungan ucapannya yang menarik perhatian saya, perkataan SATE. YAB Ketua Menteri memuji makanan Sate di Sipitang adalah terbaik dan sangat enak dimakan. Ia menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang berkunjung di sipitang. Tetapi yang powernya. peringatan kepada kepimpinan barisan Nasional di sipitang. Jangan amalkan Budaya SATE. wow!

"Potong memotong, cucuk mencucuk, kipas mengipas, bakar membakar. Amalan politik sedemikian tidak mendatang kebaikan kepada masyarakat" adui terpesona mendengar ayat tersebut, hormat dengan kenyataannya yang sangat tegas. Sesiapa yang melakukannya memang pedas dan berdesinglah telinga kena batang hidung.

P/s: amalan SATE sepatutnya sudah ketinggalan zaman tetapi sememngnya masih diamalkan. mengharap budaya ini dihentikan untuk kepentingan agama , bangsa dan negara

Sunday, 5 June 2011

DARI RAKYAT KEPADA BERJUANG DEMI RAKYAT – YAB DS MUSA AMAN

Oleh : Admin

Sistem yang terkandung dalam perjuangan UMNO yang membantu UMNO Kekal dengan begitu lama dan sentiasa relevan membuatka parti keramat ini sentiasa berada dalam keadaan yang sangat baik. Seluruh kepimpinan UMNO, digesa untuk bersiap sedia membentuk jentera untuk menghadapi PRU yang akan tiba.

Dalam ucapannya sempena ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kudat , beliau menyatakan UMNO Dan BN Sabah berada dalam keadaan baik serta ekonomi yang stabil , serta menyeru dan meminta seluruh ADUN Dan MP untuk turun padang untuk berjumpa rakyat untuk mengetahuinya masalah yang dihadapi oleh rakyat bagi memudahkannya kerajaan menyalurkan Peruntukan Demi keperluan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional Sabah sentiasa berjuang untuk kebajikan masyarakat Sabah.

Ketua menteri Sabah telah mengumumkan perkara yang telah menjadi tuntutan masyarakt Sabah iaitu Permohonan rakyat yang tinggal di kawasan reserve yang sekian lama, meminta tanah menjadi rakyat diserahkan kepada mereka. Pengerusi perhubungan menyatakan bahawa perkara ini diluluskan untuk rakyat. Kuasa yang diberikan untuk rakyat , maka hak diberi kepada rakyat . Keutamaan kerajaan BN Sabah adalah rakyat. Selaras dengan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Amanah yang diberikan oleh rakyat dilaksanakan sebaik mungkin. Dari rakyat kepada rakyat. Kerajaan bn adalah pembelajaran rakyat, sedangkan pembangkang Ada penemberang rakyat. DS Musa Aman memberi nasihat agar Kurangkan bercakap banyakkan bekerja agar rakyat tahu bahawa pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin yang berada dalam BN Sabah.

Kekalkan permuafakatan Dan bersatu agar sentiasa berada dalam kekuatan yang kukuh. Pengerusi perhubungan telah memperuntukkan 2 ratus lebih juta dalam bajet 2011 untuk golongan belia agar belia mendapat perhatian. Pembangunan untuk belia telahpun dilaksanakan dan ada yang dalam proses pelaksanaan serta sedang giat pembangunannya. Sememangnya selama ini kerajaan Sabah sangat prihatin kepada golongan belia, KerajaanBN sangat peka Dan prihatin dengan kumpulan ini kerana merekalah penggerak serta pelapis kepimpinan Akan datang.