Followers

Saturday, 4 June 2011

MERANGKAK SUJUD JANJI MASIH ADA TEMPAT DALAM PR


oleh : Admin
Sudah dalam jangkaan kepimpinan Pas pastinya dalam kumpulan Endargo Anwar. Wooww! senang ler wan azizah mengurus pas di Sabah kelak kerana pas kini sudah berada di lutut PKR. melepas rasa legalah wan Azizah mentadbir PKR di Sabah kerana diberi bantuan oleh ahli pas.

 Membentuk Negara berkebajikan? Ini bukankah dah berulang kali disuarakan tetapi hakikatnya tiada kebajikan terbela untuk rakyat di bawah PR tetapi kebajikan pemimpin mereka semakin terlindung adalah.
Yang jelas, dengan kenaikan kepimpinan spesis didikan anwar ini, sahlah pembawaan mereka seperti bapaknya juga. Memaki semakin upgrade .. tk peduli yg tersembunyi keluar semua. Salah-salah yang berkopiah dah terbang umpama pelajar habis menerima ijazah melembar ke awan.
Cuma kasihannya.. tak sedar pas ini meminta simpati terhadap big leader mereka DAP agar mereka diberi peluang untuk bertanding untuk akan datang setelah menerima keaibana yang dahsyat membawa pulang 5 telur bulan dari Sarawak.
Nawaituku pada dapku agarku masih memiliki kerusiku pilihanraya akan datang. SAH!!! Sujudku meminta agar dimakbulkan hasratku. Relaku agamaku dikemudian tetapi  kedudukan dalam prmu tetap sama.”
Tahniah kepada pas yang merangkak bersujud di bawah kepimpinan dap dan pkr yang mempermainkan agama Islam. Sesuailah tu dasar perjuangan pas bukan bukan perjuangan syiar Islam pun. Ular tak akan berkawan dengan naga kerana ular tetap bersahabat dengan ular tidakpun dengan biawak

RUJUK SEMULA PERJUANGAN TERDAHULU

oleh :Admin
Datuk sapawi , ketua UMNO Bahagian Sipitang mengajak perwakilan Puteri UMNO Sipitang untuk kembali merujuk sejarah perjuangan pejuang terdahulu untuk mengenali dasar perjuangan yang sebenar. kesedaran terhadap mengenali perjuangan yang sebenar sebagai titik tolak menjadikannya sebagai tapak dan dahan untuk berpaut agar tidak terhanyut dalam arus menyesatkan dunia politik kini.

penguasaan teknologi maklumat oleh hampir seluruh golongan muda mendesak untuk pejuang beriringan untuk memastikan golongan ini tidak tersesat kerana terlalu banyak maklumat yang tiada jaminan kebenarannya.

P/s: meminta agar kepimpinan tinggalkan segala perjuangan keperibadian,. bersatu dalam mencapai kemajuan masyarakat serta Parti. sudah masa semua bangun dari kelenaan yang indah hanya dimiliki seorang diri. Kongsikannya untuk semua. Pesanan .. tolonglah, jangan syok sendiri, demanding dan melihat sahabat sebagai seseorang yang perlu dilawan hehehe mereka juga bakal membantu kita kelak. matanglah, ikhlaslah dalam perjuangan

Thursday, 2 June 2011

MUSLIMAT PAS TUNTUT KERUSI UNTUK BERTANDING

oleh: Admin

sebelum ini, waniat UMNO sering menyuarakan permintaan mereka agar kerusi wanita diberi lebih banyak dari sebelumnya apabila Pilihanraya nanti.  PAS dengan bangganya menuding jari mengatakan bahawa wanita UMNO gila jawatan demikian juga Puteri UMNO. Umur baru setahun jagung, tetapi gila kuasa. Nampaknynya dalm tuduhan dan kesombongan mereka, mereka telah terlupa bahawa berlaku perubahan dalam pasukan mereka sendiri. hari ini, dalam Muktamar PAS, Muslimat PAS telah menuntut kouta 1 kerusi Parlimen dan 1 DUN setiap negeri dalam PRU 13.

Cewah. bagaimana Muslimat PAS di Sabah. Ada sudah calon yang akan dipertandingkan? Pu3 menunggu tindak balas atau sebarang balasan dari suara Muslimat PAS ini.

P/S: walaupun mungkin permintaan ini kelihatan janggal tetapi kita tidak boleh menilaikannya sebagai jenaka selamba. Mungkin kaedah ini adalah satu startegi untuk menutup perjuangan puteri UMNO yang berusaha keras menarik perhatian dan minat golongan belia perempuan Islam untuk menyertai Puteri UMNO.

Monday, 9 May 2011

TERKEDU DAN TERSASUL PULA AKHIRNYA

oleh : Nuryana

risik-risik yang yana perolehi dari kawan yang berada di semenanjung. Jelas pelakon video yang hangat diperkataakan tersebut semamangnya dia. Pernah dikemukakan soalan tersebuat kepada kepimpinan tersebut, tetapi jawapannya hanya “fitnah terbesar” tiada lagi komentarnya seperti kelazimannya jika ada sesuatu perkara dikaitkannya sudah pasti ia akan membawanya ke mahkamah dan kemukakan saman dengan nilai-nilai tertentu.

Sebaik sahaja trio muncul mendedahkan diri, kepimpinan ini terus terkedu. Hilang arah malah hilang kawalan emosi dengan sikapnya menghentam terus wartawan yang kemukakan soalan yang berkaitan. Melenting. Itulah yang berlaku. Wan azizah yang terkenal dengan ketenangannya, kini Nampak kekalutannya. Tiada lagu senyuman lembutnya dengan situasi pembohongannya. Sehingga kini, jam omega yang dikatakan ada padanya tidak pernah ditunjukkan walaupun suatu ketika sebelum ini dikatakan ada padanya. Ke mana jam tersebut?

Sabtu lepas, terpandang pada twitter pemimpin mengatakan “azizah berada di KK” inilah bahangnya apabila presiden PKR tersebut mahu tidak mahu terpaksa menjadi pengerusi perhubungan PKR di sabah setelah penjawat sebelum sentiasa melepaskan jawatan. Bolehlah dijadikan Jawatan “badi”

Petang ini, heboh kekawan apabila pemimpin itu telah mencaci Perdana menteri dengan menggelarnya sebagai “NAJIB IS A REAL PANDAKUTTI” DAN pandakutti atau maksudnya “anak babi” ulasan SUA UMNO Ku Nan menyatakan UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari pemimpin tersebut kerana “tiada gunanya mohon maaf dari ‘orang gila’ kerana perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.

Nota : beginikah pemimpin yang pengikut pembangkang di sabah inginkan, merapu. Hal pribadi belum selesai, hendak memimpin negeri ini pula. Tidak pasal-pasal bukan pembangunan semakin maju, fokus kamurang semua hendak bantu dia pula selesaikan masalah yang dia buat sendiri. Tidak tahu bijak atau bebalnya tindakan itu.

BERI PELUANG KEPIMPINAN UMNO KOTA KINABALU JAWATAN SENATOR

Oleh : admin
Berbeza dengan permintaan kawasan lain. Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu akur dengan ketetapan yang telah diputuskan bahawa kawasan parlimen Kota Kinabalu bukan milik UMNO. Pendekatan usual mereka berbeza dengan mengusulkan agar jawatan senator diberi peluang kepada kepimpinan UMNO mahupun ahli UMNO kawasan tersebut. Ruang itu boleh diguna pakai bagi menyalurkan suara ahli UMNO yang berada di kawasan tersebut. Perkara ini telah diusulkan dalam mesyuarat perwakilan puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

KEMBALIKAN KERUSI MEROTAI KEPADA UMNO

Oleh : admin

Tuntutan kembali kerusi DUN Merotai dizahirkan oleh Pregreakn Puteri UMNO Kalabakan semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian baru-baru ini. Jelas dilihat sekiranya kerusi tersebut tidak dikembalikan kepada UMNO, kedudukan kawasan tersebut terdedah kepada ancaman penguasaan pembangkang atas ketidakpuasan pengundi kawasan yang menuntut agar kawasan tersebut diterajui kembali kepimpinan mewakili parti UMNO.

YAB Perdana Menteri selalu Pengerusi Barisan Nasional sendiri pernah mengumumkan bahawa penilaian calon berdasarkan permintaan akar umbi, calon memenangi hati rakyat. Calon yang menjadi pilihan seluruh pengundi kawasan walaupun ia bukan pemegang jawatan utama dalam kawasan tersebut. Perkara ini merupakan impian masyarakat setempat yang dahagakan perhatian kepimpinan yang berjiwa rakyat.

USUL KERUSI UMNO DI KOTA MARUDU

Oleh : Admin

1 kerusi di kawasan Kota Marudu. Sekali lagi usual ini dibawa oleh perwakilan puteri umno cawangan-cawangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat cawangan bulan Mac yang lepas. Perkara ini disampaikan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO dalam ucapannya semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian tersebut.

Sebenarnya perjuangan menuntut kerusi diberi kepada UMNO ini bukan baru tahun ini sahaja, malahan sepanjang 2 tahun lepas. Perkara sama dizahirkan oleh Ketua Bahagiannya Mohd Fitri @ Wetron Bahanda dalam ucapan ketika perasmian mesyuarat UMNO bahagian Kota Marudu yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Mahyudin Yassin. Permintaan Dan keluhan ahli UMNO. Jelas permintaan itu bukan terhasil dare kepimpinan sendiri tetapi ianya dari akar umbi.

Tahun lepas, saya pernah menyertai program Puteri sebanyak 2 kali. Bertemu masyarakat terutama ahli UMNO. Menyatakan pengabaian berlaku terhadap mereka. Jika umno Kota marudu tidak privation, sudah pasti situasi mereka lebih teruk. Hmmmm... Saya tidak Akan ulas panjang. Cukuplah apa yang telah saya dengar ketika itu telah saya Dan rakan lain sampaikan ke pihak atasan untukan tindakan selanjutnya.